Saturday, May 9, 2009

RENTUNG MENULIS KEMBALI



RENTUNG KEMBALI


Pertama sekali, Rentung ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan YAB Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana menerajui kerajaan dengan aman dan damai.


Kepada Yang Berbahagia Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, Rentung ucapkan jutaan terima kasih dan semoga tercapai 'Ku cari damai Abadi' sepertimana Tun mahukan selama ini. (Aiks..bila nak wat blog Pak Lah?? Tak nak join ke?? Boleh Rentung tolong-tolong popularkan....Jangan marah Pak Lah..nanti Tun Jeanne kata Pak Lah cepat tue....Anyway..Terima kasihlah Pak Lah...)


Kepada Ku Li...harap tolong-tolonglah kat belakang tabir atau depan tabir...Ku Li gentleman....ini dah TAKDIR...kena terima la..kalau dulu ada nazar lama-lama tu - janji nak tolong jalan-jalan kebajikan tu ingat-ingatlah balik..
--------------------------------------
Komen Rentung


1) Satu Malaysia - Berat Sama Di Junjung, Ringan Sama Di Jinjing... nampaknya mudah diperkatakan tetapi belum tentu dapat dilaksanakan..Harap-harap YAB PM betul-betul komited.

Bukan senang dalam keadaan sekarang ni...baru jer baling-baling kerusi kat Perak...

Pastu pulak..walaupun tahanan-tahanan ISA dilepaskan tetapi masih lagi ramai rakyat tak puas hati nih...sebab banyak lagi isu pasal ISA ini perlu diperbetulkan...contohnya...semakan semula...semakan yang bagaimana? tak apa Rentung akan tetap menanti memantau perkembangan.


2) Pakej Stimulus Nimbus (macam nama awan jer..) - Ini pun Rentung rasa perlu dilepaskan seberapa segera...masalahnya:

a) institusi perbankan dan kewangan masih lagi mendiamkan diri. Saham dah naik tapi masih lagi senyap sunyi...Kawan-kawan Rentung sedang meniaga ni nampaknya masih menunggu durian tak runtuh....kesian, dah ada yg hampir tutup kedai dah...bumiputera pula tu..


b) harga makanan makin tidak terkawal..bila pegawai KPDNHEP buat pemeriksaan, ok la jap, pastu dia orang naik balik...lagi pun penguatkuasaan tidak menyeluruh...hanya tertumpu pada tempat-tempat tertentu jer...

c) orang miskin masih dan makin ramai - Rentung tengok sekurang-kurangnya ada 2 orang miskin tegar di satu lokasi dekat Batu Caves setiap minggu....kesian..tak de ke orang nak tolong...jangan la kerana kawasan bukan UMNO/BN, tak de pula yg kesian...dulu kan dah cakap, walaupun PAS/PKR/DAP menang, UMNO/BN akan terus buat kerja spt. biasa-bantu rakyat..betul ke? (tak insaf lagi ke ex-wakil rakyat & parlimen nih...ish-ish-ish..tak tau ler) tapi malangnya org baru yang 'memerintah' pun tak jenguk-jenguk juger...harap-harap UMNO/BN ambik la peluang...

d) di samping jenayah makin meningkat...orang ragut - rompak - rogol (3R)....

e) tapi Rentung puji pihak polis tangkap Mat-Mat Rempit giler...rampas motosikal pun dah kira bagus...cuma nak buat program bagi pemulihan tu macammana? Patut dulu lagi fikir..tapi kalau sekarang..tak taulah.. Mat-Mat Rempit ni ada yang 'sponsor'..kena tangkap sponsor juga....jangan luper...

f) pasaran saham...walaupun angka KLCI menunjukkan kenaikan sehingga 1000 mata, tapi masih ada yang main belakang nih...(aduh..macam liwat lak)....spekulasi la, hedging la, short-selling la, gubah duit haram la, skim cepat kaya la...masih byk berleluasa dan banyak lagi..Ini SC kena buat kerja lebih masa la sikit....sebab macamana pun, akan memberi kesan buruk pada ekonomi..yang kaya nak makin kaya, yang miskin tak tau apa-apa terus makin miskin (ingatla, kalau orang miskin berdoa..parah nanti!!)

3) KPI dan GLC - ini kes lapuk..cuma diwujudkan kembali. Gembira sungguh para GLC dan para sektor kerajaan sebab boleh 'reset' balik angka lama dan tukar 'angka baru'...(yang tak pernah capai KPI tu lagi best...akan mundur selama-lamanya) - Patut kena ada yang monitor benda ni..lantik ejen dalam GLC dan sektor kerajaan..(Rentung tau dah ada yang dilantik...tapi takut-takut 'perisik-perisik' GLC dan sektor kerajaan pun dah termakan rasuah)

a) Cadangan GLC untuk mengawal/ambilalih beberapa sektor pertanian/penternakan untuk mengelakkan monopoli (ye ke...??) - baru-baru ini GLC dicadangkan 'jaga ayam'. ini kes boleh dikatakan berat. Niatnya baik tapi takut pelaksanaannya jadi macam kes BERAS.

GLC sepatutnya buat program bangunkan vendor kecil-kecilan tetapi takut nanti para vendor tu kebanyakannya KRONI...abislah penternak-penternak kecil!! Nganga!!

Jadi, mohonlah pihak kerajaan fikirkan masak-masak perkara ni...jangan sampai penternak/pengusaha ayam kat kampung/kecil-kecilan dsb jadi mangsa - yang paling teruk, pengguna...harga tak terkawal... Koperasi tu nak letak kat mana pula?

Rentung risau takut muncul 'rangkaian gangster baru' (lebih-lebih lagi yang bukan bumiputera) yang kita nak elakkan seperti penternak, peraih, broker, agen, pemborong, pengeluar dll (cara moden dan tersembunyi)- jadi harga mesti jadi tinggi pada pengguna!!

Atau pengeluaran terlebih dan anak-anak ayam tak berdosa dibunuh lagi....tolonglah...

4) Politik - ini dah macam di luar kawalan, Rentung terlalulah paling risau...satu demi satu kerusi UMNO/BN yang dipertandingkan dalam pilihanraya-pilihanraya kecil masih dikuasai oleh pembangkang...nampaknya susah juga nak pikat hati rakyat ni...tapi kalau Kerajaan usaha betul-betul dan teruskan 'penat sikit berjalan kaki ke kedai-kedai/warong-warong kopi' - rasanya boleh la buat perubahan sikit. Itupun belum tentu lagi 'next election' boleh menang...


YAB PM kita ni terlalu nak ambik ati semua orang...susah ler kalau macamtu...bukan semua orang kita boleh puaskan hati..jadi kita ikutlah cara kita...Rentung cadangkan Tun Che Det dan Tun Pak Lah - jangan campur sangat hal YAB Datuk Seri Najib..kesian la sikit...biarlah dia nak pilih sapa pun.

Kepada YAB PM - tengok dan pelajarilah contoh dan cara Allahyarham Ayahanda YAB tu...mesti jadik punyer....(Penyata Razak pun masih relevan....)



4.1 - Krisis Kepimpinan PAS - bagi la can kat intelek selaku 'ulama' pula naik memimpin - janganlah keras hati sangat..kesian kat Tok Guru Nik yang arif lagi bijaksana tu. Kalau kita sempitkan maksud ulama..maka kita ni macam zaman kena jajah dulu la...jadi terbelakang...agenda Umat Islam masakini adalah agenda EKONOMI...ingat ler...


Pastu nak ingatkan sikit pada wakil rakyat/parlimen PAS dan DAP/PKR...sekarang ni rakyat anytime ajer nak tukar korang..jangan ingat kau orang ni pandai sangat...turun-turunla jenguk rakyat..bukan kat masjid atau dewan majlis jer...takut ke????

5) Sekolah Khusus Untuk Anak-Anak Pintar Sahaja - ini paling Rentung tak setuju, walaupun Rentung tahu apa 'First Lady Malaysia' nak buat, tetapi ingatlah akan berlaku lagi segregasi lagi diskriminasi ...macammana pula dengan anak-anak kurang pintar, apa kriterianya? Jadi nak 'dibuang' ke mana? Ada pula yang akan buat bisnes tu?

Bukan tak boleh, boleh..tapi masalahnya akan menanam rasa inferiority complex di kalangan ibubapa yang anaknya 'kurang pintar' atau overpressure di kalangan ibubapa yang berlumba-lumba untuk meletakkan anak-anak di sini supaya pintar (itu tak cerita lagi pasal yurannya)

b) Rentung tengok dan dapat tau bahawa ramai juga anak-anak 'VIP' ni semua sekolah 'international' dan 'luar negara'...pelik juga...kita tak percaya dengan education and school system kita ke?

c) Apalah salahnya kalau budak-budak yang selalu dapat No. 1 - kita letakkan 1-2 orang pada setiap kelas - supaya mereka ini menjadi contoh kepada yang lain..bukan letak semua dalam satu kelas...Ini yang kes berat ni...diskriminasi/segregasi tanpa disedari!!!

d) PPMSI - Rentung sokong tetapi janganlah pula ada usaha buang atau belakangkan Bahasa Malaysia lebih-lebih lagi Bahasa Jawi...dah makin lama makin pupus - dikatakan ketinggalan zaman...MasyaAllah...apala kita ni...jenama Melayu asal adalah Bahasa Jawi - itu yang Rentung belajar dari Mahaguru.

Baiklah..setakat inilah dulu buat masa ini...Rentung akan kembali lagi di lain masa!! Akhir kata...

RENTUUUNGGGGGGGGGG!!!

No comments: