Saturday, June 12, 2010

DARUL IMAN BERGEGAR LAGI


Hey babe, aku orang kaya...


Dari punca pengguguran calon-calon Terengganu ‘secara misteri’ untuk Pilihanraya 2008 dipercayai didalangi oleh ‘penasihat mafia’ Pak Lah sehinggalah kepada krisis penangguhan Istana Maziah (MPPR) untuk perlantikan/majlis angkat sumpah (mantan) Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh. (Derih Jusoh)

Apatah pula ketika itu, munculnya masjid-masjid mazhab hadari yang hanya layak didiami oleh jin dan bukannya manusia



Ko siap Mat Said...Aku gigit kau suatu masa nanti..jangan panggil aku Derih jika aku kalah dengan ko

Akhirnya setelah krisis demi krisis berlaku dan disebabkan oleh segelintir politikus kampung berlagak bandar cuba menderhaka dan kurang ajar kepada DYMM Sultan Terengganu selaku DYMM Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong, maka MPPR telah menggunakan kuasa vetonya untuk memilih Datuk Ahmad Said. (Mat Said)


Ensem tak muke aku?

Maka kaduk pun naik junjung kerana kesilapan politikus-politikus sendiri tetapi cuba diletakkan kesalahan kepada MPPR dan DYMM Sultan Terengganu.

Inilah silapnya dan tidak perlu diulang lagi.

Maka kaduk naik junjung Mat Said ini mulalah berlaku tegas dengan memulakan operasi pembersihan semua pihak yang menentangnya termasuk rakan-rakannya sendiri. Apatah lagi sekarang ini dah mendapat sokongan baru dari Menteri DN, PM dan First Lady (FL)

Dalam tahun 2010 sahaja - segolongan yang mewakili rakyat Terengganu dilaporkan menemui Menteri DN, PM dan FL.

Semuanya berjanji akan menukar Datuk Ahmad Said dengan muka baru tetapi akhirnya tiada tindakan yang dilakukan. Kenapa jadi begini? Baca seterusnya :

(namun begitu, perlu dijelaskan, Derih Jusoh juga cuba menangguk di air keroh dengan menghantar ejen-ejennya dalam segolongan rakyat ini – berawaslah)

Bermula dari bulan Februari 2010 bermulalah satu khabar angin terbesar bahawa Mat Said dinasihatkan oleh MPPR untuk meletakkan jawatan pada bulan Mac, 2010. Derih Jusoh dikatakan cuba mengambil peluang hendak mengadap DYMM Sultan tetapi gagal kerana baginda di Jerman.

Namun, Mat Said kelihatan ‘natural’ tetapi Menteri DN Hisham pula meminta pihak media jangan memanaskan keadaan (dipercayai selepas menerima SMS menyatakan Mat Said akan ‘pencen awal’)

Mat Said telah bertemu PM pada bulan Mac 2010 dipercayai berbincang mengenai apa yang patut dilakukannya kerana penentangan-penentangan yang hebat dilakukan terhadapnya termasuk sms ugutan bunuh dsb. Tetapi PM telah menyarankan agar Mat Said meneruskan tugas-tugasnya seperti biasa. Malah PM telah 'sedekahkan' setengah billion ringgit ‘dana pembangunan’ pula pada Mat Said bagi mengambil hati rakyat Terengganu.


Apa ko bising-bising ni Rentung? Derih orang Pak Lah, Mat Said orang aku!!

Kenapa Menteri DN juga masih menyokong Mat Said?



Fuh Nasib baik, Tok Ayah Onn dah mangkat, kalau tidak nahas aku kena rotan

Mungkinkah juga ada kaitan khabar angin yang menyatakan salah seorang Setiausaha - Menteri DN ada menerima konsesi tanah balak di Terengganu??

Mat Said ni cukup bijak, dalam meluluskan tanah balak, beliau juga menyerang ‘musuh-musuhnya’ termasuk rakan-rakannya sendiri (menikam dari belakang) dengan menggunakan undang-undang dengan menyebut 26 kes kesalahan hutan bernilai RM290,842,44. Inilah cara-cara ‘orang berkuasa’ mengugut.

Periksalah, siapakah yang melakukan kesalahan-kesalahan ini, pasti pembaca akan mendapati ‘kes-kes lama’ yang melibatkan ‘musuh-musuh yang menentangnya’ dulu. Yang paling sedihnya, kawan-kawan dia sendiri pun, dia ‘makan’. Jadi inilah kisahnya ‘do the wrong thing the right way’ sehingga tak terperasan, penentang kejahatan akan membuat kejahatan pula dan berlindung di sebalik undang-undang dan kata-kata baiknya.

Tetapi jangan lupa, kawan-kawannya juga pandai mengamuk. Akhirnya seorang yang dipercayai bekas kroninya Mat Said bernama Abdul Mubin telah mempersoalkan laporan jumlah kelulusan tanah balak oleh Mat Said di satu Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)

Katanya :

“Mari kembali belajar matematik (dalam BM)... 13 orang X 500 hektar berapa jawabnya? Yang 13 orang itu belum termasuk ustaz tukang baca doa bersongkok tinggi, kroni budak tingkat 15 merangkap tingkat 16, kroni anak gundik umno dan pelbagai macam kroni yang lain lagi...”

“Jumlah yang dimaklumkan dalam DUN Terengganu (bagi tahun 2009 & 2010) adalah jumlah yang SUDAH LAKU dijual, sudah menjalankan operasi mengeluarkan balak dan sudah dibayar primiumnya. Jumlah itu BELUM termasuk yang masih tidak laku jualannya. Selain itu, jumlah yang dimaklumkan itu juga adalah berbentuk LESEN bukan diberikan kepada individu yang namanya bukan lesen.”

Tidak cukup dengan hal balak, Mat Said juga menggunakan isu rasuah yang menyebabkan seorang lagi kroninya telah terkena jerangkap samar SPRM.

Mat Said benar-benar ingin menghapuskan musuh-musuhnya termasuk kroni-kroninya sendiri kerana ditakuti akan mendedahkan segala rahsianya di hari muka.

Adakah tawaran TPM untuk menjadi orang tengah baru-baru ini melambangkan kegagalan Menteri DN? Apa pula 'permainan' TPM?

Adakah Mat Said akan babitkan Istana, jika kes pemberian tanah balaknya didedahkan? Adakah ini antara sebabnya Istana memanggilnya? Jika benar, Mat Said juga akan dianggap menderhaka.

Atau apakah kerana DYMM Sultan telah lama memerhatikan penyalahgunaan kuasa Mat Said?

Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahuinya.

Yang pasti Mat Said masih berkuasa dan terus menggunakan kuasanya.

Walau apapun : ini khabar terkini dari Terengganu :-

Rakyat Terengganu sudah muak dengan janji Mat Said, Janji Menteri DN, Janji PM, dan FL - maka tiada cara lain - akan menggunakan kuasa vetonya :

Jika PM tidak mahu meminta Mat Said letak jawatan, pilihanraya akan datang akan memberikan kemenangan kepada pembangkang.

Selain Derih Jusoh cuba menangguk di air keruh, pembangkang juga kini mendesak kembali Mat Said membubarkan sahaja DUN.

RENTUNGGGGGGG!!!!!!!!!!

No comments: