Kenapa pengikut HINDRAF termasuk yang dibebaskan dari ISA masih berdegil dan berlindung di sebalik Makkal Sakthi dan terus terang menentang kerajaan. Dengan angkuhnya tidak mahu meminta maaf. Inilah manusia yang merasakan dirinya betul dan bijaksana.
Kononnya nak ikut Gandhi tetapi jika Gandhi masih hidup, sudah tentu akan menangis melihat cara yang digunakan.
Gandhi cuba mendamaikan semua pengikut agama untuk menentang pengaruh Barat tetapi Hindraf pula terbalik, dari percubaan nak dapatkan jutaan ringgit dari Kerajaan British, kini seolah-olah berlarutan menentang bangsa dan agama lain?
Inikah satu perjuangan yang menggunakan Makkal Sakthi atau pengikut agama Hindu yang sebenar? Inikah perjuangan Gandhi?
Kalau marahkan tok Samy V tak apalah, kenapa melarat sehingga marahkan kerajaan pula? Kenapa babitkan rakyat India yang bekerja di Malaysia? India dan Malaysia adalah dua negara yang sangat berbeza. India masih mengamalkan kasta yang ditentang oleh Gandhi tetapi Malaysia tidak mengamalkan sistem kasta.
Rentung mengakui ada sedikit kesilapan dalam cara menangani peristiwa Batu Caves tetapi ini bukanlah alasan untuk menuduh kerajaan jahat?
Dulu HINDRAF berjuang membenci British, tetapi Waytha Moorthy ada kat negara yang dahulunya dibenci malah betul-betul dilaporkan 'enjoy' duit dari sumber-sumber yang diragukan di UK?
Cuba fikirkan, dengan cara permohonan mendesak kerajaan British untuk memberikan pampasan jutaan ringgit yang tidak mungkin akan dipenuhi – tiba-tiba orang yang bertanggungjawab boleh hidup dengan SELAMAT di UK? Kenapa orang-orang India tidak nampak perkara ini? Berjuang penat-penat sementara orang yang disangka baik sebenarnya penipu besar?
Dan kini berani melabelkan 'terrorists' terhadap orang Islam? Inikah perjuangan Gandhi? Inikah perjuangan Nehru? Inikah perjuangan Muhammad Ali Jinnah? Inikah perjuangan pembunuh Gandhi? Inikah perjuangan Lincoln?
Tidak hairanlah kalau dikatakan ada kaitan dengan kumpulan pengganas Tamil di India walaupun belum dapat dibuktikan.
Rentung harap Hindraf atau Makkal Sakthi berfikirlah secara waras. Jangan kerana nyamuk seekor, kelambu dibakar. Cuba Hindraf tanyakan pendapat orang-orang Cina dan orang-orang Melayu pula. Adakah hanya orang India sahaja yang menjadi mangsa British?
Janganlah kita ikut hasutan Zionist untuk memecahbelahkan perpaduan kita. Janganlah jadi kuda tunggangan Zionis!! Wahai orang-orang India, sedarlah, Barat telah lama memberikan layanan bagaikan hamba sehingga ramai orang-orang India bangga kalau dapat ke negara Barat kononnya bertamaddun. Kalaulah Gandhi hidup, pastinya Gandhi menangis!!
RENTUNGGGGG!!!!!