Tuesday, May 4, 2010

Aminul Rashid Hamzah (Al-Fatihah)




Salam sejahtera

Rentung tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak dalam membuat kenyataan berikut.

Lagipun sudah banyak kisah sedih dan tragis Allahyarham Aminul Rashid Hamzah yang terus menjadi isu hangat diperbincangkan dalam banyak blog, forum, akhbar tempatan, ahli politik pembangkang dan kerajaan, dll.

1. Kisah awal Aminul Rashid

- Arwah telah dikejar oleh peronda polis kerana dikatakan suspek penjenayah.
- Parang ditemui dalam kereta Allahyarham
- Polis terpaksa menembak kerana Allahyarham telah mengundurkan kereta sehingga membahayakan keselamatan anggota polis.
- Suspek kedua berjaya melarikan diri.

2. KPN dan KP Selangor serta sekumpulan anggota memulakan siasatan awal di tempat kejadian. Hasil awal dan antara kenyataan KPN kemudiannya:

- Penyiasatan dilakukan samada tindakan polis adalah wajar
- Satu lakonan semula juga diadakan
- PDRM juga ingin memastikan keadilan ke atas Aminul
- 2 laporan Polis telah dibuat oleh rakan kepada tuan kereta mewah dan seorang pemandu motosikal yang terlibat dalam kejadian berkenaan
- KPN sedih kerana ianya melibatkan seorang remaja yang berada di lokasi yang sering berlaku jenayah.
- KPN merasakan mungkin inilah sebabnya anggota polis mengejar kereta Allahyarham
- KPN menafikan dia cuba melindungi mana-mana anggotanya dan menggesa siasatan terus dijalankan,
- KPN menyuarakan rasa tidak puas hatinya kerana dia telah lama mencadangkan agar kereta peronda dilengkapi dengan kamera video tetapi ianya tidak dapat dilakukan kerana kekurangan belanjawan.
- KPN meminta orangramai tidak mendengar spekulasi dan berlaku adil dalam kes ini.
- Allahyarham tidak mempunyai lesen memandu semasa kejadian berkenaan.
- Allahyarham telah mengambil kereta milik bapa saudaranya tanpa pengetahuan dan keluar senyap-senyap pada tengah malam.

3. Blog dan Facebook yang ditujukan kepada Allahyarham

Banyak blog dan facebook (ada yang mencecah lebih 60,000 peminat/pengunjung) yang ditujukan kepada Allahyarham dengan komen dan maklumbalas pelbagai reaksi,

- Pendapat adalah berbeza-beza
- Ada yang menyalahkan ibu dan keluarga Allahyarham serta ada yang mengutuk keluarga Allahyarham.
- Ada yang menyalahkan polis dan ada yang mengutuk PDRM
- Ada yang meminta KPN undur dan meletakkan jawatan
- Allahyarham baru berumur 15 tahun - mungkin tidak biasa dengan kejadian seperti itu, terasa sangat ketakutan, satu fenomena biasa bagi seorang remaja.

4. Kenyataan balas KPN, PM dan beberapa pihak

- Beliau sangat marah sehinggakan mengeluarkan kenyataan untuk menarik balik semua anggota PDRM dari bertugas
- PM pula menyaran agar orangramai bersabar dan tidak wajar meminta KPN meletakkan jawatan
- Menteri KDN juga menyaran perkara yang sama dengan PM
- Ada yang meminta agar satu akta digubal segera bagi menghadkan remaja pada usia tertentu agar tidak keluar rumah selepas jam 12 tengah malam.
- KPN mencadangkan inkues

5.
Maklumbalas keluarga Allahyarham dan lain-lain kenyataan

- Ibunya Norsiah Mohamad memohon anaknya tidak dipanggil penjenayah.
- Puan Norsiah sangat sedih dan memberitahu orangramai bahawa dia lebih kenal Aminul Rashid dari sesiapa sahaja di dunia ini. Walaubagaimanapun dia tidaklah menyatakan bahawa arwah anaknya itu manusia yang sempurna dan sunyi dari sebarang kesalahan.
- Rakan Aminul Rashid (saksi utama kejadian) telah memohon maaf kepada keluarga Aminul kerana gagal melindungi Aminul Rashid.
- Datuk Seri Noh Omar yang melawat keluarga menyatakan bahawa beliau akan membawa perkara ini ke mesyuarat Kabinet bagi memastikan PDRM menyiasat perkara ini dengan seadil-adilnya.
- KP Selangor memberi jaminan akan mengadakan penyiasat terperinci tanpa
melindungi mana-mana anggotanya yang jika dibuktikan bersalah.
- MB Selangor meminta kes disiasat dengan penuh ketelusan dan mereka yang tidak bersalah dilindungi.
- Ada ura-ura menyatakan keluarga Allahyarham mungkin didakwa kerana kecuaian.

6. Laporan Polis dan Kenyataan Akhbar



Satu laporan polis telah dilakukan oleh Azamuddin Omar, rakan baik Allahyarham, diikuti dengan kenyataan akhbar hari ini termasuk beberapa kenyataan dalam blog, saksi utama - Azamuddin (suspek yang dikatakan melarikan diri) yang berada di sebelah Allahyarham dan menyaksikan segalanya.





- Allahyarham mengajak Azamudin ke Ali Corner untuk membantu Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.
- Dia tergesel sebuah kereta mewah. Oleh kerana takut, dia terus membawa kereta dan menghala pulang ke Seksyen 11.
- Tidak lama kemudian, sekumpulan motosikal telah mengejar kereta Allahyarham.
- Dia menjadi lebih takut dan terus memandu dengan laju (kerana sangkakan bahawa kumpulan motosikal berkenaan adalah rakan-rakan kepada pemilik kereta mewah berkenaan)
- Salah sebuah motosikal berkenaan terlanggar belakang kereta Allahyarham dan kumpulan motosikal berkenaan berhenti dan tidak menerus mengejar kereta Allahyarham.
- Allahyarham telah melintas sebuah kereta Polis MPV dengan laju.
- Polis mengejar kereta Allahyarham
- Polis melepaskan tembakan di tayar dan beberapa bahagian serta akhirnya tembakan telah mengena kepala Aminul Rashid.
- Allahyarham jatuh di pangkuan Azamuddin dengan kaki Allahyarham masih di pedal kelajuan
- Polis masih menembak kerana menyangkakan kereta itu masih cuba melarikan diri.
- Kereta Allahyarham terlanggar tembok
- Azamuddin keluar menyerah diri. Beliau terjatuh dalam longkang. (mengikut satu kenyataan berasingan, anggota polis mengacukan pistol terhadap Azamuddin) Beliau kemudiannya telah dipukul oleh anggota polis.
- Dalam pergelutan berkenaan, Azamuddin sempat melarikan diri dan pulang ke rumah.
- Azamuddin berkata dia membuat laporan Polis tidak lama selepas arwah dikebumikan kerana tidak berpuashati seolah-olah kenyataan sesetengah pihak menyatakan Allahyarham adalah penjenayah.
- Peguam keluarga Aminul Rashid menyatakan bahawa kisah awal yang menyatakan :
- Parang ditemui dalam kereta Allahyarham
- Allahyarham mengundurkan keretanya sehingga mengancam keselamatan anggota polis
adalah tidak benar sama sekali.

- Keluarga Allahyarham memohon satu Siasatan Di Raja dilakukan dan menolak inkues yang dicadangkan oleh KPN.
- Bapa saudara Allahyarham menyatakan beliau tidak sekali-kali membenci semua anggota polis cuma meminta pihak berwajib mengambil tindakan kepada anggota yang menembak Allahyarham

- PDRM terperanjat dan mempersoalkan kenapa kenyataan akhbar berkenaan dilakukan semasa penyiasatan masih dijalankan
- PDRM menyatakan peguam keluarga Allahyarham sepatutnya mengetahui undang-undang tetapi memilih untuk melakukan kenyataan akhbar
- Akhbar melaporkan seorang anggota polis dilanggar sebuah motosikal sehingga tercedera semasa bertugas.
- KPN mengeluarkan kenyataan lebihkurangya - Inilah kerja 'keluarga baik-baik' (langgar anggota polis sehingga cedera) jadi siapa pula akan membela pihak polis?

7.
Siapakah Allahyarham?



- Ibu dan (arwah) bapanya dikenali sebagai ahli kariah Surau Seksyen 11
- Allahyarham sangat disenangi oleh semua rakan sekolahnya dan sangat suka membantu rakan-rakannya
- Allahyarham akan menduduki peperiksaan PMR
- Allahyarham dikenali sebagai seorang yang sangat aktif di bidang sukan (bolasepak)
- Bapa Allahyarham telah meninggalkan Allahyarham pada tahun 2004
- Antara peristiwa ganjil sebelum Allahyarham pergi untuk selama-lamanya.
- sering memeluk dan mencium ibunya sehingga pada siang hari terakhir
- sering meminta maaf dari rakan-rakannya di sekolah
- seminggu sebelum meninggal, Allahyarham telah terlibat dalam demonstrasi mandi mayat dan Allahyarham telah meminta dengan sukarela untuk menjadi 'mayat' bagi demonstrasi balutan kain kapan dan mandi mayat
- Allahyarham meminta dari ibunya keizinan untuk membersihkan kubur arwah bapanya
- Allahyarham telah mengambil fotonya sendiri (bersama seorang rakannya) dengan menghalakan kamera telefon bimbit ke arah sebuah cermin.







KOMEN RINGKAS RENTUNG

1. Jelas terdapat banyak percanggahan dalam kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan.



2. Kedua-dua pihak mungkin juga ada kesalahan masing-masing


3. Akta yang menghadkan remaja pada waktu tertentu telah pun ada tetapi mungkin tidak dilaksanakan secara lengkap


4. Isu ini jelas cuba dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu bagi meraih sokongan rakyat


5. Apa yang jelas, rakyat sangat marah kerana tidak tahu siapa yang patut dipersalahkan. Kemarahan ini juga diluahkan oleh rakan-rakan sekolahnya, ramai pelajar sekolah belasan tahun di laman-laman sosial/internet/blog masing-masing, PIBG sekolah di tempat Allahyarham belajar dsb.

6. Isu ini tidak boleh dianggap kecil oleh pihak berwajib - diluah mati emak, ditelan mati ayah

7. Rentung menjangka isu-isu lain yang mirip juga pasti akan ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu seperti kes Norizan Salleh, Altantuya, Teoh Beng Hock, Kugan, pengawal peribadi TMK dll. Ini sudah pasti akan mengeruhkan lagi keadaan kerana isu-isu seperti ini sudah pasti akan dipolitikkan.


8. Pihak berwajib perlu mengambilkira keterangan pemilik kereta mewah yang digesel oleh kereta Allahyarham. Selain itu, yang pastinya pihak berwajib perlu mengambilkira kumpulan motosikal yang mengejar arwah.


9. Diharap dalam keghairahan Piala Dunia yang akan datang, janganlah isu ini tidak diketengahkan pula


8. Rentung juga sedih kenapa perkara ini boleh berlaku tetapi redha akan ketetapan Allah SWT dan pasti ada hikmahNya yang tersembunyi dan boleh menjadi pengajaran kepada semua pihak.
Apapun Rentung harap, pihak berwajib mestilah menjalankan tugas ini dengan adil dan saksama.

Kebenaran itu adalah pahit (walau benar di pihak mana sekalipun) - tetapi wajib dinyatakan dengan telus.

(dan untuk menghormati semua pihak, kali ini Rentung tidak akan berteriak 'Rentunggggg!' seperti biasa dilakukan)

Apapun, marilah sama-sama kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Aminul Rashid Hamzah - semoga dimasukkan dalam golongan yang diredhai Allah SWT.

AL-FATIHAH


WASSALAMU'ALAIKUM WBR.