Monday, November 16, 2009

GOLONGAN SYED PENENTANG RASULULLAH? - TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT


Petikan dari blog http://sayangmalaysia-sysalq.blogspot.com

Bila "Tok Guru" dikritik oleh blogger kerana hendak pergi haji secara tajaan maka NA pun menyatakan bahawa "Kaum Quresh itu (blogger-blogger itu) menghalang Nabi Muhammad hendak ke Mekah menunaikan Ibadah Haji" Jadi simboliknya, Tok Guru berada dipihak yang 'benar belaka' persis seperti nabi! Permainan sebegini terus dipersembahkan sejak sekian lama dulu oleh kebanyakan pemimpin PAS bagi menimbulkan rasa bersalah di kalangan ahli taksub mereka. Sebelum ini NA menuduh bahawa "golongan Syed lah yang banyak menjadi penentang Rasulullah termasuklah Abu Jahal (pun dikatakan Syed!) - begitulah dangkalnya ilmu NA!.

------------------------------------------

Petikan dari blog Abjad Malaysia (http://www.abjadmalaysia.blogspot.com )

1) Dari keturunan/nasab terus (secara talian darah) dengan Rasulullah S.A.W. (menerusi Sayyidatina Fatimah r.a. dan Sayyidina Ali bin Abi Thalib k.w.), (biasanya menggunakan gelaran 'Syed' dan nama-nama keturunan - Al-Habshi, Al-Edrus, Al-Attas dll)

2) Dari satu keturunan/kaum keluarga/kerabat baginda S.A.W. (Bani Hashim),

3) Mereka yang diisytiharkan sebagai 'keluarga' baginda seperti Zaid bin Harisah dan Salman Al-Farisi,

4) Ulama Warisatul Anbia - mencintai Allah SWT dan Rasulullah S.A.W. (dan sunnahnya), memiliki akhlak/budi pekerti yang tinggi (zahir pada diri mereka Uswatun Hasanah, Rahmatul 'Aalamiin, Huluqin 'Azhiim dan Makarimul Akhlak) pembela agama - dikatakan sebagai pewaris asabah* keturunan Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.

* Firman Allah SWT : ”Dan orang-orang yang beriman dan anak cucu (dzurriyah)nya mengikuti mereka dalam keimanan, maka kami golongkan anak cucu itu kepada mereka (orangtuanya). (QS: Al-Thur :20)

KOMEN RENTUNG : JELASLAH DI SINI ABU JAHAL BUKAN LAGI DIKIRA SEBAGAI AHLUL-BAYT KERANA BELIAU ADALAH PENENTANG KEPADA ANAK SAUDARANYA SENDIRI IAITU RASULULLAH S.A.W. INI KERANA GELARAN 'SAYYID' ADALAH GELARAN KEPADA AHLUL-BAYT TERPILIH YANG DIYAKINI SEBAGAI PEMBELA AGAMA YANG MEMPUNYAI AKHLAK YANG TINGGI

JADI ADAKAH ABU JAHAL LAKNATULLAH BOLEH DINISBAHKAN SEBAGAI 'SYED' SEPERTI DAKWAAN NIK AZIZ NIK MAT??


Dari Ibni Abi Syaibah dan Nu'aim bin Hammad dalam Al Fitan dan Ibnu Majah dan Abu Nu'aim dari Ibnu Mas'ud, katanya : “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekelompok anak-anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat akan (wajah) mereka, maka Rasulullah berlinangan air mata dan wajah beliau berubah (muram/sedih). Akupun bertanya : “Mengapakah kami melihat pada wajahmu, sesuatu yang kami tidak sukai?”. Beliau menjawab : “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat melebihi dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku kelak"

KOMEN RENTUNG : ADAKAH NIK AZIZ NIK MAT TERMASUK ORANG-ORANG YANG TERLIBAT SAMA MENYEBABKAN RASULULLAH SAW MENANGIS???


Petikan dari Laman Ahlul Bayt http://www.asyraaf.net

Nash akan hak-hak yang harus diperolehi ahlul-bait

Ahlul-bait mempunyai beberapa hak yang harus dipelihara dengan baik oleh umat Islam.

Antaranya, hak ke atas harta ghanimah, hak diselawati, hak untuk dicintai, diutama dan dijaga hubungan silaturrahim dengan mereka.

Memperolehi harta ghanimah (atau harta khumus - pengarang)


Allah SWT telah menentukan hak untuk mereka sebanyak seperlima dari harta ghanimah (harta rampasan perang). Firman Allah SWT : "Ketahuilah, sesungguhnya, apa sahaja yang kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnu sabil"(Al-Anfal:41)

Tiada perbezaan pendapat mengenai harta ghanimah pada Aal Muhammad SAW, iaitu ahlul-bait baginda, Ummuhatul Mukminin, serta kerabat baginda dari Bani Hasyim.

Nash memperolehi hak selawat dari umat Islam

Ahlul-bait juga memperolehi hak ucapan selawat dari umat Islam sebagaimana yang telah diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW, yang ertinya seperti berikut:

" Ya Allah, limpahkan selawat untuk Muhammad dan keluarganya sebagaimana Engkau limpahkan selawat untuk Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.Dan berkatilah Muhammad dan keluarganya sebagaimana Engkau memberkati Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia."

(Kedudukan selawat ini ialah di belakang rukun tahiyyat akhir setiap solat).

Pernyataan Rasulullah SAW dalam sepotong Hadeeth dari Imam Malik yang berasal dari Nu'aim Al-Mujmar, berbentuk seperti berikut:

"Ya Allah, limpahkanlah selawat kepada Muhammad, kepada para isteri dan anak-cucu keturunan beliau." Ibnu Abdil-Barr menunjuk kepada sebuah Hadeeth Ibnu Humaid As-Saidi yang antara lain dengan erti seperti berikut:

"Ya Allah, limpahkanlah selawat kepada Muhammad, kepada isteri-isterinya, dan kepada anak-cucu keturunannya."

Sebuah Hadeeth lain pula menyebut:

"Ya Allah, limpahkanlah selawat kepada Muhammad dan Aal (Ahli-bait) Muhammad."

Maksud Hadeeth yang kedua ini menyimpulkan makna Hadeeth yang sebelumnya.

Rasulullah SAW kepada para sahabat baginda :

"Janganlah kalian berselawat untukku dengan Selawat Batra.

" Para sahabat bertanya "Ya Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan Selawat Batra?".

Baginda menjawab :

"Kalian mengucapkan: Ya Allah, limpahkan selawat kepada Muhammad, lalu kalian berhenti di situ! Ucapkanlah : Ya Allah, limpahkanlah selawat kepada Muhammad dan kepada Aal Muhammad."

Kesimpulannya, para Aal dan ahlul-bait Rasulullah SAW memperolehi hak untuk diselawati sekurang-kurangnya lima kali sehari semalam dalam solat fardhu yang dikerjakan oleh umat Islam dimana sahaja mereka berada.

Nash mengenai pengharaman mengambil zakat oleh ahlul-bait

Ahlul-bait Rasulullah SAW juga diharamkan menerima sedeqah (termasuk zakat) yang disebut sebagai kotoran harta manusia.

Dari Abdul Muthalib ibnu Rab'ah ibnul Khariif, katanya Rasulullah SAW telah bersabda :

"Sesungguhnya sedeqah itu berasal dari kotoran harta manusia dan ia tidak dihalalkan bagi Muhammad mahupun bagi keluarga Muhammad ." (HR Muslim)

Tentang Hadeeth riwayat Muslim ini, Imam Nawawi memberikan penjelasan: "Kotoran manusia artinya ; zakat membersihkan harta dan jiwa mereka . `Allah Ta'aala berfirman : "Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkaan dan mensucikan mereka." (At-Taubah :103)

Zakat adalah pencuci kotoran. Ahlul-bait diharamkan menerima zakat bagi membersihkan mereka dan meninggikan kedudukan mereka. Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, ahlul-bait dan mensucikan kamu sesuci-sucinya." (Al-Ahzab :33)

Alasan inilah yang menyebabkan ahlul-bait Rasulullah SAW tidak mengambil sedekah (zakat) semasa baginda masih hidup mahupun sesudah wafatnya.

Nash kecintaan Rasulullah SAW pada ahlul-bait baginda dan pesanan agar umat Islam mencintai mereka

`Ali RA menemui Rasulullah SAW yang telah menghampar selembar selimut, lalu baginda duduk atasnya bersama `Ali, Fatimah, Hassan dan Hussein. Kemudian baginda bersabda :

"Ya Allah, ridhoilah mereka sebagaimana aku ridho kepada mereka."

Hadeeth riwayat At-Tarmizi bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Yang paling aku cintai di antara ahlul-baitku adalah Al-Hassan dan Al-Hussein."

Imam Muslim pernah meriwayatkan sebuah Hadeeth Rasulullah SAW mengenai Al-Hassan yang menyebut:

"Ya Allah, sesungguhnya aku mencintainya, maka cintailah dia, dan cintailah siapa yang mencintainya."


At-Thabarani dan lain-lain mengketengahkan sebuah Hadeeth yang bermaksud;


"Belum sempurna keimanan seorang hamba Allah sebelum kecintaannya kepadaku melebihi kecintaannya kepada dirinya sendiri; sebelum kecintaannya kepada keturunanku melebihi kecintaannya kepada keturunannya sendiri sebelum kecintaannya kepada ahli-baitku melebihi kecintaannya kepada keluarganya sendiri, dan sebelum kecintaannya kepada zatku melebihi kecintaannya kepada zatnya sendiri .";

Diriwayatkan oleh Ahmad dan At-Tarmizi dari `Ali RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :


"Barangsiapa mencintai kedua orang ini, yakni Hassan,Hussein dan ayah serta ibunya, maka ia bersama aku dalam darjatku di Hari Kiamat."


Ibnu `Abbas RA berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Cintailah Allah atas kenikmatan yang diberikanNya kepadamu sekelian dan cintailah aku dengan mencintai Allah dan cintailah ahlul-baitku kerana mencintaiku"


Ad- Dailami meriwayatkan sebuah Hadeeth dari `Ali RA yang menyebut sabda Rasulullah SAW:

"Di antara kalian yang paling mantap berjalan di atas sirath ialah yang paling besar kecintaannya kepada ahlul-baitku dan para sahabatku."

Dalil Hadeeth-Hadeeth di atas amat jelas dan nyata akan suruhan- suruhan dan pesanan-pesanan Rasulullah SAW agar umat Islam mencintai para ahlul-baitnya demi cinta dan ketaatan mereka pada baginda Rasulullah SAW sendiri.

Nash mengenai keutamaan ahlul-bait

Diriwayatkan oleh At-Thabarani, bahawa Jabir RA mendengar `Umar ibnu Khattab RA berkata kepada orang ramai ketika mengahwini Ummu Kalthum binti `Ali bin Abu Thalib :

"Tidakkah kalian mengucapkan selamat untukku? Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ` Semua sabab (kerabat) dan nasab (salasilah keturunan) akan terputus pada hari kiamat kelak kecuali kerabat dan nasabku'. "

Hadeeth ini bermaksud bahawa dalam keadaan kekelamkabutan dan huru- hara yang berlaku pada Hari Kiamat kelak, yakni sebelum berlakunya proses penghisaban, semua manusia akan menjadi `nafsu-nafsi', iaitu hanya tertumpu semata-mata memikirkan nasib dan keselamatan dirinya sahaja, tidak akan ada orang yang dapat memberi pertolongan kepada orang lain, baik keturunannya mahupun kerabatnya, kecuali Rasulullah SAW sendiri yang diberikan keistimewaan untuk menghulurkan pertolongan kepada nasab dan kerabat baginda yang beriman dengan Allah dan RasulNya, selain kepada umat baginda yang lainnya.

Sebuah Hadeeth Thaqalain riwayat Zaid bin Al-Arqam RA menyebut :

"Kutinggalkan di tengah kalian dua bekal. (Yang pertama): Kitabullah, di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Hendaklah kalian ambil dan berpegang teguh padanya.dan (kedua) :Ahli Baitku. Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku! Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku!"

Dengan menyebut pesanan mengenai Ahli-Bait Nabi sebanyak dua kali, adalah sebagai suatu bentuk tekanan dan penegasan pada umat supaya perihatin terhadap apa yang menjadi hak dan kewajiban keturunan Rasulullah SAW. Imam Ahmad bin Hambal meriwayatkan dalam Hadeeth lain:

"Apabila bintang-bintang lenyap, lenyaplah penghuni langit; dan apabila ahli-baitku lenyap, lenyap pula penghuni bumi."

Sebuah Hadeeth riwayat Al Hakim dan disahihkan oleh Bukhari & Muslim menyebut :


"Bintang-bintang merupakan (sarana) keselamatan bagi penghuni bumi (yang sedang belayar) dari bahaya tenggelam/karam sedangkaan ahlul-baitku sarana keselamatan bagi umatku dari perselisihan (dalam agama). Bila ada satu kabilah Arab yang membelakangi ahlul-baitku, mereka akan berselisih kemudian menjadi kelompok Iblis."

KOMEN RENTUNG : INGINKAH NIK AZIZ NIK MAT DIMASUKKAN DALAM KELOMPOK INI??

Sebuah lagi Hadeeth Rasulullah SAW dari Abu Dzar menyatakan :

" Ahlul- baitku di tengah kalian ibarat bahtera Nuh. Siapa yang menaikinya ia selamat dan siapa yang ketinggalan ia binasa." (HR Ahmad, Al-Hakim, ibnu Jarir dan At-Tabarani dalam kitab Al-Kabir)

Abu Dzar Al- Ghiffari RA menuturkan bahawa ia mendengar sabdaan Rasulullah SAW :

"Jadikanlah ahlul-baitku bagi kalian sebagai kepala bagi jasad dan sebagai dua belah mata bagi kepala."

Tegasnya, keutamaan ahlul-bait Rasulullah SAW diperakukan dalam hukum syarak mengikut nash hadeeth-hadeeth mutawatir yang tidak harus menimbulkan sebarang kekeliruan ataupun perselisihan. Keutamaan ini diperkukuhkan oleh khabar yang sahih bahawa keturunan baginda, Al-Mahdi akan menjadi khalifah akhir zaman kepada umat Islam.

Hadeeth riwayat Imam At-Tarmidzi, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :

"Dunia tidak akan berakhir sehingga bangsa Arab dipimpin oleh seorang lelaki dari keluargaku yang namanya menyerupai namaku."

Dari Tufail dari `Ali RA Nabi SAW bersabda : " Jika dunia ini hanya tinggal sehari sahaja nescaya Allah akan bangkitkan seorang lelaki dari keluargaku yang akan memenuhi dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman."

KOMEN RENTUNG : HADIS DI ATAS MENCERITAKAN MENGENAI MUJADDID TERAKHIR AHLUL BAYT IAITU IMAM AL-MAHDI DARI KETURUNAN RASULULLAH S.A.W. ADAKAH NIK AZIZ TIDAK MAHU MENJADI PENGIKUT IMAM AL-MAHDI??

Nash yang menyuruh umat Islam menghormati serta membantu ahlul-bait

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah menegaskan:

"Orang yang terbaik di antara kalian ialah orang yang terbaik sikapnya terhadap keluargaku setelah aku tiada"


Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan sebuah Hadeeth :

" Empat golongan yang akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat: Orang yang menghormati keturunanku, orang yang memenuhi keperluan mereka, orang yang berusaha membantu urusan mereka pada saat diperlukan, dan orang yang mencintai mereka dengan hati dan lidahnya."

At-Thabarani pula mengketengahkan Hadeeth dari Abdullah ibnu `Umar RA yang mengatakan:

"Allah SWT menetapkan tiga `hurumat' (hal-hal yang wajib dihormati dan tidak boleh dilanggar). Barangsiapa menjaga baik-baik tiga `hurumat' itu, Allah akan menjaga urusan agamanya dan keduniaannya. Dan barangsiapa tidak mengendahkannya, Allah tidak akan mengendahkan sesuatu baginya. Para sahabat bertanya: Apa tiga hurumat itu ya Rasulullah?

Baginda menjawab: Hurumatul Islam, hurumatku dan hurumat kerabatku."


Nash yang menyuruh umat Islam menjaga hubungan ahlul-bait dan mengelakkan membenci mereka.

Dari Abu Said Al-Khudri RA, katanya, telah bersabda Rasulullah SAW :

"Demi jiwaku yang berada dalam kekuasaanNya, sesungguhnya seseorang tidak membenci kami, ahlulbait melainkan Allah akan memasukkan mereka ke dalam neraka." (HR Al-Hakim)

At-Thabarani juga meriwayatkan Hadeeth dari Jabir ibnu Abdullah RA yang menceritakan beliau sendiri dengar dari Rasulullah SAW dalam suatu khutbah antara lain menyebut:

" Hai manusia, barangsiapa membenci kami, ahlul-bait, pada Hari Kiamat Allah akan menggiringnya sebagai orang Yahudi."


Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan dalam sebuah Hadeeth Marfu', bahawasanya Rasulullah SWT telah menegaskan:

"Siapa yang membenci ahlul-bait ia adalah seorang munafik."

Umat Islam harus mengambil pengajaran dari pesanan-pesanan baginda Rasulullah SAW dalam menjaga adab dan perhubungan dengan para ahlul- baitnya, serta memelihara diri dari bersikap negatif dan mengkhianati mereka. Dalam lain perkataan, hubungan dengan cucu cicit Rasulullah SAW perlu dipelihara dan diberi perhatian khusus kerana itu merupakan sebahagian dari ajaran agama Islam.

--------------------------------------

KOMEN RENTUNG

1. SIAPAKAH NIK AZIZ NIK MAT YANG MENGGELARKAN DIRINYA TOK GURU YANG BEGITU BERANI MENGUTUK AHLUL BAYT????

2. TIDAK TAKUTKAH NIK AZIZ NIK MAT AKAN SIKSA ALLAH SWT KEPADA SESIAPA YANG MENCERCA AHLUL BAYT???

3. TIDAKKAH NIK AZIZ NIK MAT TAHU BAHAWA MENGUTUK AHLUL BAYT ADALAH SATU PERBUATAN BIDAAH MALAH HARAM!!!!

4. ADAKAH NIK AZIZ NIK MAT BERFAHAMAN YANG LAIN DARI AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH SEHINGGA TERGAMAK BERKATA DEMIKIAN?


5. NIK AZIZ LUPAKAH ASAL-USUL KETURUNANNYA SEHINGGA TERGAMAK MENGUTUK KETURUNANNYA SENDIRI???


BERIKUT ADALAH BUKTINYA:-

NIK AZIZ NIK MAT MERUPAKAN PENASIHAT KEPADA PERSATUAN KERABAT RAJA JEMBAL KELANTAN




BAGI YANG TIDAK MENGENALI SIAPA ITU RAJA JEMBAL.

SILA LIHAT DI LAMAN BERIKUT :

http://pkrjk.blogspot.com

TERDAPAT SILSILAH KETURUNAN RAJA JEMBAL SEHINGGA KEPADA RASULULLAH S.A.W.

http://pkrjk.blogspot.com/2009/06/salasilah-wali-songo-dan-kesultanan.html

KETURUNAN NIK AZIZ SENDIRI ADALAH BERSAMBUNG KEPADA RASULULLAH S.A.W. YANG MENJADIKAN NIK AZIZ NIK MAT ADALAH KETURUNAN RASULULLAH S.A.W. (JADI LAYAKKAN NIK AZIZ NIK MAT DIGELAR AHLUL BAIT SEMENTARA BELIAU SENDIRI MENGUTUK AHLUL BAIT (SEPERTI ABU JAHAL JUGA)

Nik Aziz anak kepada
Raja Mat anak kepada
Raja Banjar anak kepada
Raja Abdullah anak kepada
Raja Hitam anak kepada
Raja Muhammad anak kepada
Raja Abdullah anak kepada
Raja Abdul Rahman anak kepada
Raja Kecil Sulung anak kepada
Raja Omar Raja Sakti anak kepada
Datu Abdul Qadir anak kepada
Sultan Samiruddin anak kepada
Datu Jamaluddin anak kepada
Sultan Muzaffar Waliyullah (Kakanda Raden Sunan Gunung Jati - Sharif Hidayatullah)

Selebihnya lihat pada silsilah berikut :





JADI SEDAR-SEDARLAH NIK AZIZ NIK MAT...TARIKLAH BALIK KATA-KATAMU..JANGAN SAMPAI TERMAKAN SUMPAH!!!!! (SEPERTI PUTERI SAADONG MENYUMPAH RAJA ABDULLAH)



RENTUNG!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, September 3, 2009

KES SEBATAN KE ATAS PEMINUM ARAK

Salam sejahtera

Rentung ingin menyentuh mengenai isu sebatan ke atas seorang pesalah yang didapati meminum arak di sebuah tempat tertutup (bukan di khalayak ramai) dan telah ditangkap oleh penguasa agama. Ada yang menuduh di khalayak ramai, ini Rentung kurang faham sedikit - apakah definisi khalayak ramai kerana pesalah wanita ini ditangkap di dalam hotel di Cerating? Yang betul (agaknya) 'di khalayak ramai di dalam hotel'?? Rentung nak tanya pembaca sekelian, apa maksudnya 'tidak berpuasa atau makan/minum di khalayak ramai' - tentunya pembaca akan membayangkan 'di tempat-tempat awam secara terbuka.' betul tak?

Lagi pun, ikut undang-undang dunia, tak ada signboard pun di hotel berkenaan menunjukkan bahawa 'MINUMAN KERAS TIDAK AKAN DIJUAL KEPADA ORANG ISLAM?'
(ini hukum dunia ya...boleh check kalau Rentung salah - tapi ingatlah 'Ikat unta dulu baru tawakkal' - letak signboard pun satu asbab juga...biarlah pesalah itu tahu bahawa dia adalah orang Islam...sekurang-kurangnya dia takut sedikit - kita jangan pula menyatakan, letak signboard pun (macam kat kedai no. ekor atau 7-11) kalau nak jadi, jadi juga - mana lebih baik....tak letak langsung atau letak?)

Ringkasnya :

a. Hakim menjatuhkan hukuman sebatan 6 kali dan didenda RM5000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan. Keputusan Hakim itu mengikut peruntukan Undang Undang Syariah, Seksyen 136, Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

b. Ada beberapa 'ulama' memuji tindakan hakim kerana mengikut undang-undang syariat dan mengaitkannya dengan hukum hudud, takzir dsb.

Rentung ingin memetik satu artikel Bahasa Inggeris yang dihantar oleh seorang sahabat :

Punishment in Islam for Drinking

Flagellation is a form of punishment used in certain cases under Islamic Sharia law (Sunni)

2 views on number of lashes :

1)
Eighty lashes for a free man and forty for others.
2) Minimum 40 lashes and maximum eighty lashes

From hadeeth of Anas quoted above, in which it says that a man who had drunk wine was brought to the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him), and he had him flogged forty times with two palm branches that had been stripped of their leaves. Abu Bakr also did likewise (during his caliphate). When ‘Umar was the caliph, he consulted the people and ‘Abd al-Rahmaan said, “The minimum punishment is eighty,” so that is what ‘Umar commanded.

The Sahaabah agreed with ‘Umar (may Allaah be pleased with him) and did not differ. The Council of Senior Scholars is agreed that the punishment for one who drinks wine is the hadd punishment, which is eighty lashes.

Some of the scholars – such as Ibn Quddamah (may Allaah have mercy on him) and Shaykh al-Islam [Ibn Taymiyah] in al-Ikhtiyaaraat – think that giving more than forty lashes is left to the discretion of the Muslim leader. So if he thinks that there is a need to give more than forty lashes, as happened at the time of ‘Umar, then he may make it eighty. And Allaah knows best.”

(See Tawdeeh al-Ahkaam, 5/330)

In Islam, lashes for punishment are to be performed with a book under one arm to minimise the swing, are not supposed to leave permanent scars, and when the number of lashes are high, are frequently done in batches to minimise risk of harm.


Jadi harus 'ulama-ulama' yang mengaku ahlus Sunnah wal Jamaah Madzhab Shafie yang rojeh di negara kita berhati-hati sebelum mengaitkan kes sebatan ini dengan hukum 'cara Islam' yang sebenar (sekurang-kurangnya 40 sebatan dan maksimum 80 sebatan)

Jadi janganlah memandai-mandai menyatakan perkara ini 'CARA ISLAM' kerana ianya BUKAN CARA ISLAM.

Lebih-lebih lagi jika pesalah telah bertaubat sebelum hukuman dijalankan, maka 'ulama-ulama' lebih tahu dan lebih arif dari Rentung mengenai hadis berikut :

Firman Allah SWT :

"Maka hakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah menurunkan, dan janganlah mengikuti keinginan mereka untuk mengabaikan yang benar yang datang kepada kamu” (5:48).

Dengan denda RM5000.00 dan 6X sebatan - adakah memadai? Jika benar-benar dipandang dari sudut agama.

Rentung menghormati Undang Undang Syariah, Seksyen 136, Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 tetapi cuma apa yang Rentung ingin perdebatkan kenapa ada pihak memandai-mandai mengaitkannya dengan hukum hudud?? atau menyatakan undang-undang ini benar-benar Islamik??
Dan bila pula pernah diwartakan atau diperkenankan oleh DYMM Sultan Pahang bahawa hukum hudud adalah hukum rasmi syariah Negeri Pahang kecuali Enakmen yang disebutkan di atas? Jadi tolong respek-respek lah sikit kat DYMM Sultan tu. Perbuatan menyatakan hukum ini adalah hukum Islam sejati dah salah tu!!

Ada lak kenyataan tak cerdik dari parti atas pagar pula menyatakan 'hampir kepada syariah'..boleh main kias-kias dah pulak??? Tak payahlah bercakap kalau kita ni tak pandai..baik berdiam diri....nanti abis orang ikut cakap kita, kita pula dihukum oleh Allah SWT.

Bukanlah juga niat Rentung untuk menghina keputusan mahkamah (walaupun Rentung melihat elemen 'ultravires' - sekadar meluahkan rasa hati mengikut latarbelakang pendidikan agama yang sederhana)

Sekarang ada NGO pejuang hak wanita termasuk media-media (Islam, sekular dan yang bukan Islam) dan 'ulama-ulama tak bertauliah' berani bercakap dengan secara sinis memperlekehkan agama Islam seolah-olah menyatakan - sekali cakap macam tu...sekali cakap macam ni... Tak malukah kita sebagai umat Melayu Islam diperlekeh-lekehkan oleh penganut agama-agama lain? Sebab apa? sebab tak ada penjelasan yang jelas...semua berbeza pendapat..ikut nafsu sendiri je!!

Di manakah mufti-mufti kita? Kenapa tidak bersuara secara terbuka?

Rentung tertarik dengan satu tulisan dalam satu blog yang menyatakan inilah peluang sebuah Parti Islam untuk memerangkap Parti Melayu dengan menyatakan Parti Melayu tidak Islamik apabila gagal melaksanakan hukum 6 sebatan, denda RM5000.00 ini - walaubagaimanapun, Rentung nak 'remind' sedikit...hukuman ini BUKAN cara Islam sebenar - jadi apa juga taktik politik Parti Islam ini salah besar - jika tidak melihat dengan positif apa yang Rentung cuba sampaikan.

Rentung respek lah dekat pesalah wanita berkenaan - ingin cepat dihukum - mungkin telah dicetus oleh perasaan yang sangat bersalah terhadap Allah SWT dan mungkin juga rasa penyesalan yang teramat sangat serta terasa dirinya perlu dihukum untuk sekurang-kurangnya dapat 'membersihkan dosanya' (Allah SWT dan Rasul SAW lebih tahu samada bersih ataupun tidak.)

Sabda Rasulullah SAW :

"Sesal itu Taubat"

dan bukankah juga Rasulullah SAW memberi peluang kepada pesalah iaitu apabila pesalah bertaubat sebelum hukuman dijalankan dan berjanji tidak lagi mengulangi perbuatan itu akan dibebaskan dari hukuman??

Berbalik kepada kes kita, pesalah wanita itu menyesal dan ini dibuktikan dengan meminta mahkamah mempercepatkan hukuman ke atas dirinya. Kenapa pula kita nak menghukumnya tanpa mengikut sunnaturRasul??

Ada pula yang suruh hormat kepada keputusan pesalah wanita berkenaan kerana rela hati dihukum sebat??...

Rentung rasa ada sesuatu yang tidak kena di sini.

a) Rentung dah buktikan secara rambang bahawa ini bukan hukum Islam...

b) Jika beria-ia sangat nak nyatakan ini adalah hukum Islam - bandingkan dengan yang sebenar iaitu hukum hudud - PUN ada pengampunan kalau pesalah bertaubat...tiba-tiba kita lupa bahawa 'sesal (insaf) itu adalah taubat' (annadamu taubatun) dan jelas bahawa pesalah wanita itu telah bertaubat....

Pening Rentung memikirkan masalah yang berbelit-belit ini....sepatutnya jadi baik - habis dah jadi 'fitnah' ke atas agama kita!!!! DOING THE RIGHT THING...THE WRONG WAY!!!

Jangan salah faham dengan kenyataan berikutnya dari Rentung ini....jangan pula menuduh Rentung cuba menafikan hukum hudud - kerana perbuatan menolak apa-apa yang tercatat dalam Al-Qur'an dan Hadis (termasuk ijmak dan qias) ini akan menggugurkan aqidah Rentung.
Jadi bacalah baik-baik kenyataan Rentung berikutnya kerana sebagai seorang Islam yang berpendidikan agama, Rentung adalah penyokong hukum hudud!! (tapi mesti ikut cara yang betul)

Mengenai ura-ura lebih 1 dekad mengenai 2 buah negeri di Pantai Timur yang dahulunya beria-ria sangat nak melaksanakan hukum hudud. Rentung tidak faham sebenarnya kenapa yang dijanjikan '2 ulama' ini pada dahulunya tetapi akhirnya telah membatalkan hasrat mereka kerana mendapati pada realitinya bukan senang untuk ditegakkan - dengan kata lain - mengalah dengan keadaan.

Mana boleh kita berjanji nak buat hukum Islam, tiba-tiba kita tidak melaksanakannya -adakah kita boleh bertolak ansur dalam permasalahan hukum kerana negara berbilang bangsa/kaum/agama. (ini samalah dengan kes ura-ura hangat-hangat tahi ayam nak haramkan arak kononya kat Shah Alam baru-baru ni - sekali nak haram sekali tak nak haram - boleh tarik balik lak...baiklah jangan bercakap pada awal-awalnya - kang dah susah sekarang ni?)

Namun begitu, mereka-mereka ini mungkin telah berjanji dengan nama Allah SWT untuk melaksanakan hukum hudud tetapi hakikatnya jika tidak dilaksanakan jua, maka sudah tentu tidak akan lari dari 'perhatian penuh' daripada Allah SWT sendiri ke atas mereka serta sudah tentunya dipertanggungjawabkan atas janji mereka di hati, lidah dan anggota.

Firman Allah SWT

“Itulah hudud (had-had) Allah; janganlah mencabulinya. Sesiapa mencabuli had-had Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim” (2:229).

Kalau kita baca ayat di atas - selain ditujukan kepada pesalah, Rentung sebagai orang awam (tak reti nak keluar fatwa) bolehkah Rentung nyatakan bahawa ayat ini juga boleh ditujukan kepada mereka yang telah berjanji untuk melaksanakan hukum hudud tetapi akhirnya mencabuli janji mereka sendiri...adakah mereka yang telah berjanji ini termasuk kalangan yang zalim?

'Why on the first place you brought up the issue - when you can't comply with it?' Don't talk about Islam if you can't do it! Islam adalah agama yang sangat suci - jangan dibawa dalam kancah politik atau dipolitikkan - kalau nak buat...buat...jangan cerita sahaja nak buat....

Itulah sebabnya kekalahan penguasaan parti politik Islam di Terengganu - adalah kekalahan yang sangat memalukan. Mana tidaknya draf dah siap, Tuanku dan 'sign' tetapi akhirnya tidak juga dilaksanakan..mengapa?

Rentung ada mendengar alasan-alasan dan hujjah-hujjah tertentu yang kononnya 'kukuh' kenapa mereka tidak melaksana atau menangguhkan pelaksanaan hukum hudud. Apapun alasan yang diberikan, Rentung ingin bertanya :

Kenapa Arab Saudi mampu melakukan hukum hudud ke atas peminum arak atau penzina dan sebagainya serta hukum ini tidak mengira bangsa, agama dan keturunan - hukum tetap hukum!! Biarpun Rentung ada mendengar 'pak-pak Arab' ni bukannya alim sangat tetapi sekurang-kurangnya dalam konteks hukum hudud - MEREKA BERJAYA dan diterima oleh semua orang tanpa ragu-ragu.

Rentung percaya Arab Saudi jauh lebih besar dari Kelantan dan Terengganu.
Kenapa Kelantan dan Terengganu yang jauh lebih kecil dari Arab Saudi, nak menjalankan hukum hudud sedikit punya susah??
Firman Allah SWT :

"Janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu"

-----------------------------------------
Walau apapun, ada KEBAIKAN dan HIKMAH di sebalik kejadian ini, sekurang-kurangnya TAKUT lah sikit orang-orang Islam nak minum arak samada di tempat terbuka atau tertutup.

Ini pun Rentung rasa Allah SWT nak menunjukkan satu pengajaran kepada kita semua...walaupun kita silap caranya, silap undang-undangnya, silap keputusannya, silap penerimaannya, silap fahamnya dan 'lain-lain silap' - namun Allah SWT masih menunjukkan kasih sayangNya terhadap kita makhluk ciptaanNya...

Rentung hanya menyerahkan kepada Allah SWT semata-mata dalam kes ini dan walaupun pesalah itu dihukum atau pun sebaliknya - itupun sudah takdir!!

RENTUUNGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

p.s. Tun Dr. Mahathir Mohamed - you're the best so far...masa pentadbiran Tun dulu, mana ada kita dengar masalah-masalah macam ni?

Monday, August 17, 2009

PENIAGA KECIL/RUNCIT DIREMEHTEMEHKAN?


Laporan Utusan Malaysia 17 Ogos 2009 Ruangan Ekonomi menceritakan bagaimana seorang Menteri yang Rentung anggap sebagai seorang yang belajar sekolah tinggi mengeluarkan kenyataan-kenyataan berikut :

a. Tajuk : Peniaga kecil tidak relevan

Komen Rentung - Adakah maksud Menteri? Tidak relevan dengan apa?

b. "ramai rakyat Malaysia mahu menikmati kemudahan pasaraya"
(di mana DENGAN BANGGANYA ditonjolkan logo-logo seperti GIANT, TESCO, CAREFOUR DLL.)

Komen Rentung - Jadi pasaraya asing milik bukan bangsa Melayu Islam ini yang Menteri bangga-banggakan? Peniaga runcit di kampung-kampung dah tak ada tempat lagi di Malaysia?

c. "Menteri mengakui menerima banyak permintaan supaya diwujudkan pasar-pasar raya di kawasan penduduk pinggir dan luar bandar"

d. "Malah, mereka (penduduk pinggir bandar/luar bandar) melahirkan rasa tidak puas hati apabila penduduk bandar boleh membeli harga barangan yang jauh lebih murah melalui persaingan harga di kalangan pasar-pasar raya"

Komen Rentung - Betul ke ni? Kalau begitu, SELURUH/MAJORITI (berapa % dari rakyat Malaysia) penduduk pinggir dan luar bandar yang telah meminta supaya diwujudkan pasaraya elit?

Penduduk kampung mahukan pembangunan yang akan memusnahkan alam sekitar dan tiada lagi keindahan kampung? Semua dimusnahkan atas dasar PEMBANGUNAN dan kalau tidak membangun, maknanya orang kampung dan kedai runcit ni KOLOT!!!!

Menteri pun faham maksud Rentung ni...bila ada pasaraya elit kat kampung ni, dengan kata lain ini satu cara untuk mewujudkan projek-projek baru/infrastuktur di kampung-kampung - lebuhraya (banyak lah untung kutip tol) yang mungkin tidak mampu dilalui oleh orang-orang kampung dan pengusaha kedai runcit.

Takkanlah pasaraya elit asing ni nak duduk di tengah-tengah sawah bendang dan reban ayam tanpa infrastruktur...Fikirlah sikit

Menteri nampaknya kurang faham kuasa belian orang kampung rata-rata majoriti Melayu bukannya besar sangat dan bukan semua mampu nak keluar ke bandar semata-mata untuk shopping atau borong barangan lebih murah.

Menteri nampaknya kurang faham masih adanya fakir-fakir miskin yang menerima belas ihsan kedai-kedai runcit yang dikatakan oleh Menteri sebagai tidak relevan.

Menteri nampaknya kurang faham bahawa fakir-fakir miskin ini sangat takut tengok bangunan besar seperti Carefour, Tesco dan Giant dll. Mungkin kena halau sebab pakai pakaian compang-camping, busuk dan hodoh lagi kotor...dan berlakulah fakir-fakir miskin kelaparan dan berdoa kemusnahan dunia ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW mengenai doa orang miskin yang kelaparan akan musnahkan dunia.

Tolonglah periksa dulu kenyataan tu, kang nanti rakyat mintak statistik atau buat poll kat website...malu nanti!!

e. Lain-lain - 8% dari pengusaha kecil/runcit mendapat untung dari pasaraya-pasaraya elit ini.

Komen Rentung : 8% dari 100% pengusaha kecil/runcit di SELURUH MALAYSIA ke? 8% dari jumlah berapa kerat manusia woiiii - berapa kerat bumiputera Melayu Islam woiiii - berapa kerat produk halal bumiputera Melayu Islam woiiii!!! Masya Allah!!!

Tolonglah sikit, janganlah cerdik sangat kenyataan tu!!

f. Kerajaan sukar memantau pengusaha kecil/runcit

Komen Rentung : Ini bermakna kementerian bawah Menteri berkenaan tak buat kerjalah!!! Malas kut!!! Rentung faham jika ada kedai runcit di pinggir/luar bandar menaikkan sikit harga barangan tetapi barangan terkawal tetap terkawal.
Nak pantau yang besar-besar jer...senang..tak pernah ada problem bayar cukai, tak pernah ada problem bayar 'apa-apa lah'.. (lu gua-lu gua..settle!!)

Alasan biasa - Tak pernah cukup kakitangan - apa ni??

Ada kios kementerian pulak - di letakkan di bandar-bandar dan belum pernah ada di kampung - itupun yang kat bandar pun bukan berfungsi semuanya !!

g. Kerajaan akan mengekalkan 4 pasaraya elit asing seperti yang disebutkan (dan mungkin tidak akan menerima permohonan pasaraya-pasaraya tempatan yang baru)

Komen Rentung - Inilah kenyataan yang paling Rentung tak boleh terima dari seorang Menteri yang 'educated'...janganlah menteri dituduh seolah-olah menjadi ejen asing pula...parah kang!!

h. Kerajaan mendakwa hampir 700 pengusaha kecil/runcit (mungkin termasuk rangkaian mini-market/supermarket milik orang Melayu) dalam proses lelongan. (sebenarnya lebih lagi jumlah tu..)

Komen Rentung - APA KERAJAAN NAK LAKUKAN? NAK BIARKAN HABIS SEMUA DILELONG! MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI!!! BANK DAN INSTITUSI KEWANGAN TAK NAK BANTU!!! SEMUA NAK BUAT SYARAT KETAT!!!
h. Menteri pandai menyatakan bahawa 'kuasa membeli secara pukal' dan 'menjual dengan harga yang murah' dikuasai oleh Tesco, Giant, Carefour - dari itu, pengusaha kecil/kedai runcit tentunya akan kalah. Sedar tak Menteri bercakap mengenai golongan dan bangsa mana? Sepatutnya perkara ini dari awal lagi tidak berlaku kalau satu kementerian yang pernah dijawat oleh orang/menteri kelantan tu BETUL-BETUL buat kerja!!!!

----------------------------------

Tuan Menteri - SIAPA YANG MENGUASAI TESCO, GIANT, CAREFOUR???? MELAYU KE???? ISLAM KE??? BUMIPUTERA KE??????

Tuan Menteri - SIAPA YANG MAJORITI MENJADI PENGUSAHA KECIL/RUNCIT?? BANGSA MANA??? BANGSA TUAN MENTERI JUGA!!!!!!


Mesej untuk YAB PM Dato' Seri Najib

Diminta YAB tolonglah 'sound' sikit Tuan Menteri ni....dia ni tak berfikir panjang sebelum keluarkan kenyataan. Silap haribulan, kalah lagi pilihanraya nanti!!!

Bukankah YAB nak buat perubahan...Bukankah YAB nak dahulukan rakyat?

Sanggupkah YAB menafikan kewujudan kedai-kedai runcit/pasar-pasar mini/pengusaha kecil di Pekan Pahang dan minta mereka diganti dengan Giant, Carefour dll.

Rentung tidak menolak pembangunan YAB, tapi Rentung tak suka kemusnahan alam sekitar dan pembangunan tidak konsisten lebih-lebih lagi melibatkan kemusnahan orang-orang Melayu, peniaga-peniaga kecil/pengusaha kecil/mini market orang Melayu.

Sanggupkah YAB menolak memori-memori childhood YAB yang tidak mungkin dilupakan - manis dan indah - apabila membeli di kedai-kedai runcit?

Ingat tak lagi, Allahyarham Tun Abdul Razak setiap kali pulang ke kampung, tidak lupakan kedai-kedai runcit, tidak lupakan pengusaha-pengusaha kecil - beliau sangat dikenali di kampung. Orangramai tak malu bertemu dengan beliau malah beliau membayar apa sahaja yang dibeli!!

Mahukah YAB menjadi seperti ayahanda YAB??

YA ALLAH, KAU BERILAH HIDAYAHMU KEPADA MENTERI BERKENAAN DAN KAU BERILAH KEKUATAN KEPADA YAB DATO' SERI NAJIB UNTUK MENEGUR DAN MENCARI JALAN ALTERNATIF

RENTUNGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, May 30, 2009

PDRM PERLU PANTAU AGEN-AGEN PKM



Wednesday, May 27, 2009
PDRM PERLU PANTAU AGEN-AGEN PKM
OLEH : PEMIKIR - MM

Secara keseluruhannya rakyat Malaysia termasuklah veteran-veteran polis dan tentera menolak dengan sekeras-kerasnya cadangan untuk membenarkan ketua PKM, Chin Peng, menjejaki kakinya di Tanah Melayu. Mereka telah melahirkan pandangan-pandangan marah kepada PKM yang ganas itu seperti terdapat di TV1 (RTM) dan juga media-media utama seperti Utusan Malaysia dan NST. Ramai mengucapkan terima kasih kepada RTM yang telah dapat memaparkan gambar-gambar berkaitan dengan kegiatan bersenjata PKM di negeri-negeri Semenanjung dan juga Sarawak.

PKM, di dalam dokumen-dokumennya yang dirampas pihak keselamatan dan juga manifestonya, bertekad untuk merampas kuasa dengan cara kekerasan. Mereka telah mewujudkan suasana ketidakstabilan dalam negara melalui kegiatan-kegiatan gerila di pinggir-pinggir bandar dan juga dalam estet-estet getah yang menjadi tempat rakyat mendapat rezeki. Dengan bantuan negara-negara komanwel terutamanya United Kingdom, PKM tidak dapat bertapak dengan sempurna dimana-mana kawasan juga dalam negara. Mereka dikejar dan diserang habis-habisan oleh tentera dan polis Malaysia. Selatan Siam merupakan kawasan mereka mendapat perlindungan termasuklah ubat-ubatan untuk mereka yang cedera parah. Hubungan Malaysia dengan Thailand banyak memainkan peranan untuk menafikan gerakan-gerakan mereka di kawasan-kawasan sempadan Kelantan, Perak dan Kedah.

Banjaran dari Utara Johor terus ke sempadan Siam, merupakan saluran pergerakan gerila-gerila PKM. tetapi dengan semangat waja kerajaan dan rakyat dikukuhkan dengan undang-undang darurat, agenda jahat PKM tidak tercapai. Mereka yang menyerah diri masih hidup dan ada yang senyap-senyap bermastautin di Malaysia dan Selatan Thailand.

Perjuangan komunis dimana-mana jua telah digagalkan oleh setiap negara yang sudahpun mencapai tahap pembangunan ekonomi yang boleh membela nasib rakyat dengan baik. Ideologi komunis segar dalam keadaan negara yang ditimpa kemiskinan dan kepimpinan yang tidak demokratik. Walau bagaimanapun ideologi komunis tidak boleh dikatakan sudah hilang tetapi masih diamalkan oleh kuasa-kuasa besar seperti Rusia dan China. Kedua-dua negara ini mempunyai penduduk berjumlah 1.4 billion rakyat dan mereka adalah negara kaya. Negara China akan menjadi satu kuasa yang dapat menandingi Amerika Syarikat menjelang 2050.

Pemerhati berpendapat bahawa ada pihak-pihak tertentu dalam Malaysia yang menjadi dalang kepada Chin Peng dan PKM. Mereka mungkin terdiri daripada beberapa orang cina yang masih tidak menerima hakikat bahawa PKM sudah lama diharamkan. Kelompok kecil ini cuba memainkan sentimen Cauvinistik Cina yang diwar-warkan oleh overseas chinese. Elok pihak keselamatan Malaysia memantau kumpulan ini kerana mereka boleh menjadi dibit untuk menghidupkan ideologi komunis yang anti goverment dan anti sultan. Mereka akan cuba mempermainkan-mainkan dengan melaga-lagakan kaum tempatan supaya mereka muncul sebagai pemenang dalam percaturan ini.

Wednesday, May 27, 2009

KARENAH R.O.S.

SALAM SEJAHTERA R.O.S. PUTRAJAYA

Seperti bunga ROS yang berduri, itulah yang Rentung lihat ROS.

Duri ROS sangatlah bisa, malah ada unsur Illuminati atau Bilderberg atau MAFIA dalam ROS. Mereka atau Individu yang nampak seperti rakyat Malaysia tetapi sebenarnya seorang perosak atau perisik luar untuk mempastikan semua NGO menjadi NGO yang rosak fikiran dan jalan.

Sudah banyak Rentung mendapat laporan mengenai kebongokan ROS ni. Suka melengah-lengahkan walaupun sudah lengkap permohonan sesebuah pertubuhan atau persatuan. Baru-baru ini Menteri pun telah bertukar termasuk beberapa orang 'kenamaan' dalam ROS juga turut bertukar. Namun makin teruk pula ROS ni.

Kalaulah bukan kerana PPP, rasanya ROS masih lagi dalam COMFORTABLE ZONE. YAB PM mengarahkan ROS memberikan laporan lengkap pasal PPP.

Wahai YAB, Rentung nak mengadu kat YAB bahawa bukan PPP sahaja yang bermasalah tetapi juga banyak lagi persatuan/pertubuhan/NGO lain yang bermasalah, samada yang telah lama beroperasi mahupun yang baru hendak beroperasi tetapi ditangguhkan kelulusannya. Cubalah YAB melawat ROS kat KL, tengoklah kakitangannya yang begitu rileks buat kerja, makan gaji buta.

Tidak patut betul. Ada banyak persatuan dan pertubuhan menyatakan pada Rentung bahawa ROS suka melengah-lengahkan permohonan yang lengkap. Macam-macam prosedur baru timbul, nak minta pendapat jabatan tu lah, jabatan ni lah...memang ROS ni suka beri alasan. Malah kawan-kawan Rentung telah mengambil inisiatif - habiskan duit yang banyak - terpaksa pergi ke jabatan-jabatan yang disebutkan oleh ROS untuk membantu ROS mendapatkan komen dan kelulusan namun ROS MASIH JUGA MENANGGUHKAN penubuhan persatuan dan pertubuhan yang rata-rata telah jelas - INGIN MEMBANTU KERAJAAN MEMERINTAH!!!!

Kenapa ROS? Nak minta duit kopi ke? atau suka pergi berkursus dalam hotel berhawa dingin?

Kenapa ROS? Kerja dengan MAFIA ke?

Kenapa ROS? Bencikan kerja-kerja agama ke?

Kenapa ROS? Tak sedar lagi ke rakan-rakan lapuk anda yang telah ditukar ke sana ke mari?

Kenapa ROS? Kenapa bodoh sangat ROS?

RENTUNGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

HINDRAF DAN MAKKAL SAKTHI

Kenapa pengikut HINDRAF termasuk yang dibebaskan dari ISA masih berdegil dan berlindung di sebalik Makkal Sakthi dan terus terang menentang kerajaan. Dengan angkuhnya tidak mahu meminta maaf. Inilah manusia yang merasakan dirinya betul dan bijaksana.

Kononnya nak ikut Gandhi tetapi jika Gandhi masih hidup, sudah tentu akan menangis melihat cara yang digunakan.

Gandhi cuba mendamaikan semua pengikut agama untuk menentang pengaruh Barat tetapi Hindraf pula terbalik, dari percubaan nak dapatkan jutaan ringgit dari Kerajaan British, kini seolah-olah berlarutan menentang bangsa dan agama lain?

Inikah satu perjuangan yang menggunakan Makkal Sakthi atau pengikut agama Hindu yang sebenar? Inikah perjuangan Gandhi?

Kalau marahkan tok Samy V tak apalah, kenapa melarat sehingga marahkan kerajaan pula? Kenapa babitkan rakyat India yang bekerja di Malaysia? India dan Malaysia adalah dua negara yang sangat berbeza. India masih mengamalkan kasta yang ditentang oleh Gandhi tetapi Malaysia tidak mengamalkan sistem kasta.

Rentung mengakui ada sedikit kesilapan dalam cara menangani peristiwa Batu Caves tetapi ini bukanlah alasan untuk menuduh kerajaan jahat?

Dulu HINDRAF berjuang membenci British, tetapi Waytha Moorthy ada kat negara yang dahulunya dibenci malah betul-betul dilaporkan 'enjoy' duit dari sumber-sumber yang diragukan di UK?

Cuba fikirkan, dengan cara permohonan mendesak kerajaan British untuk memberikan pampasan jutaan ringgit yang tidak mungkin akan dipenuhi – tiba-tiba orang yang bertanggungjawab boleh hidup dengan SELAMAT di UK? Kenapa orang-orang India tidak nampak perkara ini? Berjuang penat-penat sementara orang yang disangka baik sebenarnya penipu besar?

Dan kini berani melabelkan 'terrorists' terhadap orang Islam? Inikah perjuangan Gandhi? Inikah perjuangan Nehru? Inikah perjuangan Muhammad Ali Jinnah? Inikah perjuangan pembunuh Gandhi? Inikah perjuangan Lincoln?

Tidak hairanlah kalau dikatakan ada kaitan dengan kumpulan pengganas Tamil di India walaupun belum dapat dibuktikan.

Rentung harap Hindraf atau Makkal Sakthi berfikirlah secara waras. Jangan kerana nyamuk seekor, kelambu dibakar. Cuba Hindraf tanyakan pendapat orang-orang Cina dan orang-orang Melayu pula. Adakah hanya orang India sahaja yang menjadi mangsa British?

Janganlah kita ikut hasutan Zionist untuk memecahbelahkan perpaduan kita. Janganlah jadi kuda tunggangan Zionis!! Wahai orang-orang India, sedarlah, Barat telah lama memberikan layanan bagaikan hamba sehingga ramai orang-orang India bangga kalau dapat ke negara Barat kononnya bertamaddun. Kalaulah Gandhi hidup, pastinya Gandhi menangis!!


RENTUNGGGGG!!!!!

Tuesday, May 26, 2009

IKTIRAF PKM SATU KERJA GILA

Rentung sangat geram dengan saranan satu parti politik yang mendesak kerajaan agar mengiktiraf Parti Komunis Malaya. Dengan kata lain, mereka mahu negara mengiktiraf perjuangan Chin Peng dan rakan-rakannya sebagai 'Pejuang Kemerdekaan' (kepala hotak engkau!!!)

Fahaman Komunis, Sosialis, Marxist dan sebangsa dengannya yang lahir dari Zionis sudah lama hancur dan tidak diiktiraf lagi walaupun di Russia dan China.

Ini yang cuba diperjuangkan oleh satu parti politik pembangkang di Malaysia yang tidak cerdik tapi terasa bagaikan bijak kerana parti-parti politik lain di negara-negara lain pun tidak pernah berani mengeluarkan kenyataan apatah lagi desakan sedemikian.

Kita 1Malaysia dah lupa di sebalik janji manis fahaman komunis (fahaman Comintern dan Parti Komunis Eropah) yang kononnya memperjuangkan masyarakat tanpa mengira kelas dan memiliknegarakan tanah/industri sebenarnya tersembunyi

a) ajaran bertentangan dengan Islam dan semua agama seperti menolak adanya Tuhan,
b) penggunaan kekerasan,
c) suntikan ideologi halus dalam NGO, Kesatuan Sekerja, penerbitan dll.
d) kepandaian menggalakkan rakyat yang miskin untuk menentang kerajaan menerusi mogok, tunjuk perasaan, sabotaj dsb. (ini pun ada Parti Pembangkang gunakan sebagai taktik)
e) Merogol isteri dan anak perempuan tanpa belas kesihan (lebih jahat dari Tentera Jepun)walaupun dari bangsa mereka sendiri atau yang memberikan maklumat (Min Yuen),
f) Membakar kilang, menyerang balai polis (peristiwa Bukit Kepong)
g) Merosakkan landasan keretapi

Banyak lagilah di mana perangai pengganas komunis boleh disamakan dengan 'terrorist sebenar' iaitu Tentera Zionis.

Lupakah kita betapa kita memberikan peluang demi peluang menerusi proses pemutihan, pengampunan, rundingan Baling dll.

Tapi apakah balasan mereka?

1) Percubaan merosakkan institusi Raja-Raja menerusi cubaan memaksa DYMM Sultan Badlishah untuk menyerahkan pentadbiran kepada Komunis? (tentu ramai yang bertanya akan kisah ini...bacalah kembali sejarah lama...atau tanyalah orang-orang lama di Sungai Petani Kedah, pasti anda akan terjumpa kisah ini)

2) Menubuhkan pula parti-parti haluan kiri seperti PETA dan PERAM,

3) Menubuhkan pasukan Gerila MRLA untuk menguasai kerajaan,

4) Penyebab utama provokasi peristiwa berdarah 13 Mei!!

dan banyak lagi.

Ada ura-ura beberapa buah blog dan jaringan sosial seperti Facebook sedang cuba memasukkan jarum halus menyatakan kononnya PKM pernah membantu Tentera British menentang Jepun. Untuk pengetahuan semua orang, Rentung sendiri adalah bekas anggota keselamatan di zaman komunis dan Jepun serta bergaul dengan ramai bekas ahli risikan yang masih hidup sehingga sekarang. SEBENARNYA PKM ADA AGENDA LAIN YANG TERSEMBUNYI - MEREKA HENDAK TUKAR MALAYA KEPADA NEGARA KOMUNIS LEPAS MERDEKA!!!

Ternyata bahawa PKM sebenarnya ada agenda lain dan cuba memfitnah kononnya Kerajaan telah mungkir janji untuk memberikan kuasa kepada mereka selepas merdeka. MANA ADA???? JANGANLAH JADI BODOH, CARILAH FAKTA BETUL-BETUL, TANYALAH BEKAS ANGGOTA KESELAMATAN ZAMAN KOMUNIS. BILA PULA KERAJAAN BERJANJI NAK BERI KUASA MEMERINTAH???

Wahai 1Malaysia..tidak kira Melayu, India dan Cina. Lupakah kita pada sejarah? Jangan biarkan Parti Komunis Malaya diiktiraf kerana kita merdeka tanpa pertolongan mereka. Rentung berani mati untuk mempertahankan negara dari dicemari oleh fahaman komunis yang hina bagaikan najis mughalazah ini.

RENTUNG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

BACALAH BANTAHAN-BANTAHAN LAIN DI :

http://www.gomounited.com/2009/05/komunis-sedang-mengatur-strategi.html

Kemaskini : RENTUNG pasti bahawa isu ini ada kaitannya dengan keselamatan negara kita. Mungkin ada pihak tertentu dari luar (yang berkaitan dengan faham Zionis) yang ingin meletakkan kekuatan tentera asing di negara kita dan hanya menggunakan ura-ura kenaikan semula PKM sebagai alasan untuk mengucarkacirkan perpaduan kita semua!! BERAWASLAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA

Saturday, May 9, 2009

RENTUNG MENULIS KEMBALI



RENTUNG KEMBALI


Pertama sekali, Rentung ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan YAB Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana menerajui kerajaan dengan aman dan damai.


Kepada Yang Berbahagia Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, Rentung ucapkan jutaan terima kasih dan semoga tercapai 'Ku cari damai Abadi' sepertimana Tun mahukan selama ini. (Aiks..bila nak wat blog Pak Lah?? Tak nak join ke?? Boleh Rentung tolong-tolong popularkan....Jangan marah Pak Lah..nanti Tun Jeanne kata Pak Lah cepat tue....Anyway..Terima kasihlah Pak Lah...)


Kepada Ku Li...harap tolong-tolonglah kat belakang tabir atau depan tabir...Ku Li gentleman....ini dah TAKDIR...kena terima la..kalau dulu ada nazar lama-lama tu - janji nak tolong jalan-jalan kebajikan tu ingat-ingatlah balik..
--------------------------------------
Komen Rentung


1) Satu Malaysia - Berat Sama Di Junjung, Ringan Sama Di Jinjing... nampaknya mudah diperkatakan tetapi belum tentu dapat dilaksanakan..Harap-harap YAB PM betul-betul komited.

Bukan senang dalam keadaan sekarang ni...baru jer baling-baling kerusi kat Perak...

Pastu pulak..walaupun tahanan-tahanan ISA dilepaskan tetapi masih lagi ramai rakyat tak puas hati nih...sebab banyak lagi isu pasal ISA ini perlu diperbetulkan...contohnya...semakan semula...semakan yang bagaimana? tak apa Rentung akan tetap menanti memantau perkembangan.


2) Pakej Stimulus Nimbus (macam nama awan jer..) - Ini pun Rentung rasa perlu dilepaskan seberapa segera...masalahnya:

a) institusi perbankan dan kewangan masih lagi mendiamkan diri. Saham dah naik tapi masih lagi senyap sunyi...Kawan-kawan Rentung sedang meniaga ni nampaknya masih menunggu durian tak runtuh....kesian, dah ada yg hampir tutup kedai dah...bumiputera pula tu..


b) harga makanan makin tidak terkawal..bila pegawai KPDNHEP buat pemeriksaan, ok la jap, pastu dia orang naik balik...lagi pun penguatkuasaan tidak menyeluruh...hanya tertumpu pada tempat-tempat tertentu jer...

c) orang miskin masih dan makin ramai - Rentung tengok sekurang-kurangnya ada 2 orang miskin tegar di satu lokasi dekat Batu Caves setiap minggu....kesian..tak de ke orang nak tolong...jangan la kerana kawasan bukan UMNO/BN, tak de pula yg kesian...dulu kan dah cakap, walaupun PAS/PKR/DAP menang, UMNO/BN akan terus buat kerja spt. biasa-bantu rakyat..betul ke? (tak insaf lagi ke ex-wakil rakyat & parlimen nih...ish-ish-ish..tak tau ler) tapi malangnya org baru yang 'memerintah' pun tak jenguk-jenguk juger...harap-harap UMNO/BN ambik la peluang...

d) di samping jenayah makin meningkat...orang ragut - rompak - rogol (3R)....

e) tapi Rentung puji pihak polis tangkap Mat-Mat Rempit giler...rampas motosikal pun dah kira bagus...cuma nak buat program bagi pemulihan tu macammana? Patut dulu lagi fikir..tapi kalau sekarang..tak taulah.. Mat-Mat Rempit ni ada yang 'sponsor'..kena tangkap sponsor juga....jangan luper...

f) pasaran saham...walaupun angka KLCI menunjukkan kenaikan sehingga 1000 mata, tapi masih ada yang main belakang nih...(aduh..macam liwat lak)....spekulasi la, hedging la, short-selling la, gubah duit haram la, skim cepat kaya la...masih byk berleluasa dan banyak lagi..Ini SC kena buat kerja lebih masa la sikit....sebab macamana pun, akan memberi kesan buruk pada ekonomi..yang kaya nak makin kaya, yang miskin tak tau apa-apa terus makin miskin (ingatla, kalau orang miskin berdoa..parah nanti!!)

3) KPI dan GLC - ini kes lapuk..cuma diwujudkan kembali. Gembira sungguh para GLC dan para sektor kerajaan sebab boleh 'reset' balik angka lama dan tukar 'angka baru'...(yang tak pernah capai KPI tu lagi best...akan mundur selama-lamanya) - Patut kena ada yang monitor benda ni..lantik ejen dalam GLC dan sektor kerajaan..(Rentung tau dah ada yang dilantik...tapi takut-takut 'perisik-perisik' GLC dan sektor kerajaan pun dah termakan rasuah)

a) Cadangan GLC untuk mengawal/ambilalih beberapa sektor pertanian/penternakan untuk mengelakkan monopoli (ye ke...??) - baru-baru ini GLC dicadangkan 'jaga ayam'. ini kes boleh dikatakan berat. Niatnya baik tapi takut pelaksanaannya jadi macam kes BERAS.

GLC sepatutnya buat program bangunkan vendor kecil-kecilan tetapi takut nanti para vendor tu kebanyakannya KRONI...abislah penternak-penternak kecil!! Nganga!!

Jadi, mohonlah pihak kerajaan fikirkan masak-masak perkara ni...jangan sampai penternak/pengusaha ayam kat kampung/kecil-kecilan dsb jadi mangsa - yang paling teruk, pengguna...harga tak terkawal... Koperasi tu nak letak kat mana pula?

Rentung risau takut muncul 'rangkaian gangster baru' (lebih-lebih lagi yang bukan bumiputera) yang kita nak elakkan seperti penternak, peraih, broker, agen, pemborong, pengeluar dll (cara moden dan tersembunyi)- jadi harga mesti jadi tinggi pada pengguna!!

Atau pengeluaran terlebih dan anak-anak ayam tak berdosa dibunuh lagi....tolonglah...

4) Politik - ini dah macam di luar kawalan, Rentung terlalulah paling risau...satu demi satu kerusi UMNO/BN yang dipertandingkan dalam pilihanraya-pilihanraya kecil masih dikuasai oleh pembangkang...nampaknya susah juga nak pikat hati rakyat ni...tapi kalau Kerajaan usaha betul-betul dan teruskan 'penat sikit berjalan kaki ke kedai-kedai/warong-warong kopi' - rasanya boleh la buat perubahan sikit. Itupun belum tentu lagi 'next election' boleh menang...


YAB PM kita ni terlalu nak ambik ati semua orang...susah ler kalau macamtu...bukan semua orang kita boleh puaskan hati..jadi kita ikutlah cara kita...Rentung cadangkan Tun Che Det dan Tun Pak Lah - jangan campur sangat hal YAB Datuk Seri Najib..kesian la sikit...biarlah dia nak pilih sapa pun.

Kepada YAB PM - tengok dan pelajarilah contoh dan cara Allahyarham Ayahanda YAB tu...mesti jadik punyer....(Penyata Razak pun masih relevan....)



4.1 - Krisis Kepimpinan PAS - bagi la can kat intelek selaku 'ulama' pula naik memimpin - janganlah keras hati sangat..kesian kat Tok Guru Nik yang arif lagi bijaksana tu. Kalau kita sempitkan maksud ulama..maka kita ni macam zaman kena jajah dulu la...jadi terbelakang...agenda Umat Islam masakini adalah agenda EKONOMI...ingat ler...


Pastu nak ingatkan sikit pada wakil rakyat/parlimen PAS dan DAP/PKR...sekarang ni rakyat anytime ajer nak tukar korang..jangan ingat kau orang ni pandai sangat...turun-turunla jenguk rakyat..bukan kat masjid atau dewan majlis jer...takut ke????

5) Sekolah Khusus Untuk Anak-Anak Pintar Sahaja - ini paling Rentung tak setuju, walaupun Rentung tahu apa 'First Lady Malaysia' nak buat, tetapi ingatlah akan berlaku lagi segregasi lagi diskriminasi ...macammana pula dengan anak-anak kurang pintar, apa kriterianya? Jadi nak 'dibuang' ke mana? Ada pula yang akan buat bisnes tu?

Bukan tak boleh, boleh..tapi masalahnya akan menanam rasa inferiority complex di kalangan ibubapa yang anaknya 'kurang pintar' atau overpressure di kalangan ibubapa yang berlumba-lumba untuk meletakkan anak-anak di sini supaya pintar (itu tak cerita lagi pasal yurannya)

b) Rentung tengok dan dapat tau bahawa ramai juga anak-anak 'VIP' ni semua sekolah 'international' dan 'luar negara'...pelik juga...kita tak percaya dengan education and school system kita ke?

c) Apalah salahnya kalau budak-budak yang selalu dapat No. 1 - kita letakkan 1-2 orang pada setiap kelas - supaya mereka ini menjadi contoh kepada yang lain..bukan letak semua dalam satu kelas...Ini yang kes berat ni...diskriminasi/segregasi tanpa disedari!!!

d) PPMSI - Rentung sokong tetapi janganlah pula ada usaha buang atau belakangkan Bahasa Malaysia lebih-lebih lagi Bahasa Jawi...dah makin lama makin pupus - dikatakan ketinggalan zaman...MasyaAllah...apala kita ni...jenama Melayu asal adalah Bahasa Jawi - itu yang Rentung belajar dari Mahaguru.

Baiklah..setakat inilah dulu buat masa ini...Rentung akan kembali lagi di lain masa!! Akhir kata...

RENTUUUNGGGGGGGGGG!!!