Tuesday, May 26, 2009

IKTIRAF PKM SATU KERJA GILA

Rentung sangat geram dengan saranan satu parti politik yang mendesak kerajaan agar mengiktiraf Parti Komunis Malaya. Dengan kata lain, mereka mahu negara mengiktiraf perjuangan Chin Peng dan rakan-rakannya sebagai 'Pejuang Kemerdekaan' (kepala hotak engkau!!!)

Fahaman Komunis, Sosialis, Marxist dan sebangsa dengannya yang lahir dari Zionis sudah lama hancur dan tidak diiktiraf lagi walaupun di Russia dan China.

Ini yang cuba diperjuangkan oleh satu parti politik pembangkang di Malaysia yang tidak cerdik tapi terasa bagaikan bijak kerana parti-parti politik lain di negara-negara lain pun tidak pernah berani mengeluarkan kenyataan apatah lagi desakan sedemikian.

Kita 1Malaysia dah lupa di sebalik janji manis fahaman komunis (fahaman Comintern dan Parti Komunis Eropah) yang kononnya memperjuangkan masyarakat tanpa mengira kelas dan memiliknegarakan tanah/industri sebenarnya tersembunyi

a) ajaran bertentangan dengan Islam dan semua agama seperti menolak adanya Tuhan,
b) penggunaan kekerasan,
c) suntikan ideologi halus dalam NGO, Kesatuan Sekerja, penerbitan dll.
d) kepandaian menggalakkan rakyat yang miskin untuk menentang kerajaan menerusi mogok, tunjuk perasaan, sabotaj dsb. (ini pun ada Parti Pembangkang gunakan sebagai taktik)
e) Merogol isteri dan anak perempuan tanpa belas kesihan (lebih jahat dari Tentera Jepun)walaupun dari bangsa mereka sendiri atau yang memberikan maklumat (Min Yuen),
f) Membakar kilang, menyerang balai polis (peristiwa Bukit Kepong)
g) Merosakkan landasan keretapi

Banyak lagilah di mana perangai pengganas komunis boleh disamakan dengan 'terrorist sebenar' iaitu Tentera Zionis.

Lupakah kita betapa kita memberikan peluang demi peluang menerusi proses pemutihan, pengampunan, rundingan Baling dll.

Tapi apakah balasan mereka?

1) Percubaan merosakkan institusi Raja-Raja menerusi cubaan memaksa DYMM Sultan Badlishah untuk menyerahkan pentadbiran kepada Komunis? (tentu ramai yang bertanya akan kisah ini...bacalah kembali sejarah lama...atau tanyalah orang-orang lama di Sungai Petani Kedah, pasti anda akan terjumpa kisah ini)

2) Menubuhkan pula parti-parti haluan kiri seperti PETA dan PERAM,

3) Menubuhkan pasukan Gerila MRLA untuk menguasai kerajaan,

4) Penyebab utama provokasi peristiwa berdarah 13 Mei!!

dan banyak lagi.

Ada ura-ura beberapa buah blog dan jaringan sosial seperti Facebook sedang cuba memasukkan jarum halus menyatakan kononnya PKM pernah membantu Tentera British menentang Jepun. Untuk pengetahuan semua orang, Rentung sendiri adalah bekas anggota keselamatan di zaman komunis dan Jepun serta bergaul dengan ramai bekas ahli risikan yang masih hidup sehingga sekarang. SEBENARNYA PKM ADA AGENDA LAIN YANG TERSEMBUNYI - MEREKA HENDAK TUKAR MALAYA KEPADA NEGARA KOMUNIS LEPAS MERDEKA!!!

Ternyata bahawa PKM sebenarnya ada agenda lain dan cuba memfitnah kononnya Kerajaan telah mungkir janji untuk memberikan kuasa kepada mereka selepas merdeka. MANA ADA???? JANGANLAH JADI BODOH, CARILAH FAKTA BETUL-BETUL, TANYALAH BEKAS ANGGOTA KESELAMATAN ZAMAN KOMUNIS. BILA PULA KERAJAAN BERJANJI NAK BERI KUASA MEMERINTAH???

Wahai 1Malaysia..tidak kira Melayu, India dan Cina. Lupakah kita pada sejarah? Jangan biarkan Parti Komunis Malaya diiktiraf kerana kita merdeka tanpa pertolongan mereka. Rentung berani mati untuk mempertahankan negara dari dicemari oleh fahaman komunis yang hina bagaikan najis mughalazah ini.

RENTUNG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

BACALAH BANTAHAN-BANTAHAN LAIN DI :

http://www.gomounited.com/2009/05/komunis-sedang-mengatur-strategi.html

Kemaskini : RENTUNG pasti bahawa isu ini ada kaitannya dengan keselamatan negara kita. Mungkin ada pihak tertentu dari luar (yang berkaitan dengan faham Zionis) yang ingin meletakkan kekuatan tentera asing di negara kita dan hanya menggunakan ura-ura kenaikan semula PKM sebagai alasan untuk mengucarkacirkan perpaduan kita semua!! BERAWASLAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA