Friday, October 31, 2008

30% EKUITI BUMIPUTERA PUN DIPERSOALKAN???

Ekuiti 30% Melayu pun korang MCA nak bising ke??

Haii...Mentang-mentanglah Pak Lah kata nak berenti....korang dah mula nak naik tocang!! korang luper ke 13 Mei...

Korang ingat Pendekar Melayu dah tak ada ke kat Bumi Malaysia ni.....tolong sikit - jangan korang nak tuntut bukan2!!

Toleh-toleh sikit kat belakang tu...nanti terlihat Pedang Terbang nanti....baik korang lari!!!

Yang Melayu-Melayu BANGANG tu sibuk DOK SOKONG...korang ni Melayu betul ke Melayu dalam utan???

RENTONGGGG!!!!

BANK DAN AGENSI KERAJAAN YANG MENYUSAHKAN BUMIPUTERA

Rentung kini banyak terlibat dalam IKS bumiputera - nak cari duit makan, biasalah. Mana boleh hidup dengan menulis blog...kalau orang lain tu, ada yang sponsor, Rentung hanya penulis blog kampung.

Rentung ada juga memohon bantuan dari institusi kewangan dan perbankan terkenal di Malaysia. Business Plan pun cukup lengkap mengalahkan mana-mana perunding.

Rentung hairan satu bank cap kepala rimau - betul-betul tak nak tolong orang Melayu meniaga. Macam-macam alasan diberikan sebab kilang tempat Rentung cari makan ni (kat Puchong) memang 'viable' bisnesnya. Mana tidaknya, Tok Arab pun datang beli produk yang dikeluarkan oleh kilang Rentung

Bank Negara Malaysia dah ratusan kali mengingatkan semua institusi kewangan dan perbankan agar terus memberikan pembiayaan tanpa sebarang prejudis apatah lagi jika bisnes/industri bumiputera itu telah terbukti mempunyai potensi yang tinggi untuk maju.

MARA juga pernah berjanji manis untuk membantu kilang Rentung tetapi sehingga kini bayang pun tak ada. Tapi banyak cekadak pula..nak itu, nak ini - motivasi bagai nak rak..tapi diri sendiri tak terjaga.

Rentung sangat susah hati dan kecewa kerana apabila bumiputera menampakkan kekuatannya dalam berniaga, tiba-tiba institusi kewangan dan agensi kerajaan yang banyak duit bukan sahaja 'loan' tetapi juga macam-macam 'geran' tapi kedekut - TAIK IDUNG MASIN.

Mereka ni lah sepatutnya menolong orang macam Rentung tapi rupa-rupanya 'indah khabar dari rupa'. Kita ni bagai nak rak sokong kerajaan - langsung tak dapat apa.
Pembangkang pun...korang jangan tersengih-sengih perasan...korang pun sama..membohong!! Ketua kepala pembangkang tu lagi bapak pembohong...sekali kata September, sekali kata Disember...ntah bila lagi nak naik.....Amerika dah bosan dengan kau, duit dah abis banyak melabur.

Yang Rentung hairan, geran dan 'loan' diberikan kepada mereka yang menggunakan wang berkenaan untuk buat benda lain - mereka ni orang-orang yang ada 'cable' besar.

Rentung nak buat kerja yang betul kerana Allah SWT semata-mata tetapi tidak dapat apa-apa hasil - mungkin pasal Rentung tak ada 'cable'.

Wahai MARA (Majlis Amanah Rakyat jadi Majlis Menyapu Duit Rakyat) segala agensi yang keluarkan geran dan Institusi Kewangan/Perbankan, kalau anda ini orang Melayu dan Islam dan anda mempunyai kuasa untuk meluluskan bantuan kepada orang macam Rentung...luluskan aje..

Jangan banyak songel..jangan banyak birokrasi...mengata orang Melayu tak pandai berniaga tapi bila ada yang pandai, kita ketuk dia bagi mampus!!

Itulah pasal Ramly Burger and the Gang marah sangat dengan korang ni... Rentung kenal sangat dengan Ramly ni.....Korang tak ingat ke, masa Ramly datang minta tolong korang..apa korang cakap? :

"Orang Melayu tak leh meniaga Burger, ini bisnes orang Cina" -

bila Ramly dah berjaya, korang jemput dia untuk berceramah, Ramly tolak mentah-mentah bukan kerana dia tak mahu, tapi dia cakap - dia kecewa - masa nak minta tolong, korang kata dia tak boleh berniaga, masa dia kaya, korang cari dia minta sedekah...PADAN MUKA KORANG!! Jadi peminta sedekah aje jawabnya!!

Rentung la bersusah-payah tulis surat sana-sini nak bantu Ramly....harapkan korang, jangankan kata duit, habuk pun tak nampak!! Korang perli pulak lagi!!

RENTUNG juga akan buktikan, bahawa RENTUNG tidak perlu korang semua..penyangak!! RENTUNG akan menjadi seorang usahawan berjaya macam Ramly Burger. Itu jam, Rentung akan menggalakan semua orang supaya JANGAN MINTA TOLONG MARA!!!

Jangan kita berjawatan dan berkuasa menjadi beruk dalam hutan! Akal fikiran Allah SWT bagi - kita letak kat jubur. Dah puluhan tahun agensi ini ditubuhkan untuk bantu bumiputera...macam-macam program keluar, vendor lah, francais lah dsb...akhirnya yang ada usahawan hanyalah beberapa buah kedai yang kecil kat bangunan MARA...Macam ini kita nak cakap usahawan berjaya??? Ini yang kita nak banggakan???

Rentung dah ratusan kali ke MARA untuk buat 'kerja perisikan' dan Rentung dapati sungguh ramai pegawai dan kakitangan MARA serta 'Kementerian MARA' yang cukup MALAS buat kerja, dok rilek, isap rokok, borak-borak, kaki bodek, kaki rasuah dan balik rumah serta MAKAN GAJI BUTA!!... Berdosa korang ni!!

Rentung tengok ramai 'Mat Kelate' ada kat situ (hasil daripada Menteri MARA kelate era 90-an dulu - yang Menteri ni pula suka cakap teori ekonomi - praktikal tarak!!) - malulah korang sikit kat Tok Guru Nik Aziz! Kata datang dari Serambi Mekah... negeri orang-orang alim - jaga sikit maruah tu!!!

RENTUNG pun pernah berkhidmat dengan jabatan kerajaan.

Kalau tak caya, pi lah buat lawatan mengejut!!! Rentung dah lama main kat MARA ni.....

Konsultan-konsultan Melayu kroni MARA kat Pertama Complex tu..yang dok makan kat gerai MARA dengan tali leher baju kemeja macam salesman tu - tak usah korang cakap besar..kau orang masih berhingus..nak caj kertas kerja sampai beribu!!

Wahai 'Menteri MARA' - tolong lah tengok-tengok orang-orang engkau ni...dah jadi kudis buta sampai bernanah dah woiiiii.....bila nak berubah ni!!!!

Korang larat ke hidup dalam kutukan...nanti mati beragan korang nanti!!

RENTUNGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, October 14, 2008

ANALISA POLITIK TERKINI RENTUNG

Ini analisa politik yang kedai kopi mari!! Nak percaya, percayalah, tak nak percaya, terserahlah!!

Orang Johor - Maybe jadi timbalan pemerintah

Orang Pahang - Maybe jadi pemerintah tapi tak tau la berapa lama - kalu tak jaga diri, pasti akan diburu oleh pahlawan Mongul

Orang Kelantan - Jika betul isu - bangsa dan agama - pasti boleh jadi pemerintah dan Orang Johor akan jadi timbalan pemerintah

Orang Kedah - akan backup sapa yang kuat!!!

Yang pastinya ORANG JOHOR akan bermula jadi TIMBALAN PEMERINTAH!!!


REENTUUUUUNGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!