Saturday, May 30, 2009

PDRM PERLU PANTAU AGEN-AGEN PKM



Wednesday, May 27, 2009
PDRM PERLU PANTAU AGEN-AGEN PKM
OLEH : PEMIKIR - MM

Secara keseluruhannya rakyat Malaysia termasuklah veteran-veteran polis dan tentera menolak dengan sekeras-kerasnya cadangan untuk membenarkan ketua PKM, Chin Peng, menjejaki kakinya di Tanah Melayu. Mereka telah melahirkan pandangan-pandangan marah kepada PKM yang ganas itu seperti terdapat di TV1 (RTM) dan juga media-media utama seperti Utusan Malaysia dan NST. Ramai mengucapkan terima kasih kepada RTM yang telah dapat memaparkan gambar-gambar berkaitan dengan kegiatan bersenjata PKM di negeri-negeri Semenanjung dan juga Sarawak.

PKM, di dalam dokumen-dokumennya yang dirampas pihak keselamatan dan juga manifestonya, bertekad untuk merampas kuasa dengan cara kekerasan. Mereka telah mewujudkan suasana ketidakstabilan dalam negara melalui kegiatan-kegiatan gerila di pinggir-pinggir bandar dan juga dalam estet-estet getah yang menjadi tempat rakyat mendapat rezeki. Dengan bantuan negara-negara komanwel terutamanya United Kingdom, PKM tidak dapat bertapak dengan sempurna dimana-mana kawasan juga dalam negara. Mereka dikejar dan diserang habis-habisan oleh tentera dan polis Malaysia. Selatan Siam merupakan kawasan mereka mendapat perlindungan termasuklah ubat-ubatan untuk mereka yang cedera parah. Hubungan Malaysia dengan Thailand banyak memainkan peranan untuk menafikan gerakan-gerakan mereka di kawasan-kawasan sempadan Kelantan, Perak dan Kedah.

Banjaran dari Utara Johor terus ke sempadan Siam, merupakan saluran pergerakan gerila-gerila PKM. tetapi dengan semangat waja kerajaan dan rakyat dikukuhkan dengan undang-undang darurat, agenda jahat PKM tidak tercapai. Mereka yang menyerah diri masih hidup dan ada yang senyap-senyap bermastautin di Malaysia dan Selatan Thailand.

Perjuangan komunis dimana-mana jua telah digagalkan oleh setiap negara yang sudahpun mencapai tahap pembangunan ekonomi yang boleh membela nasib rakyat dengan baik. Ideologi komunis segar dalam keadaan negara yang ditimpa kemiskinan dan kepimpinan yang tidak demokratik. Walau bagaimanapun ideologi komunis tidak boleh dikatakan sudah hilang tetapi masih diamalkan oleh kuasa-kuasa besar seperti Rusia dan China. Kedua-dua negara ini mempunyai penduduk berjumlah 1.4 billion rakyat dan mereka adalah negara kaya. Negara China akan menjadi satu kuasa yang dapat menandingi Amerika Syarikat menjelang 2050.

Pemerhati berpendapat bahawa ada pihak-pihak tertentu dalam Malaysia yang menjadi dalang kepada Chin Peng dan PKM. Mereka mungkin terdiri daripada beberapa orang cina yang masih tidak menerima hakikat bahawa PKM sudah lama diharamkan. Kelompok kecil ini cuba memainkan sentimen Cauvinistik Cina yang diwar-warkan oleh overseas chinese. Elok pihak keselamatan Malaysia memantau kumpulan ini kerana mereka boleh menjadi dibit untuk menghidupkan ideologi komunis yang anti goverment dan anti sultan. Mereka akan cuba mempermainkan-mainkan dengan melaga-lagakan kaum tempatan supaya mereka muncul sebagai pemenang dalam percaturan ini.

Wednesday, May 27, 2009

KARENAH R.O.S.

SALAM SEJAHTERA R.O.S. PUTRAJAYA

Seperti bunga ROS yang berduri, itulah yang Rentung lihat ROS.

Duri ROS sangatlah bisa, malah ada unsur Illuminati atau Bilderberg atau MAFIA dalam ROS. Mereka atau Individu yang nampak seperti rakyat Malaysia tetapi sebenarnya seorang perosak atau perisik luar untuk mempastikan semua NGO menjadi NGO yang rosak fikiran dan jalan.

Sudah banyak Rentung mendapat laporan mengenai kebongokan ROS ni. Suka melengah-lengahkan walaupun sudah lengkap permohonan sesebuah pertubuhan atau persatuan. Baru-baru ini Menteri pun telah bertukar termasuk beberapa orang 'kenamaan' dalam ROS juga turut bertukar. Namun makin teruk pula ROS ni.

Kalaulah bukan kerana PPP, rasanya ROS masih lagi dalam COMFORTABLE ZONE. YAB PM mengarahkan ROS memberikan laporan lengkap pasal PPP.

Wahai YAB, Rentung nak mengadu kat YAB bahawa bukan PPP sahaja yang bermasalah tetapi juga banyak lagi persatuan/pertubuhan/NGO lain yang bermasalah, samada yang telah lama beroperasi mahupun yang baru hendak beroperasi tetapi ditangguhkan kelulusannya. Cubalah YAB melawat ROS kat KL, tengoklah kakitangannya yang begitu rileks buat kerja, makan gaji buta.

Tidak patut betul. Ada banyak persatuan dan pertubuhan menyatakan pada Rentung bahawa ROS suka melengah-lengahkan permohonan yang lengkap. Macam-macam prosedur baru timbul, nak minta pendapat jabatan tu lah, jabatan ni lah...memang ROS ni suka beri alasan. Malah kawan-kawan Rentung telah mengambil inisiatif - habiskan duit yang banyak - terpaksa pergi ke jabatan-jabatan yang disebutkan oleh ROS untuk membantu ROS mendapatkan komen dan kelulusan namun ROS MASIH JUGA MENANGGUHKAN penubuhan persatuan dan pertubuhan yang rata-rata telah jelas - INGIN MEMBANTU KERAJAAN MEMERINTAH!!!!

Kenapa ROS? Nak minta duit kopi ke? atau suka pergi berkursus dalam hotel berhawa dingin?

Kenapa ROS? Kerja dengan MAFIA ke?

Kenapa ROS? Bencikan kerja-kerja agama ke?

Kenapa ROS? Tak sedar lagi ke rakan-rakan lapuk anda yang telah ditukar ke sana ke mari?

Kenapa ROS? Kenapa bodoh sangat ROS?

RENTUNGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

HINDRAF DAN MAKKAL SAKTHI

Kenapa pengikut HINDRAF termasuk yang dibebaskan dari ISA masih berdegil dan berlindung di sebalik Makkal Sakthi dan terus terang menentang kerajaan. Dengan angkuhnya tidak mahu meminta maaf. Inilah manusia yang merasakan dirinya betul dan bijaksana.

Kononnya nak ikut Gandhi tetapi jika Gandhi masih hidup, sudah tentu akan menangis melihat cara yang digunakan.

Gandhi cuba mendamaikan semua pengikut agama untuk menentang pengaruh Barat tetapi Hindraf pula terbalik, dari percubaan nak dapatkan jutaan ringgit dari Kerajaan British, kini seolah-olah berlarutan menentang bangsa dan agama lain?

Inikah satu perjuangan yang menggunakan Makkal Sakthi atau pengikut agama Hindu yang sebenar? Inikah perjuangan Gandhi?

Kalau marahkan tok Samy V tak apalah, kenapa melarat sehingga marahkan kerajaan pula? Kenapa babitkan rakyat India yang bekerja di Malaysia? India dan Malaysia adalah dua negara yang sangat berbeza. India masih mengamalkan kasta yang ditentang oleh Gandhi tetapi Malaysia tidak mengamalkan sistem kasta.

Rentung mengakui ada sedikit kesilapan dalam cara menangani peristiwa Batu Caves tetapi ini bukanlah alasan untuk menuduh kerajaan jahat?

Dulu HINDRAF berjuang membenci British, tetapi Waytha Moorthy ada kat negara yang dahulunya dibenci malah betul-betul dilaporkan 'enjoy' duit dari sumber-sumber yang diragukan di UK?

Cuba fikirkan, dengan cara permohonan mendesak kerajaan British untuk memberikan pampasan jutaan ringgit yang tidak mungkin akan dipenuhi – tiba-tiba orang yang bertanggungjawab boleh hidup dengan SELAMAT di UK? Kenapa orang-orang India tidak nampak perkara ini? Berjuang penat-penat sementara orang yang disangka baik sebenarnya penipu besar?

Dan kini berani melabelkan 'terrorists' terhadap orang Islam? Inikah perjuangan Gandhi? Inikah perjuangan Nehru? Inikah perjuangan Muhammad Ali Jinnah? Inikah perjuangan pembunuh Gandhi? Inikah perjuangan Lincoln?

Tidak hairanlah kalau dikatakan ada kaitan dengan kumpulan pengganas Tamil di India walaupun belum dapat dibuktikan.

Rentung harap Hindraf atau Makkal Sakthi berfikirlah secara waras. Jangan kerana nyamuk seekor, kelambu dibakar. Cuba Hindraf tanyakan pendapat orang-orang Cina dan orang-orang Melayu pula. Adakah hanya orang India sahaja yang menjadi mangsa British?

Janganlah kita ikut hasutan Zionist untuk memecahbelahkan perpaduan kita. Janganlah jadi kuda tunggangan Zionis!! Wahai orang-orang India, sedarlah, Barat telah lama memberikan layanan bagaikan hamba sehingga ramai orang-orang India bangga kalau dapat ke negara Barat kononnya bertamaddun. Kalaulah Gandhi hidup, pastinya Gandhi menangis!!


RENTUNGGGGG!!!!!

Tuesday, May 26, 2009

IKTIRAF PKM SATU KERJA GILA

Rentung sangat geram dengan saranan satu parti politik yang mendesak kerajaan agar mengiktiraf Parti Komunis Malaya. Dengan kata lain, mereka mahu negara mengiktiraf perjuangan Chin Peng dan rakan-rakannya sebagai 'Pejuang Kemerdekaan' (kepala hotak engkau!!!)

Fahaman Komunis, Sosialis, Marxist dan sebangsa dengannya yang lahir dari Zionis sudah lama hancur dan tidak diiktiraf lagi walaupun di Russia dan China.

Ini yang cuba diperjuangkan oleh satu parti politik pembangkang di Malaysia yang tidak cerdik tapi terasa bagaikan bijak kerana parti-parti politik lain di negara-negara lain pun tidak pernah berani mengeluarkan kenyataan apatah lagi desakan sedemikian.

Kita 1Malaysia dah lupa di sebalik janji manis fahaman komunis (fahaman Comintern dan Parti Komunis Eropah) yang kononnya memperjuangkan masyarakat tanpa mengira kelas dan memiliknegarakan tanah/industri sebenarnya tersembunyi

a) ajaran bertentangan dengan Islam dan semua agama seperti menolak adanya Tuhan,
b) penggunaan kekerasan,
c) suntikan ideologi halus dalam NGO, Kesatuan Sekerja, penerbitan dll.
d) kepandaian menggalakkan rakyat yang miskin untuk menentang kerajaan menerusi mogok, tunjuk perasaan, sabotaj dsb. (ini pun ada Parti Pembangkang gunakan sebagai taktik)
e) Merogol isteri dan anak perempuan tanpa belas kesihan (lebih jahat dari Tentera Jepun)walaupun dari bangsa mereka sendiri atau yang memberikan maklumat (Min Yuen),
f) Membakar kilang, menyerang balai polis (peristiwa Bukit Kepong)
g) Merosakkan landasan keretapi

Banyak lagilah di mana perangai pengganas komunis boleh disamakan dengan 'terrorist sebenar' iaitu Tentera Zionis.

Lupakah kita betapa kita memberikan peluang demi peluang menerusi proses pemutihan, pengampunan, rundingan Baling dll.

Tapi apakah balasan mereka?

1) Percubaan merosakkan institusi Raja-Raja menerusi cubaan memaksa DYMM Sultan Badlishah untuk menyerahkan pentadbiran kepada Komunis? (tentu ramai yang bertanya akan kisah ini...bacalah kembali sejarah lama...atau tanyalah orang-orang lama di Sungai Petani Kedah, pasti anda akan terjumpa kisah ini)

2) Menubuhkan pula parti-parti haluan kiri seperti PETA dan PERAM,

3) Menubuhkan pasukan Gerila MRLA untuk menguasai kerajaan,

4) Penyebab utama provokasi peristiwa berdarah 13 Mei!!

dan banyak lagi.

Ada ura-ura beberapa buah blog dan jaringan sosial seperti Facebook sedang cuba memasukkan jarum halus menyatakan kononnya PKM pernah membantu Tentera British menentang Jepun. Untuk pengetahuan semua orang, Rentung sendiri adalah bekas anggota keselamatan di zaman komunis dan Jepun serta bergaul dengan ramai bekas ahli risikan yang masih hidup sehingga sekarang. SEBENARNYA PKM ADA AGENDA LAIN YANG TERSEMBUNYI - MEREKA HENDAK TUKAR MALAYA KEPADA NEGARA KOMUNIS LEPAS MERDEKA!!!

Ternyata bahawa PKM sebenarnya ada agenda lain dan cuba memfitnah kononnya Kerajaan telah mungkir janji untuk memberikan kuasa kepada mereka selepas merdeka. MANA ADA???? JANGANLAH JADI BODOH, CARILAH FAKTA BETUL-BETUL, TANYALAH BEKAS ANGGOTA KESELAMATAN ZAMAN KOMUNIS. BILA PULA KERAJAAN BERJANJI NAK BERI KUASA MEMERINTAH???

Wahai 1Malaysia..tidak kira Melayu, India dan Cina. Lupakah kita pada sejarah? Jangan biarkan Parti Komunis Malaya diiktiraf kerana kita merdeka tanpa pertolongan mereka. Rentung berani mati untuk mempertahankan negara dari dicemari oleh fahaman komunis yang hina bagaikan najis mughalazah ini.

RENTUNG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

BACALAH BANTAHAN-BANTAHAN LAIN DI :

http://www.gomounited.com/2009/05/komunis-sedang-mengatur-strategi.html

Kemaskini : RENTUNG pasti bahawa isu ini ada kaitannya dengan keselamatan negara kita. Mungkin ada pihak tertentu dari luar (yang berkaitan dengan faham Zionis) yang ingin meletakkan kekuatan tentera asing di negara kita dan hanya menggunakan ura-ura kenaikan semula PKM sebagai alasan untuk mengucarkacirkan perpaduan kita semua!! BERAWASLAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA

Saturday, May 9, 2009

RENTUNG MENULIS KEMBALI



RENTUNG KEMBALI


Pertama sekali, Rentung ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan YAB Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana menerajui kerajaan dengan aman dan damai.


Kepada Yang Berbahagia Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, Rentung ucapkan jutaan terima kasih dan semoga tercapai 'Ku cari damai Abadi' sepertimana Tun mahukan selama ini. (Aiks..bila nak wat blog Pak Lah?? Tak nak join ke?? Boleh Rentung tolong-tolong popularkan....Jangan marah Pak Lah..nanti Tun Jeanne kata Pak Lah cepat tue....Anyway..Terima kasihlah Pak Lah...)


Kepada Ku Li...harap tolong-tolonglah kat belakang tabir atau depan tabir...Ku Li gentleman....ini dah TAKDIR...kena terima la..kalau dulu ada nazar lama-lama tu - janji nak tolong jalan-jalan kebajikan tu ingat-ingatlah balik..
--------------------------------------
Komen Rentung


1) Satu Malaysia - Berat Sama Di Junjung, Ringan Sama Di Jinjing... nampaknya mudah diperkatakan tetapi belum tentu dapat dilaksanakan..Harap-harap YAB PM betul-betul komited.

Bukan senang dalam keadaan sekarang ni...baru jer baling-baling kerusi kat Perak...

Pastu pulak..walaupun tahanan-tahanan ISA dilepaskan tetapi masih lagi ramai rakyat tak puas hati nih...sebab banyak lagi isu pasal ISA ini perlu diperbetulkan...contohnya...semakan semula...semakan yang bagaimana? tak apa Rentung akan tetap menanti memantau perkembangan.


2) Pakej Stimulus Nimbus (macam nama awan jer..) - Ini pun Rentung rasa perlu dilepaskan seberapa segera...masalahnya:

a) institusi perbankan dan kewangan masih lagi mendiamkan diri. Saham dah naik tapi masih lagi senyap sunyi...Kawan-kawan Rentung sedang meniaga ni nampaknya masih menunggu durian tak runtuh....kesian, dah ada yg hampir tutup kedai dah...bumiputera pula tu..


b) harga makanan makin tidak terkawal..bila pegawai KPDNHEP buat pemeriksaan, ok la jap, pastu dia orang naik balik...lagi pun penguatkuasaan tidak menyeluruh...hanya tertumpu pada tempat-tempat tertentu jer...

c) orang miskin masih dan makin ramai - Rentung tengok sekurang-kurangnya ada 2 orang miskin tegar di satu lokasi dekat Batu Caves setiap minggu....kesian..tak de ke orang nak tolong...jangan la kerana kawasan bukan UMNO/BN, tak de pula yg kesian...dulu kan dah cakap, walaupun PAS/PKR/DAP menang, UMNO/BN akan terus buat kerja spt. biasa-bantu rakyat..betul ke? (tak insaf lagi ke ex-wakil rakyat & parlimen nih...ish-ish-ish..tak tau ler) tapi malangnya org baru yang 'memerintah' pun tak jenguk-jenguk juger...harap-harap UMNO/BN ambik la peluang...

d) di samping jenayah makin meningkat...orang ragut - rompak - rogol (3R)....

e) tapi Rentung puji pihak polis tangkap Mat-Mat Rempit giler...rampas motosikal pun dah kira bagus...cuma nak buat program bagi pemulihan tu macammana? Patut dulu lagi fikir..tapi kalau sekarang..tak taulah.. Mat-Mat Rempit ni ada yang 'sponsor'..kena tangkap sponsor juga....jangan luper...

f) pasaran saham...walaupun angka KLCI menunjukkan kenaikan sehingga 1000 mata, tapi masih ada yang main belakang nih...(aduh..macam liwat lak)....spekulasi la, hedging la, short-selling la, gubah duit haram la, skim cepat kaya la...masih byk berleluasa dan banyak lagi..Ini SC kena buat kerja lebih masa la sikit....sebab macamana pun, akan memberi kesan buruk pada ekonomi..yang kaya nak makin kaya, yang miskin tak tau apa-apa terus makin miskin (ingatla, kalau orang miskin berdoa..parah nanti!!)

3) KPI dan GLC - ini kes lapuk..cuma diwujudkan kembali. Gembira sungguh para GLC dan para sektor kerajaan sebab boleh 'reset' balik angka lama dan tukar 'angka baru'...(yang tak pernah capai KPI tu lagi best...akan mundur selama-lamanya) - Patut kena ada yang monitor benda ni..lantik ejen dalam GLC dan sektor kerajaan..(Rentung tau dah ada yang dilantik...tapi takut-takut 'perisik-perisik' GLC dan sektor kerajaan pun dah termakan rasuah)

a) Cadangan GLC untuk mengawal/ambilalih beberapa sektor pertanian/penternakan untuk mengelakkan monopoli (ye ke...??) - baru-baru ini GLC dicadangkan 'jaga ayam'. ini kes boleh dikatakan berat. Niatnya baik tapi takut pelaksanaannya jadi macam kes BERAS.

GLC sepatutnya buat program bangunkan vendor kecil-kecilan tetapi takut nanti para vendor tu kebanyakannya KRONI...abislah penternak-penternak kecil!! Nganga!!

Jadi, mohonlah pihak kerajaan fikirkan masak-masak perkara ni...jangan sampai penternak/pengusaha ayam kat kampung/kecil-kecilan dsb jadi mangsa - yang paling teruk, pengguna...harga tak terkawal... Koperasi tu nak letak kat mana pula?

Rentung risau takut muncul 'rangkaian gangster baru' (lebih-lebih lagi yang bukan bumiputera) yang kita nak elakkan seperti penternak, peraih, broker, agen, pemborong, pengeluar dll (cara moden dan tersembunyi)- jadi harga mesti jadi tinggi pada pengguna!!

Atau pengeluaran terlebih dan anak-anak ayam tak berdosa dibunuh lagi....tolonglah...

4) Politik - ini dah macam di luar kawalan, Rentung terlalulah paling risau...satu demi satu kerusi UMNO/BN yang dipertandingkan dalam pilihanraya-pilihanraya kecil masih dikuasai oleh pembangkang...nampaknya susah juga nak pikat hati rakyat ni...tapi kalau Kerajaan usaha betul-betul dan teruskan 'penat sikit berjalan kaki ke kedai-kedai/warong-warong kopi' - rasanya boleh la buat perubahan sikit. Itupun belum tentu lagi 'next election' boleh menang...


YAB PM kita ni terlalu nak ambik ati semua orang...susah ler kalau macamtu...bukan semua orang kita boleh puaskan hati..jadi kita ikutlah cara kita...Rentung cadangkan Tun Che Det dan Tun Pak Lah - jangan campur sangat hal YAB Datuk Seri Najib..kesian la sikit...biarlah dia nak pilih sapa pun.

Kepada YAB PM - tengok dan pelajarilah contoh dan cara Allahyarham Ayahanda YAB tu...mesti jadik punyer....(Penyata Razak pun masih relevan....)



4.1 - Krisis Kepimpinan PAS - bagi la can kat intelek selaku 'ulama' pula naik memimpin - janganlah keras hati sangat..kesian kat Tok Guru Nik yang arif lagi bijaksana tu. Kalau kita sempitkan maksud ulama..maka kita ni macam zaman kena jajah dulu la...jadi terbelakang...agenda Umat Islam masakini adalah agenda EKONOMI...ingat ler...


Pastu nak ingatkan sikit pada wakil rakyat/parlimen PAS dan DAP/PKR...sekarang ni rakyat anytime ajer nak tukar korang..jangan ingat kau orang ni pandai sangat...turun-turunla jenguk rakyat..bukan kat masjid atau dewan majlis jer...takut ke????

5) Sekolah Khusus Untuk Anak-Anak Pintar Sahaja - ini paling Rentung tak setuju, walaupun Rentung tahu apa 'First Lady Malaysia' nak buat, tetapi ingatlah akan berlaku lagi segregasi lagi diskriminasi ...macammana pula dengan anak-anak kurang pintar, apa kriterianya? Jadi nak 'dibuang' ke mana? Ada pula yang akan buat bisnes tu?

Bukan tak boleh, boleh..tapi masalahnya akan menanam rasa inferiority complex di kalangan ibubapa yang anaknya 'kurang pintar' atau overpressure di kalangan ibubapa yang berlumba-lumba untuk meletakkan anak-anak di sini supaya pintar (itu tak cerita lagi pasal yurannya)

b) Rentung tengok dan dapat tau bahawa ramai juga anak-anak 'VIP' ni semua sekolah 'international' dan 'luar negara'...pelik juga...kita tak percaya dengan education and school system kita ke?

c) Apalah salahnya kalau budak-budak yang selalu dapat No. 1 - kita letakkan 1-2 orang pada setiap kelas - supaya mereka ini menjadi contoh kepada yang lain..bukan letak semua dalam satu kelas...Ini yang kes berat ni...diskriminasi/segregasi tanpa disedari!!!

d) PPMSI - Rentung sokong tetapi janganlah pula ada usaha buang atau belakangkan Bahasa Malaysia lebih-lebih lagi Bahasa Jawi...dah makin lama makin pupus - dikatakan ketinggalan zaman...MasyaAllah...apala kita ni...jenama Melayu asal adalah Bahasa Jawi - itu yang Rentung belajar dari Mahaguru.

Baiklah..setakat inilah dulu buat masa ini...Rentung akan kembali lagi di lain masa!! Akhir kata...

RENTUUUNGGGGGGGGGG!!!