Saturday, June 12, 2010

DARUL IMAN BERGEGAR LAGI


Hey babe, aku orang kaya...


Dari punca pengguguran calon-calon Terengganu ‘secara misteri’ untuk Pilihanraya 2008 dipercayai didalangi oleh ‘penasihat mafia’ Pak Lah sehinggalah kepada krisis penangguhan Istana Maziah (MPPR) untuk perlantikan/majlis angkat sumpah (mantan) Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh. (Derih Jusoh)

Apatah pula ketika itu, munculnya masjid-masjid mazhab hadari yang hanya layak didiami oleh jin dan bukannya manusia



Ko siap Mat Said...Aku gigit kau suatu masa nanti..jangan panggil aku Derih jika aku kalah dengan ko

Akhirnya setelah krisis demi krisis berlaku dan disebabkan oleh segelintir politikus kampung berlagak bandar cuba menderhaka dan kurang ajar kepada DYMM Sultan Terengganu selaku DYMM Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong, maka MPPR telah menggunakan kuasa vetonya untuk memilih Datuk Ahmad Said. (Mat Said)


Ensem tak muke aku?

Maka kaduk pun naik junjung kerana kesilapan politikus-politikus sendiri tetapi cuba diletakkan kesalahan kepada MPPR dan DYMM Sultan Terengganu.

Inilah silapnya dan tidak perlu diulang lagi.

Maka kaduk naik junjung Mat Said ini mulalah berlaku tegas dengan memulakan operasi pembersihan semua pihak yang menentangnya termasuk rakan-rakannya sendiri. Apatah lagi sekarang ini dah mendapat sokongan baru dari Menteri DN, PM dan First Lady (FL)

Dalam tahun 2010 sahaja - segolongan yang mewakili rakyat Terengganu dilaporkan menemui Menteri DN, PM dan FL.

Semuanya berjanji akan menukar Datuk Ahmad Said dengan muka baru tetapi akhirnya tiada tindakan yang dilakukan. Kenapa jadi begini? Baca seterusnya :

(namun begitu, perlu dijelaskan, Derih Jusoh juga cuba menangguk di air keroh dengan menghantar ejen-ejennya dalam segolongan rakyat ini – berawaslah)

Bermula dari bulan Februari 2010 bermulalah satu khabar angin terbesar bahawa Mat Said dinasihatkan oleh MPPR untuk meletakkan jawatan pada bulan Mac, 2010. Derih Jusoh dikatakan cuba mengambil peluang hendak mengadap DYMM Sultan tetapi gagal kerana baginda di Jerman.

Namun, Mat Said kelihatan ‘natural’ tetapi Menteri DN Hisham pula meminta pihak media jangan memanaskan keadaan (dipercayai selepas menerima SMS menyatakan Mat Said akan ‘pencen awal’)

Mat Said telah bertemu PM pada bulan Mac 2010 dipercayai berbincang mengenai apa yang patut dilakukannya kerana penentangan-penentangan yang hebat dilakukan terhadapnya termasuk sms ugutan bunuh dsb. Tetapi PM telah menyarankan agar Mat Said meneruskan tugas-tugasnya seperti biasa. Malah PM telah 'sedekahkan' setengah billion ringgit ‘dana pembangunan’ pula pada Mat Said bagi mengambil hati rakyat Terengganu.


Apa ko bising-bising ni Rentung? Derih orang Pak Lah, Mat Said orang aku!!

Kenapa Menteri DN juga masih menyokong Mat Said?



Fuh Nasib baik, Tok Ayah Onn dah mangkat, kalau tidak nahas aku kena rotan

Mungkinkah juga ada kaitan khabar angin yang menyatakan salah seorang Setiausaha - Menteri DN ada menerima konsesi tanah balak di Terengganu??

Mat Said ni cukup bijak, dalam meluluskan tanah balak, beliau juga menyerang ‘musuh-musuhnya’ termasuk rakan-rakannya sendiri (menikam dari belakang) dengan menggunakan undang-undang dengan menyebut 26 kes kesalahan hutan bernilai RM290,842,44. Inilah cara-cara ‘orang berkuasa’ mengugut.

Periksalah, siapakah yang melakukan kesalahan-kesalahan ini, pasti pembaca akan mendapati ‘kes-kes lama’ yang melibatkan ‘musuh-musuh yang menentangnya’ dulu. Yang paling sedihnya, kawan-kawan dia sendiri pun, dia ‘makan’. Jadi inilah kisahnya ‘do the wrong thing the right way’ sehingga tak terperasan, penentang kejahatan akan membuat kejahatan pula dan berlindung di sebalik undang-undang dan kata-kata baiknya.

Tetapi jangan lupa, kawan-kawannya juga pandai mengamuk. Akhirnya seorang yang dipercayai bekas kroninya Mat Said bernama Abdul Mubin telah mempersoalkan laporan jumlah kelulusan tanah balak oleh Mat Said di satu Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)

Katanya :

“Mari kembali belajar matematik (dalam BM)... 13 orang X 500 hektar berapa jawabnya? Yang 13 orang itu belum termasuk ustaz tukang baca doa bersongkok tinggi, kroni budak tingkat 15 merangkap tingkat 16, kroni anak gundik umno dan pelbagai macam kroni yang lain lagi...”

“Jumlah yang dimaklumkan dalam DUN Terengganu (bagi tahun 2009 & 2010) adalah jumlah yang SUDAH LAKU dijual, sudah menjalankan operasi mengeluarkan balak dan sudah dibayar primiumnya. Jumlah itu BELUM termasuk yang masih tidak laku jualannya. Selain itu, jumlah yang dimaklumkan itu juga adalah berbentuk LESEN bukan diberikan kepada individu yang namanya bukan lesen.”

Tidak cukup dengan hal balak, Mat Said juga menggunakan isu rasuah yang menyebabkan seorang lagi kroninya telah terkena jerangkap samar SPRM.

Mat Said benar-benar ingin menghapuskan musuh-musuhnya termasuk kroni-kroninya sendiri kerana ditakuti akan mendedahkan segala rahsianya di hari muka.

Adakah tawaran TPM untuk menjadi orang tengah baru-baru ini melambangkan kegagalan Menteri DN? Apa pula 'permainan' TPM?

Adakah Mat Said akan babitkan Istana, jika kes pemberian tanah balaknya didedahkan? Adakah ini antara sebabnya Istana memanggilnya? Jika benar, Mat Said juga akan dianggap menderhaka.

Atau apakah kerana DYMM Sultan telah lama memerhatikan penyalahgunaan kuasa Mat Said?

Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahuinya.

Yang pasti Mat Said masih berkuasa dan terus menggunakan kuasanya.

Walau apapun : ini khabar terkini dari Terengganu :-

Rakyat Terengganu sudah muak dengan janji Mat Said, Janji Menteri DN, Janji PM, dan FL - maka tiada cara lain - akan menggunakan kuasa vetonya :

Jika PM tidak mahu meminta Mat Said letak jawatan, pilihanraya akan datang akan memberikan kemenangan kepada pembangkang.

Selain Derih Jusoh cuba menangguk di air keruh, pembangkang juga kini mendesak kembali Mat Said membubarkan sahaja DUN.

RENTUNGGGGGGG!!!!!!!!!!

Tuesday, May 4, 2010

Aminul Rashid Hamzah (Al-Fatihah)




Salam sejahtera

Rentung tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak dalam membuat kenyataan berikut.

Lagipun sudah banyak kisah sedih dan tragis Allahyarham Aminul Rashid Hamzah yang terus menjadi isu hangat diperbincangkan dalam banyak blog, forum, akhbar tempatan, ahli politik pembangkang dan kerajaan, dll.

1. Kisah awal Aminul Rashid

- Arwah telah dikejar oleh peronda polis kerana dikatakan suspek penjenayah.
- Parang ditemui dalam kereta Allahyarham
- Polis terpaksa menembak kerana Allahyarham telah mengundurkan kereta sehingga membahayakan keselamatan anggota polis.
- Suspek kedua berjaya melarikan diri.

2. KPN dan KP Selangor serta sekumpulan anggota memulakan siasatan awal di tempat kejadian. Hasil awal dan antara kenyataan KPN kemudiannya:

- Penyiasatan dilakukan samada tindakan polis adalah wajar
- Satu lakonan semula juga diadakan
- PDRM juga ingin memastikan keadilan ke atas Aminul
- 2 laporan Polis telah dibuat oleh rakan kepada tuan kereta mewah dan seorang pemandu motosikal yang terlibat dalam kejadian berkenaan
- KPN sedih kerana ianya melibatkan seorang remaja yang berada di lokasi yang sering berlaku jenayah.
- KPN merasakan mungkin inilah sebabnya anggota polis mengejar kereta Allahyarham
- KPN menafikan dia cuba melindungi mana-mana anggotanya dan menggesa siasatan terus dijalankan,
- KPN menyuarakan rasa tidak puas hatinya kerana dia telah lama mencadangkan agar kereta peronda dilengkapi dengan kamera video tetapi ianya tidak dapat dilakukan kerana kekurangan belanjawan.
- KPN meminta orangramai tidak mendengar spekulasi dan berlaku adil dalam kes ini.
- Allahyarham tidak mempunyai lesen memandu semasa kejadian berkenaan.
- Allahyarham telah mengambil kereta milik bapa saudaranya tanpa pengetahuan dan keluar senyap-senyap pada tengah malam.

3. Blog dan Facebook yang ditujukan kepada Allahyarham

Banyak blog dan facebook (ada yang mencecah lebih 60,000 peminat/pengunjung) yang ditujukan kepada Allahyarham dengan komen dan maklumbalas pelbagai reaksi,

- Pendapat adalah berbeza-beza
- Ada yang menyalahkan ibu dan keluarga Allahyarham serta ada yang mengutuk keluarga Allahyarham.
- Ada yang menyalahkan polis dan ada yang mengutuk PDRM
- Ada yang meminta KPN undur dan meletakkan jawatan
- Allahyarham baru berumur 15 tahun - mungkin tidak biasa dengan kejadian seperti itu, terasa sangat ketakutan, satu fenomena biasa bagi seorang remaja.

4. Kenyataan balas KPN, PM dan beberapa pihak

- Beliau sangat marah sehinggakan mengeluarkan kenyataan untuk menarik balik semua anggota PDRM dari bertugas
- PM pula menyaran agar orangramai bersabar dan tidak wajar meminta KPN meletakkan jawatan
- Menteri KDN juga menyaran perkara yang sama dengan PM
- Ada yang meminta agar satu akta digubal segera bagi menghadkan remaja pada usia tertentu agar tidak keluar rumah selepas jam 12 tengah malam.
- KPN mencadangkan inkues

5.
Maklumbalas keluarga Allahyarham dan lain-lain kenyataan

- Ibunya Norsiah Mohamad memohon anaknya tidak dipanggil penjenayah.
- Puan Norsiah sangat sedih dan memberitahu orangramai bahawa dia lebih kenal Aminul Rashid dari sesiapa sahaja di dunia ini. Walaubagaimanapun dia tidaklah menyatakan bahawa arwah anaknya itu manusia yang sempurna dan sunyi dari sebarang kesalahan.
- Rakan Aminul Rashid (saksi utama kejadian) telah memohon maaf kepada keluarga Aminul kerana gagal melindungi Aminul Rashid.
- Datuk Seri Noh Omar yang melawat keluarga menyatakan bahawa beliau akan membawa perkara ini ke mesyuarat Kabinet bagi memastikan PDRM menyiasat perkara ini dengan seadil-adilnya.
- KP Selangor memberi jaminan akan mengadakan penyiasat terperinci tanpa
melindungi mana-mana anggotanya yang jika dibuktikan bersalah.
- MB Selangor meminta kes disiasat dengan penuh ketelusan dan mereka yang tidak bersalah dilindungi.
- Ada ura-ura menyatakan keluarga Allahyarham mungkin didakwa kerana kecuaian.

6. Laporan Polis dan Kenyataan Akhbar



Satu laporan polis telah dilakukan oleh Azamuddin Omar, rakan baik Allahyarham, diikuti dengan kenyataan akhbar hari ini termasuk beberapa kenyataan dalam blog, saksi utama - Azamuddin (suspek yang dikatakan melarikan diri) yang berada di sebelah Allahyarham dan menyaksikan segalanya.





- Allahyarham mengajak Azamudin ke Ali Corner untuk membantu Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.
- Dia tergesel sebuah kereta mewah. Oleh kerana takut, dia terus membawa kereta dan menghala pulang ke Seksyen 11.
- Tidak lama kemudian, sekumpulan motosikal telah mengejar kereta Allahyarham.
- Dia menjadi lebih takut dan terus memandu dengan laju (kerana sangkakan bahawa kumpulan motosikal berkenaan adalah rakan-rakan kepada pemilik kereta mewah berkenaan)
- Salah sebuah motosikal berkenaan terlanggar belakang kereta Allahyarham dan kumpulan motosikal berkenaan berhenti dan tidak menerus mengejar kereta Allahyarham.
- Allahyarham telah melintas sebuah kereta Polis MPV dengan laju.
- Polis mengejar kereta Allahyarham
- Polis melepaskan tembakan di tayar dan beberapa bahagian serta akhirnya tembakan telah mengena kepala Aminul Rashid.
- Allahyarham jatuh di pangkuan Azamuddin dengan kaki Allahyarham masih di pedal kelajuan
- Polis masih menembak kerana menyangkakan kereta itu masih cuba melarikan diri.
- Kereta Allahyarham terlanggar tembok
- Azamuddin keluar menyerah diri. Beliau terjatuh dalam longkang. (mengikut satu kenyataan berasingan, anggota polis mengacukan pistol terhadap Azamuddin) Beliau kemudiannya telah dipukul oleh anggota polis.
- Dalam pergelutan berkenaan, Azamuddin sempat melarikan diri dan pulang ke rumah.
- Azamuddin berkata dia membuat laporan Polis tidak lama selepas arwah dikebumikan kerana tidak berpuashati seolah-olah kenyataan sesetengah pihak menyatakan Allahyarham adalah penjenayah.
- Peguam keluarga Aminul Rashid menyatakan bahawa kisah awal yang menyatakan :
- Parang ditemui dalam kereta Allahyarham
- Allahyarham mengundurkan keretanya sehingga mengancam keselamatan anggota polis
adalah tidak benar sama sekali.

- Keluarga Allahyarham memohon satu Siasatan Di Raja dilakukan dan menolak inkues yang dicadangkan oleh KPN.
- Bapa saudara Allahyarham menyatakan beliau tidak sekali-kali membenci semua anggota polis cuma meminta pihak berwajib mengambil tindakan kepada anggota yang menembak Allahyarham

- PDRM terperanjat dan mempersoalkan kenapa kenyataan akhbar berkenaan dilakukan semasa penyiasatan masih dijalankan
- PDRM menyatakan peguam keluarga Allahyarham sepatutnya mengetahui undang-undang tetapi memilih untuk melakukan kenyataan akhbar
- Akhbar melaporkan seorang anggota polis dilanggar sebuah motosikal sehingga tercedera semasa bertugas.
- KPN mengeluarkan kenyataan lebihkurangya - Inilah kerja 'keluarga baik-baik' (langgar anggota polis sehingga cedera) jadi siapa pula akan membela pihak polis?

7.
Siapakah Allahyarham?



- Ibu dan (arwah) bapanya dikenali sebagai ahli kariah Surau Seksyen 11
- Allahyarham sangat disenangi oleh semua rakan sekolahnya dan sangat suka membantu rakan-rakannya
- Allahyarham akan menduduki peperiksaan PMR
- Allahyarham dikenali sebagai seorang yang sangat aktif di bidang sukan (bolasepak)
- Bapa Allahyarham telah meninggalkan Allahyarham pada tahun 2004
- Antara peristiwa ganjil sebelum Allahyarham pergi untuk selama-lamanya.
- sering memeluk dan mencium ibunya sehingga pada siang hari terakhir
- sering meminta maaf dari rakan-rakannya di sekolah
- seminggu sebelum meninggal, Allahyarham telah terlibat dalam demonstrasi mandi mayat dan Allahyarham telah meminta dengan sukarela untuk menjadi 'mayat' bagi demonstrasi balutan kain kapan dan mandi mayat
- Allahyarham meminta dari ibunya keizinan untuk membersihkan kubur arwah bapanya
- Allahyarham telah mengambil fotonya sendiri (bersama seorang rakannya) dengan menghalakan kamera telefon bimbit ke arah sebuah cermin.







KOMEN RINGKAS RENTUNG

1. Jelas terdapat banyak percanggahan dalam kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan.



2. Kedua-dua pihak mungkin juga ada kesalahan masing-masing


3. Akta yang menghadkan remaja pada waktu tertentu telah pun ada tetapi mungkin tidak dilaksanakan secara lengkap


4. Isu ini jelas cuba dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu bagi meraih sokongan rakyat


5. Apa yang jelas, rakyat sangat marah kerana tidak tahu siapa yang patut dipersalahkan. Kemarahan ini juga diluahkan oleh rakan-rakan sekolahnya, ramai pelajar sekolah belasan tahun di laman-laman sosial/internet/blog masing-masing, PIBG sekolah di tempat Allahyarham belajar dsb.

6. Isu ini tidak boleh dianggap kecil oleh pihak berwajib - diluah mati emak, ditelan mati ayah

7. Rentung menjangka isu-isu lain yang mirip juga pasti akan ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu seperti kes Norizan Salleh, Altantuya, Teoh Beng Hock, Kugan, pengawal peribadi TMK dll. Ini sudah pasti akan mengeruhkan lagi keadaan kerana isu-isu seperti ini sudah pasti akan dipolitikkan.


8. Pihak berwajib perlu mengambilkira keterangan pemilik kereta mewah yang digesel oleh kereta Allahyarham. Selain itu, yang pastinya pihak berwajib perlu mengambilkira kumpulan motosikal yang mengejar arwah.


9. Diharap dalam keghairahan Piala Dunia yang akan datang, janganlah isu ini tidak diketengahkan pula


8. Rentung juga sedih kenapa perkara ini boleh berlaku tetapi redha akan ketetapan Allah SWT dan pasti ada hikmahNya yang tersembunyi dan boleh menjadi pengajaran kepada semua pihak.
Apapun Rentung harap, pihak berwajib mestilah menjalankan tugas ini dengan adil dan saksama.

Kebenaran itu adalah pahit (walau benar di pihak mana sekalipun) - tetapi wajib dinyatakan dengan telus.

(dan untuk menghormati semua pihak, kali ini Rentung tidak akan berteriak 'Rentunggggg!' seperti biasa dilakukan)

Apapun, marilah sama-sama kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Aminul Rashid Hamzah - semoga dimasukkan dalam golongan yang diredhai Allah SWT.

AL-FATIHAH


WASSALAMU'ALAIKUM WBR.

Thursday, April 8, 2010

ANWAR BUAT HAL LAGI


Rentung tidak mewakili mana-mana pihak berkuasa atau politik semasa membuat penafian ini. Tidaklah niat Rentung untuk memberikan komen yang berkaitan secara langsung dengan perkara keagamaan.

Penafian ini adalah penafian berdasarkan rasa keprihatinan Rentung terhadap tuduhan yang tidak professional dalam konteks bidang perisikan.
Jelas banyak fakta yang mengelirukan malah lebih cenderung kepada stail dan modus operandi yang dipanggil 'false flag op' iaitu satu taktik konspirasi Mossad (juga dipanggil kawalan minda) menggunakan "fakta-fakta yang dicipta" dengan penuh meyakinkan bagi meraih sokongan sementara dan akhirnya fakta-fakta itu didapati berasaskan penipuan. Ianya juga seperti 'a lie being told a thousand times become the truth' (inilah cara Mossad)

Berdasarkan fakta dan sejarah, Rentung berpendapat bahawa ideologi, bangsa dan agama tidak harus bercampuraduk kerana Zionis dan Yahudi adalah isu yang sangat berbeza.

Mossad adalah agensi perisikan berfahaman Zionis manakala Yahudi adalah satu bangsa dengan pelbagai fahaman dalam agama, politik atau konspirasi tanpa menafikan adanya segolongan bangsa Yahudi yang menyokong Zionis

Bagi mereka yang tidak pernah ke Palestin, diharap tidak mengelirukan suasana sebenar di sana dengan hanya membaca media 'mainstream' semata-mata.

Ramai yang harus melihat bagaimana peranan
para Rabbi Yahudi yang rata-rata inginkan keamanan sama-sama menentang dan ada yang mati menyekat pencerobohan tentera Zionis di Palestin demi melindungi umat Islam di sana. Tetapi sekali lagi perlu dijelaskan bukanlah niat Rentung untuk memberikan komen mengenai agama.

Jadi adalah salah jika kita menggunakan perkataan agen Yahudi atau pengaruh Yahudi kerana ianya berkaitan dengan skop bangsa serta walaupun ada penafian DSAI (takut dituduh) anti-semitik, maka dengan sendirinya menggambarkan seolah-olah DSAI sememangnya anti-semitik.

Rentung juga berpendapat adalah tidak adil jika DSAI mengaku beliau bukan anti-semitik dan mendapat sokongan ramai. Tetapi ramai juga yang telah lupa bagaimana sesetengah pihak menuduh Ybhg Tun Dr. Mahathir pula anti semitik hasil dari ucapan beliau di OIC semasa beliau memegang jawatan Perdana Menteri.

Malangnya kurang pula yang memberikan sokongan mempertahankan bahawa Tun adalah anti-semitik kecuali Tuan Guru Nik Aziz yang berucap memuji perkara ini semasa majlis persaraan Tun.

Rentung berpendapat bahawa jika isu APCO (atau Asiasoft) dijadikan bahan untuk desakan menubuhkan Suruhanjaya Di Raja (terutamanya oleh Mahfuz PAS), maka adalah adil jika UMNO pula mohon Suruhanjaya-Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan hubungan DSAI secara telus dengan
Wolfowitz, Miss Shaha Riza yang cantik molek, Foundation of the Future dan Bill/Hillary Clinton atau Al-Gore. (dan banyak lagi kes yang masih kabur mengenai dakwaan hubungan DSAI dengan lain-lain kumpulan/individu yang berkaitan dengan Anwar)


(Anwar bertemu Wolfowitz. Bagi mereka yang tidak tahu, Wolfowitz adalah seekor anjing Amerika berbangsa Yahudi (Polish Jewish) berfahaman Zionis Iblis yang menjadi perancang utama membunuh rakyat Iraq termasuk Saddam Hussein dan juga antara perancang utama Perang Teluk...inilah kawan Anwar - seorang Pembunuh orang-orang Islam yang tidak berdosa)

Petikan Blog Inggeris :

Wolfowitz-Riza-Cleveland: New Evil-doing?

Although Paul Wolfowitz is sorting his papers and waiting for an invitation to Africa, work remains to be done below the tip of the iceberg. The Board has dealt with him, but there is more to clean up. There's new news, and it involves Robin Cleveland (again), this time with Anwar Ibrahim, former PM of Malaysia and now Chairman of the Foundation for the Future.

Dan janganlah ingat Pakistan Aasil Kazi Ahmad tu pandai sangat..ok Anwar? (kenal kan? bukan tak kenal)

APCO atau Asiasoft walau bagaimana cara sekalipun cuba dikaitkan oleh DSAI jauh tidak berasas.

Tidak cukup sekadar dakwaan dengan hanya mengandaikan (asal sahaja) bangsa Yahudi atau BEKAS pengaturcara (Izhak David Naskar) Kementerian Pertahanan Israel atau bekas askar Israel dsb secara automatik dianggap setaraf dengan 'perisik Yahudi atau perisik Zionis atau perisik Mossad'. Ini adalah andaian 'serkap jarang'.


Setiap konspirasi jika ada akan tetap khabar angin tanpa sebarang bukti yang sah. Tetapi kes DSAI dengan pihak-pihak asing yang disebutkan di atas (Wolfowitz dsb) - sudah terang lagi bersuluh, tidak payahlah Rentung katakan kerana hampir semua orang mengenali apa itu BILDERBERG.


(Bukti bahawa Anwar cuba melindungi Wolfowitz dengan menukarkan 'makwe Wolfowitz' dari Bank Dunia (atau mak we Anwar kut? ke yayasan Anwar yang dipanggil "Foundation of the Future")


Corak perisikan termasuk PDRM mempunyai cara untuk 'security screening/clearance' sebelum mengenali semua syarikat atau individu sebelum menerima mereka secara rasmi. Tidak perlu Rentung bincangkan di sini. Jangan nak pandai-pandai masuk campur dan menjadi hero.

Kalau dah tak boleh jawab dalam Parlimen, maka mengaku aje la. Atau kalau takut kes liwat dipercepatkan, maka mengaku aje la. Apa pula pendapat Anwar mengenai kenyataan berikut?

Ismail Faruqi was also one of those who proposed the idea of Islamization of knowledge and founded the International Institute of Islamic Thought (IIIT) together with Sheikh Taha Jabir al-Alwani, Dr. Abdul Hamid Sulayman, former Rector of the International Islamic University, Malaysia (IIUM) and Anwar Ibrahim, in 1980

------------------------------

The 1986 murder of professor Isma’il Al Faruqi and his wife Lois provide a prime example of Western misunderstanding of the Muslim homosexual paradox. Of Palestinian descent, Al Faruqi taught Islamics in Philadelphia and was killed by one of his students—a Muslim convert--who claimed that the Faruqis “forced Muslim students to perform homosexual acts in return for scholarships at Temple University.”


ALLAH TAHU APA DALAM HATI ANWAR.

Ingatlah, bahawa Zionis sebagai satu fahaman (termasuk komunis dan sosialis dan sewaktu dengannya) kini bukan sahaja menjalar menerusi sesuatu bangsa dan agama semata-mata, ianya telah menjalar ke dalam semua agama dan bangsa.


Anwar sendiri pandai berkata-kata bahawa Zionis sekarang menggunakan taktik baru termasuk secara halus seperti menggunakan hal ehwal kebajikan namun Anwar sendiri menggunakan Foundation of the Future sebagai suatu 'yayasan kebajikan' (ada makwe cantik arab lak tu...untungnya la - Makcik Zah tak marah ke?)


Telunjuk lurus kelingking berkait - inilah Anwar.

RENTUNGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!!!