Monday, June 23, 2008

BLOG CHE DET ADA BALIK DAH!!

Semalam, Rentung telah melawat blog chedet dan mendapati hilang!!

Panik gak Rentung - apa dah jadi? Ada orang hack ke?

Hari ini Rentung cuba lagi dah Rentung dapati ianya telah dipindahkan ke :

http://test.chedet.com/che_det

Di bawah ini adalah notis rasmi dari Ybhg Tun :

Note To Visitors

Posted by Dr. Mahathir Mohamad at June 22, 2008 11:09 PM

On Friday June 19th, chedet.com was locked by the administration of Bloggers.com for what was termed as "suspected spam blog". Following that chedet.com has not been able to publish any new posting pending approval by Bloggers.com.

Despite repeated appeals Bloggers.com have yet to "unlock" chedet.com to allow for posting of new comments. Due to this measures have been taken to migrate chedet.com from Bloggers.com in an effort to avoid further disruption, hence the new page set up.

Chedet.com apologises to all readers and commentators for the inconvenience caused. Chedet.com would like to notify readers that comments for previous postings have not been attached currently while the technical team resolves certain matters. As for new postings commentators are only required to follow the simple registration steps accordingly before submitting comments.

In line with this chedet.com would like to remind commentators that critical comments are welcome but in efforts to maintain the integrity of this site and to promote healthy debate, readers are urged to refrain from using deragotary terms, name-calling and racial and seditious remarks. Such comments including comments that are UNRELATED to the posting WILL NOT be given priority...Chedet.com
--------------------------
Pendekata, Rentung pun ada silap gak, kerana Rentung pun pakai bahasa pasar masa menulih komen kat Blog Che Det...sorilah Che Det..

Rentung pun nak pesan la pada kawan-kawan blogger agar jaga penggunaan bahasa supaya kita sama-sama boleh menikmati celoteh Che Det yang dahsyat ini secara berterusan.

Tapi janganlah kat Blog Che Det jer. Kat blog-blog lain pun, kita kena jaga la juga bahasa kita - Pak Syeikh ke, Pak Lah ke, Malaysiakini ke dll...nanti mereka susah kena 'ban' kerana ada orang guna perkataan 'yang curang'

sama-sama kita jaga noo....



RENTUNG!!!!!


LAGI BERITA PERTUBUHAN BEKAS PERISIK

TERBARU DAN TERKINI - PERTUBUHAN BEKAS-BEKAS PERISIK

Rentung mendengar khabar dah confirm bahawa Presiden telah pun dibuang menerusi undi tidak percaya dan kini Pertubuhan keramat ini dipangku oleh Timbalan Presiden.

Ini dilakukan berdasarkan salah satu klausa perlembagaan mengenai 'mencemarkan nama Persatuan' dan segala pertuduhan adalah jelas.

Khabarnya, Naib Presiden yang dibuang menerusi sms oleh Presiden dulu masih tetap mengekalkan jawatannya tanpa tergugat.

Khabar paling gembira Rentung harap akan jadi kenyataan ialah :

a) Penstrukturan kembali Pertubuhan,
b) Penjenamaan semula Pertubuhan,
c) Kemasukan tenaga professional/korporat dan think-thank group (ini yang dahsyat nih...Rentung dah dengar khabar siapakah mereka ini tapi tak nak lah Rentung dedahkan - khabar angin lagi ni.)
d) Aktiviti yang lebih bernilai tambah lagi memanfaatkan semua ahli.
e) Mendapat sokongan hebat...(ini pun Rentung tak leh nak cakap lagi - pasal masih khabar angin)

Rentung tetap doakan agar Allah SWT memberkati pejuang-pejuang kita yang telah banyak berkorban untuk negara.

Rentung dah tak sabar lagi untuk menyertai Pertubuhan ini dan Rentung akan sebarkan kepada member-member RGK, KRAM, E3M, UTK dll. agar seberapa segera bersama Rentung

RENTUNG!!!

Sunday, June 22, 2008

UNDI TAK PERCAYA

PANAS!!!

22-06-2008 - Rentung kembali lagi dengan kisah pertubuhan bekas perisik. Kali ini Rentung diberitahu bahawa satu mesyuarat tergempar AJK pertubuhan telah diadakan di Kuala Lumpur bagi megusulkan undi tidak percaya terhadap Presiden dengan majoriti AJK menyokong usul berkenaan.

Presiden yang bakal dibuang tidak hadir walaupun berkali-kali diberikan notis. Sebelum itu, Presiden ada menghantar sms kepada 'bekas' Naib Presiden (yang dibuangnya menerusi sms dulu) menyatakan bahawa dia akan menghadirkan diri ke mesyuarat berkenaan bagi mempertahankan kedudukannya dan juga untuk menjelaskan perkara yang sebenar.

Sejurus selepas mesyuarat, Presiden (yang telah sah dibuang) kepada salah seorang AJK menyaran agar AJK-AJK lain meneliti dan memahami perlembagaan pertubuhan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Yang menghairankan Rentung, siapakah yang tidak memahami undang-undang dan perlembagaan?

Presiden atau AJK-AJK yang mengusulkan undi tidak percaya?

Dari awal, Rentung merisik perkara ini dan mendapati Presidenlah sebenarnya yang dungu mengenai perlembagaan.

(Rentung mendapat khabar berita bahawa Presiden merupakan orang yang mendrafkan perlembagaan berkenaan - mungkin pakai copy sahaja kat mana-mana dan ditampal dalam draf berkenaan - pasal itulah dia sendiri terkeliru dengan perlembagaan ciptaannya atau mungkin tidak pernah pun membaca perlembagaan berkenaan)

Walaubagaimanapun, AJK-AJK telah pun membuat keputusan mengikut perlembagaan dan undang-undang bahawa Presiden kini telah dilucutkan jawatannya serta-merta dan tidak dibenarkan lagi berurusan dengan mana-mana pihak mewakili pertubuhan.

KALAU ORANG DAH TAK NAK TU...FAHAM-FAHAM AJELAH..JANGANLAH NAK MENYUSAHKAN ORANG!! SURRENDER LAH SEBELUM MASALAH BESAR DATANG

Mungkin laporan ke peringkat lebih atas akan dilakukan.

Rentung mendoakan agar AJK-AJK berkenaan menang dalam peperangan ini. (sebab Rentung pun nak berdaftar sebagai ahli)

RENTUNG!!!


Wednesday, June 11, 2008

TUN M:

Petronas Adviser

I have been asked by the media and commentators in my blog as to whether I would quit as adviser to Petronas following my quitting as an UMNO member.



I would like to believe it is not exclusive to UMNO members. Prior to my being adviser, the post was held by Tun Hussein Onn who was appointed by me following his resignation as Prime Minister. When UMNO was made illegal and UMNO Baru was formed Tun Hussein remained outside the party but this did not affect his position in Petronas. He remained Petronas adviser until he passed away.



Tun Hussein was also ISIS (Institute of Strategic and International Studies) chairman from 1984 until his demise.



As I have stated before I have no intention of quitting. It is ridiculous if all advisorial appointments subject the appointee to saying only the things that please the Government.The Government is free to remove me from this position as it sees fit.



Dr M threatened judgesBoth the New Straits Times and the Star today chose to splash Justice Dato Ian Chin’s “stunning” claims of my alleged interference in the judiciary, providing brief respite from the current issues of oil price hike etc etc I will refrain from commenting for now and will do so in due time. However, I am quite curious about what Ian Chin considers as “veiled threat”. Perhaps he could be more specific as his allegations are very serious.





RENTUNGGG!!

UPDATE : PERGOLAKAN BEKAS-BEKAS PERISIK

Alhamdulillah, Rentung berjaya menghubungi 'bekas orang kanan' Presiden yang cuba di'sotong' menerusi SMS itu hari.



Rentung dah jangka, orangnya pendiam, tetapi sangat bijak mengeluarkan idea-idea bernas samada dalam dan luar negara. Rentung juga terkejut bila mengetahui 'orang kanan' ini sangat mahir bidang perundangan.



Rentung terharu mendengar kisahnya yang bertahun-tahun bersama pertubuhan dan cuba untuk menaikkan nama pertubuhan tetapi dia mendapat halangan dari Presidennya sendiri.



Orang kanan ini juga khabarnya mempunyai hampir 3/4 sokongan dalam pertubuhan ini (haii..kalu bertanding PRU, tentu dah berada di atas nih...heheheh)



Rentung dapat tahu berita yang sangat panas!!



Presiden kini sedang RENTUNG dan cuba tersengih-sengih cuba berbuat baik kepada bekas orang kanannya kerana kemungkinan diundi tidak percaya dan laporan akan dilakukan oleh orang kanan kepada pihak atasan. (abis la).



Rentung hairan, macamana nak jadi pejuang? Presiden dah mulakan peperangan dengan orang kanannya - baru beberapa hari, dah nak berdamai...



Inilah kalau menjual - berhati-hati, orang akan membeli dengan harga yang sangat mahal!



Barulah Rentung faham kenapa Presiden bekas-bekas perisik ni nak buang dia - kerana boleh menggugat kedudukannya.



RENTUNGGGG!!!!!

PERGOLAKAN PERTUBUHAN BEKAS-BEKAS PERISIK

Rentung ni ex-spy yang tak bertauliah. Macam-macam tempat Rentung bekerja - kor risik askar, lepas tu tukar jadi polis E3 dsb.
Baru je Rentung nak masuk sebuah pertubuhan bekas-bekas perisik...dah...ada citer lak.
Adalah ari tu Rentung dengar-dengar khabar admin pertubuhan bekas-bekas perisik ni sedang bergolak besar.

Susah juga kalau sama-sama bekas perisik bergadoh. Takut jadi MAFIA jer, tembak-menembak! HARU!! Maklumlah, ada bekas sniper, bekas komando dan lain-lain bekas lagi..Rentong ni bekas tembaga...hehehe

Ternyata khabar itu adalah benar apabila aku menerima satu sms diikuti dengan e-mail yang sangat ganjil menyatakan Presiden pertubuhan bekas-bekas perisik ini katanya 'gila babi' sikit.
Ini aku paparkan kisahnya. Katanya...mula kes ini bila :

DIA (Presiden) CUBA 'SACK' SALAH SEORANG ORANG KANANNYA MENERUSI SMS SAHAJA

Memang sewel!!
Kita dah dengar banyak citer-citer karut ni umpamanya 'TALAK' dan 'CERAI' menerusi SMS - Bukankah semua ulama kata TIDAK SAH!!
SAMALAH JUGA KISAH PEMBUANGAN ORANG KANANNYA MENERUSI SMS - TIDAK SAH! TIDAK IKUT PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG PENDAFTARAN PERTUBUHAN.

Rentung aib juga mendengar kisah ni memandangkan Rentung juga bekas spy. Memang tak dak sivik Presiden tu!Lebihkurangnya ginilah e-mail yang Rentung terima :

DALIL KENAPA PRESIDEN BEKAS-BEKAS PERISIK ITU KENA MELETAKKAN JAWATAN

(Oleh kerana demi menjaga rahsia keselamatan negara, Rentung hanya memaparkan alasan-alasan yang ringan...kalu korang nak tau, carilah sendiri, ada satu jer pertubuhan bekas-bekas perisik ni!)

1. PEMBUANGAN AHLI JAWATANKUASA IKUT SEDAP HATI DIA SAHAJA TANPA BAWA KE MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA. (khabarnya dah ramai dah menjadi mangsa sejak penubuhan pertubuhan ni lagi!!!)
2. DAH EMPAT TAHUN MENERAJU PERTUBUHAN, APA KEBAJIKAN PUN TAK ADA UNTUK AHLI! AKAUN PERTUBUHAN PUN TAK DA DUIT!!! (sakit-sakit)
3. DENGAR KHABARNYA HUTANG PERTUBUHAN HANYA EMPAT HINGGA LIMA RIBU PUN TAK MAMPU BAYAR! (malu pertubuhan bekas-bekas perisik - nasib baik lah Rentong tak jadi ahli!)

4. YANG PALING TERUK RENTONG DENGAR SEWA PEJABAT PUN TAK BAYAR...giler betul!

5. AHLI-AHLI SELALU SMS DAN CALL PRESIDEN, DIA SELALU TAK GEMAR JAWAB TELEFON...APAHAL TAK TAU - KALU ORANG LAIN TAK PER, INI PEMIMPIN - TAK JAWAB TELEFON?...RENTONG RASA DIA LARI DARI UTANG KUT!! LEPAS TU, ADA KE PATUT, DIA KATA TAK PERNAH TERIMA APA-APA CALL ATAU SMS?

6. TAWARAN MEMBUAT AGIHAN PROJEK KELAS 'F' SECARA PILIH KASIH! Dengan kata lain anya kroni dapat projek, kalu bukan kroni - get out!
7. MESYUARAT AGUNG DIPANGGIL TANPA NOTIS SECUKUPNYA - memang dia ni tak sekolah!

8. MEMIMPIN PERTUBUHAN BEKAS-BEKAS PERISIK MACAM PERTUBUHAN POLITIK - Rentong rasa dia ni tak ada pengalaman cukup dalam bidang risik.
9. MEMBUAT M.O.U. DENGAN SEBUAH PARTI POLITIK TANPA PENGETAHUAN AJK DAN APA ISI KANDUNGAN M.O.U. TIDAK DIKETAHUI - sah bengong!

10. TELAH MENDAPAT TAWARAN DARI MAXIS DAN CELCOM UNTUK DAPAT KONTRAK MENJUAL KAD PRABAYAR DENGAN POTONGAN HARGA ISTIMEWA TAPI TAK TAU APA CERITA SAMPAI SEKARANG! (DAH HAMPIR SETAHUN BERLALU! - tak tau berniaga ke? tak tau berniaga bagi orang yang tau! jangan berlagak pandai! nanti ke parit!)

11. BANYAK MENJANJIKAN PELUANG-PELUANG PERNIAGAAN KEPADA AHLI YANG NYATANYA SATU PERNIAGAAN PUN TAK WUJUD. Macam wakil rakyat yang berjanji macam-macam...Rentung ingat dia ni berangan nak jadi wakil rakyat tapi tak kesampaian. Patutlah dia pimpin pertubuhan bekas-bekas perisik macam pertubuhan politik - perangai pun dah macam wakil rakyat membohong!!

12. SELALU BERSIKAP TIDAK PROFESSIONAL - SUKA MENJATUHKAN AIB AHLI-AHLI ATAU INDIVIDU YANG BERKAIT YANG ADA KENA-MENGENA DENGAN PERTUBUHAN BEKAS-BEKAS PERISIK NI. Rentung rasa dia ni memang muka tak malu.
Sebenarnya banyak lagi alasan-alasan yang lebih konkrit, tapi sengaja Rentung censorkan.
Rentung cuba dapatkan komen daripada laman web pertubuhan ni, tapi dah padam!! (APA DAH JADI DAA!!)

Rentung cuba juga 'sepai-sepai' siapakah orang kanan Presiden itu tapi gagal dapatkan beliau.
RENTUNGGGG!!!!

Monday, June 9, 2008

Komitmen Pakatan Rakyat - Tetap Turunkan Harga Minyak



DARI BLOG ANWAR IBRAHIM


Sambutan rakyat sekitar Gombak-Ampang-Setiawangsa-Wangsa Maju semalam amat memberansangkan dengan puluhan ribu orang membanjiri padang.


Sdr. Saari Sungib, Sdr. Azmin Ali dan Tan Sri Khalid turut berucap. Saya bantah kenaikan harga minyak sebagai langkah Umno-BN yang tidak berperikemanusiaan. Pemimpin hidup serba mewah dan rakyat dibiar menderita.


Kerajaan negeri Pakatan Rakyat akan mengambil langkah menjimatkan belanja dan mengurangkan beban rakyat.


InshaAllah sebaik kita ditampuk kekuasaan, harga minyak tetap diturunkan.
RENTUNGGGGG!!!!

A retreat to get Abdullah to retreat?

A retreat to get Abdullah to retreat?
Will Abdullah Badawi -- and his Son-inLaw -- last last till 2010?

The Shah Alam retreat for Umno senior leaders may have plotted some directions for the party to move forward.

According to Malaysian Insider, the battle lines for the top posts are drawn clear: Most supreme council members including Najib Razak supported Abdullah Ahmad Badawi’s plan to contest the elections in December and hand over power not long after that.

But... Muhyiddin Yassin and Rais Yatim felt otherwise, Malaysian Insider reports. They wanted Abdullah to step down before December, setting the stage for them to quit the Cabinet and emerge as challengers for the president’s and deputy president’s posts.

BY THE WAY... Besides the succession plan, the Umno supreme council members were said to have discussed the need to win over Chinese and Indian voters, and ways to mitigate rumblings related to the recent 40% hike in petrol prices.
RENTUNGGGGG!!!!

HARGA MINYAK





Harga minyak mentah naik sebanyak 400 peratus sejak tiga tahun lepas. Lambat laun harga barangan juga akan alami kenaikan. Di negara-negara lain harga petrol sudahpun naik. Di United Kingdom satu liter petrol dijual pada kadar lebih satu pound sterling atau lebih kurang RM7. Di Amerika Syarikat harganya lebih kurang RM5.

Petunjuk bahawa harga minyak di negara-negara jiran mengalami kenaikan ialah bagaimana kenderaan Thai dan juga Singapura berpusu-pusu mengisi minyak di Malaysia.

Kerajaan umumkan kenaikan petrol sebanyak 78 sen ke RM2.70, kenaikan melebihi 40 peratus.

Saya mungkin tersilap, tetapi ternampak kekurangan jumlah kenderaan di jalanraya hari ini. Tetapi kesannya bukanlah terhad kepada itu sahaja. Barangan pengguna, perkhidmatan dan barangan mewah akan mengalami peningkatan harga.
Kos sara hidup sudah tentu meningkat. Dilihat daripada sudut lain akan tercetus inflasi dan taraf kehidupan akan menurun.
Memanglah kenaikan harga petrol di sini jauh lebih rendah daripada di United Kingdom, mahupun Amerika Syarikat. Tetapi pendapatan per kapita kita adalah lebih kurang satu pertiga mereka. Berasas kepada kuasa membeli kita kenaikan harga adalah lebih tinggi dari UK atau Amerika Syarikat.
Kenaikan ini menyakitkan, tetapi sakitnya lebih dirasai bukan kerana kenaikan dari segi peratusan adalah lebih tinggi daripada negara-negara maju, tetapi kerana cara kenaikan tersebut dibuat.

Beberapa hari lepas Kerajaan putuskan untuk haramkan penjualan minyak kepada kenderaan milik asing. Tunggang. Sekarang kenderaan asing dibenar membeli semula. Terbalik!

Mengetahui yang ianya akan menaikkan harga minyak dalam beberapa hari dan orang asing akan dibenar membeli, kenapa Kerajaan tidak menunggu sahaja daripada keluaran arahan larangan dan kemudian benarkan semula.
Namun begitu apakah yang Kerajaan boleh lakukan untuk meringankan beban kepada rakyat hasil daripada kenaikan harga petrol.

Pertamanya, Kerajaan tidak patut mengapungkan Ringgit. Kadar apungan menyebabkan ketidak-tentuan nilai Ringgit dan kita tidak akan meraih apa-apa keuntungan daripada kekuatan Ringgit. Sudah tentu rakyat tidak menikmati peningkatan kuasa membeli walaupun terdapat peningkatan nilai Ringgit dari segi tukaran dengan Dollar Amerika.

Sebenarnya Ringgit mengalami peningkatan lebih kurang 80 sen (daripada RM3.80 ke RM3.08 pada 1 US Dollar) satu US Dollar, melebihi 20 peratus. Jika Kerajaan teruskan sistem tambatan kadar dan menaikkan nilai Ringgit pada kadar 10 peratus pada satu masa, kos import, dalam Ringgit boleh dipantau dan dikurangkan sebanyak 10 peratus. Pada kadar kenaikan 20 peratus, kos import patutnya turun 20 peratus. Tetapi kita tahu harga barangan import dan perkhidmatan tidak kurang. Ini bermakna kita bayar 20 peratus lebih tinggi untuk import termasuk bagi bahan mentah dan komponen untuk industri

Oleh sebab harga minyak disebut dalam Dollar Amerika, kenaikan harga minyak dalam Dollar sepatutnya dikurangkan sebanyak 20 pertaus dalam Ringgit Malaysia.

Tetapi Kerajaan hendak turut Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia dan telah putuskan untuk mengapung Ringgit. Akibatnya kekuatan Ringgit hanya meningkatkan kos export tanpa memberi sebarang keuntungan kepada rakyat menerusi kekurangan kos import.
Ini bukanlah kecerdikan selepas sesuatu itu terjadi. Saya telah beritahu seorang Menteri Kerajaan supaya Ringgit tidak diapungkan tiga tahun lalu. Memanglah saya bukan pakar dan saya hanya tahu serba sedikit tentang rejim kewangan antarabangsa.

Saya percaya umum terpaksa menerima kenaikan harga petrol. Tetapi apa yang menimbulkan kemarahan ialah jumlah kenaikan serta keadaan tergesa-gesa. Perdana Menteri sebelum ini seolah-olah mencadangkan kenaikan hanya pada bulan Ogos, tetapi ianya datang dua bulan lebih awal, sejurus selepas pengharaman penjualan kepada orang asing.
Jika kenaikan berperingkat, rakyat tidak akan terlalu terasa. Tetapi ini bermakna Kerajaan
perlu terus beri subsidi walaupun tahapnya akan menurun.
Mampukah Kerajaan terus beri subsidi? Saya “penasihat” Petronas tetapi saya tahu sedikit sahaja berkenaannya dan tidak lebih daripada apa yang dilaporkan dalam akaunnya yang diumumkan. Apa yang saya tahu mungkin tidak begitu tepat tetapi cukup untuk saya membuat beberapa penilaian.

Malaysia mengeluar lebih kurang 650,000 tong minyak sehari. Kita guna 400,000 tong dan selebihnya 250,000 tong di export.

Tiga tahun lalu minyak mentah dijual pada kadar USD30 satu tong. Hari ini ianya USD130 – kenaikan sebanyak USD100. Hampir tiada peningkatan di dalam kos pengeluaran oleh itu lebihan USD100 boleh dianggap untung bersih.

250,000 tong yang dieksport sepatutnya memberi kita pulangan 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (Dua puluh tujuh bilion Ringgit).

Tetapi Petronas untung lebih RM70 billion, yang kesemuanya milik Kerajaan. Kerajaan ini melimpah dengan wang.

Selain minyak, harga minyak sawit, getah dan timah juga meningkat lebih kurang 400 peratus. Keuntungan syarikat perladangan dan bank-bank juga mencecah sehingga RM3 billion tiap satu. Cukai yang dibayar juga sudah tentu mengalami peningkatan yang tinggi.

Saya percaya jika subsidi dikekalkan dan dikurangkan secara berperingkat ianya tidak akan mengekang kewangan Kerajaan.

Di dalam jangka masa terdekat cara untuk mengurangkan pembaziran dan menaikkan pendapatan mestilah diperkenal. Kita mungkin tidak dapat menetapkan gaji minima, tetapi sudah tentu kita boleh meningkatkan sedikit jumlah gaji minima.

Sebenarnya pendapatan kita tinggi berbanding sesetengah jiran kita. Pelabur yang datang ke sini tertarik bukan dengan harga buruh murah, tetapi faktor-faktor lain termasuk sikap dan pendekatan Kerajaan tehadap komuniti perniaga terutamanya pelabur.

Daripada apa yang saya dengar, sikap mesra peniaga amat berkurangan pada Kerajaan sekarang hinggakan orang Malaysia juga melabur di luar negara. Terdapat cakap-cakap berkenaan hubungan politik mempengaruhi keputusan. Secara amnya ahli politik Kerajaan dikatakan sombong.

Malaysia tidak punyai cukup tenaga kerja. Industri yang memerlukan tenaga pekerja yang ramai tidak menguntungkan Malaysia. Pekerja asing menghantar jumlah wang yang besar ke negara asal mereka.

Polisi industri mestilah bertukar agar teknologi tinggi dapat dipromosikan untuk memberi rakyat Malaysia lebihan pendapatan bagi menampung kos sara hidup yang meningkat.

Dunia sedang menghadapi kecelaruan ekonomi akibat penurunan nilai Dollar Amerika, krisis pinjaman sub-prima, kenaikan harga minyak dan bahan mentah, kekurangan makanan dan akiviti tamak “hedge funds” yang berterusan. Kemungkinan berlakunya resesi ekonomi Amerika Syarikat adalah benar. Sebenarnya Amerika Syarikat sedang mengalami kelembapan ekonomi. Ekonomi dunia akan turut ditarik turun.

Malaysia juga akan terjejas kesan daripada semua masalah ini. Saya tertanya adakah Kerajaan bersedia untuk menghadapi semua ini.

Kita tidak boleh lari daripada akibat negatif tetapi mestilah ada cara untuk mengatasinya agar beban yang terpaksa ditanggung rakyat dapat dikurangkan. Saya harap yang Kerajaan tidak akan melepaskan sahaja segala masalah ini kepada rakyat seperti ynag digambarkan cadangan untuk menilai harga minyak setiap bulan.
RENTUNGGGGG!!!!

SELAMAT DATANG KE BLOG RENTUNG

Blog ini adalah blog spy untuk 'menyepai' orang-orang yang dungu dan perkara-perkara yang dianggap remeh temeh dalam dan luar negara tetapi banyak menyusahkan orang ramai.

Sesuailah dengan namanya 'rentung' bererti 'hangus', salah satu matlamat utama blog ini ialah merentung dan menghanguskan sesiapa sahaja baik perseorangan atau berkumpulan atau sesiapa sahaja yang dungu.

Jika ada sesiapa sahaja yang tidak menyukai blog ini, sila berambus.

Semoga anda semua berbahagia

MODERATOR
BLOG RENTUNG