Saturday, August 23, 2008

TYL/TKMB - KONSPIRASI

Rentung ingin menyentuh isu kisah syarikat keparat TYL Koperasion (bukan nama sebenar) yang berpakat dgn TKMB (bukan nama sebenar) - syarikat keretapi separa kerajaan yang terkemuka dari dulu hingga kini dan diharapkan selama-lamanya.

Bermula dari bisnes IPP (yang gagal dipertahankan), TYL juga mempunyai rancangan jangkapanjang untuk memusnahkan TKMB secara halus. TYL telah membeli bangunan TKMB tetapi tidak pernah menggunakannya kerana had-had tertentu dalam perjanjian asal. Lebih memalukan satu bekas menteri berbangsa Cina yang membela bangunan tersebut dari terus dicerobohi oleh TYL yang kononnya telah mendapat mandat dari PM. Aneh sungguh, MD berbangsa Melayu bernama Dato' Salah (bukan nama sebenar) hanya berdiam diri.

Mandat ini diperolehi TYL menerusi Skoma (bukan nama sebenar) menerusi Encik Kamal,saudara rapat kepada YAB PM.

Hotel Majesty (bukan nama sebenar) bersebelahan dengan bangunan milik TKMB juga pernah hampir diruntuhkan. Nasib baik ada Yayasan Warisatul (bukan nama sebenar) datang menahannya.

Ada satu pembelot Melayu bernama Tok Suleiman Akhlaken Manang Krapu pernah diberikan tanah TKMB Sentul untuk dibangunkan. Tok Suleiman ni dulu dah pernah ada mengambil tanah KPNS (bukan nama sebenar) menjadi pasaraya Lot 9 (bukan nama sebenar) yang dulu dijanjikan untuk pembangunan khususnya membantu usahawan/peniaga Melayu. Akhirnya nasib yang sama juga menimpa tanah TKMB Sentul di mana TYL telah membangunkan kondo mewah yang tidak dapat dibeli oleh anak Melayu.

Alasan Tok Suleiman ialah kerana krisis ekonomi 97 tetapi sebenarnya Tok Suleiman adalah tali barut TYL kerana syarikat lamanya Tampong Consolidated (bukan nama sebenar) telah bertukar menjadi TYL Lands selepas tanah TKMB Sentul dijual.

Tahun sudah, TKMB telah menandatangani satu perjanjian yang bersabit dengan keretapi peluru dari KL ke Temasek. TYL telah memperkenalkan SCN International (bukan nama sebenar) dari Peranchis bagi menjadi 'rakan' kepada TKMB kerana SCN telah mendapatkan cara supaya Kerajaan tak perlu bayar apa-apa dan SCN akan mendapatkan 'pinjaman lembut' bagi membiayai projek berkenaan.

TYL mempunyai rancangan untuk mengambil tanah-tanah TKMB di Tanjung Mempagar (bukan nama sebenar) dan Woodylands (bukan nama sebenar) untuk dibangunkan bersama-sama Turmasek Holdings (bukan nama sebenar) dengan bantuan RMCB (bukan nama sebenar), sebuah entiti keparat milik Melayu.

TKMB akan berdiam diri kerana terhutang budi dan body kepada TYL kerana telah mendapatkan wang daripada SCN.

Baru-baru ini YAB PM telah menaiki keretapi dan berasa tidak puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan serta menyaran agar ditingkatkan kualiti sistem pengangkutan. TYL dengan gembira menggunakan arahan ini untuk menghalau penduduk kuarters TKMB Sentul dan meminta penduduk memohon flat BDKL.

Rentung berfikir sejenak...

Kebanyakan tanah-tanah milik TKMB adalah kebetulan berdekatan dengan tanah rizab Melayu - adakah ini usaha terancang untuk menghalau orang-orang Melayu secara berperingkat-peringkat? (contohnya Sentul)

Kita tahu proses urbanisasi akan pasti melibatkan pembinaan prasarana-prasarana baru, jadi sudah pasti orang-orang Melayu tidak akan dapat mempertahankan tanah-tanah mereka.

Akhirnya TKMB akan jadi macam Perak Anjung Simen dan Simen Pahang yang pernah ditelan oleh ular sawa TYL.

Wahai Melayu, sedarlah dari tidurmu.


RENTUNGG!!!!

SISTEM PERTAHANAN KITA

Rentung telah mendapat satu maklumat 'khabar angin' mengenai kekemungkinan unsur penyelewengan dalam 'Sistem Pengurusan Pertahanan' kita.

Sebahagian daripada apa yang dikatakan sebagai rekod audit yang dilakukan telah tiba di tangan Rentung tanpa diketahui asal-usulnya.

Rentung terkejut bila membaca draf tersebut.

Antara lain menyatakan :




1) 'Sistem Udara' - pembelian helikopter dari 'USSR' untuk menggantikan helikopter 'Sistem Udara' kita didapati 2 buah daripadanya tidak dapat digunakan (audit dari 'Unit Terbang Awam)

Harga sebuah heli itu ialah kira-kira RM60 juta. (jadi agaknya dalam 120 juta RM kita masuk 'tong sampah')

1.1) Sistem RADAR - katanya yang dibeli adalah yang paling murah tetapi belum tentu dapat meliputi kawasan perairan yang hendak dipantau.


2) 'Sistem Darat' - pembelian topi askar balistik - 5000 daripadanya didapati tidak mempunyai pertahanan balistik. Kalu dikira cara bodoh (2 topi/1 askar), ini meletakkan sekurang-kurangnya 2500 askar kita dalam bahaya.


2.1) Pembelian peralatan peperangan yang canggih seperti baju kalis peluru, senjata yang mempunyai kelengkapan infra-red dll pula dianggap sebagai 'pilihan' semata-mata kerana harga yang mahal. (Ini Rentung tak faham....kenapa askar tidak boleh diberi keutamaan menggunakan peralatan canggih? Bukankah ini satu investment dan bukan pembaziran - macammana kalau negara kena serang? Nak pakai apa? Rifle? AK47, M16?)


Khabarnya sebahagian besar yang dilaporkan di sini ada di tangan 'AG' - tak tahulah samada dilaporkan sepenuhnya atau tidak.



RENTUNGGG!!!

Saturday, August 9, 2008

MAJLIS PEGUAM MEMELUK ISLAM



RENTUNG BENAR-BENAR MARAH KERANA MAJLIS PEGUAM BERKERAS UNTUK MENERUSKAN JUGA FORUM 'MEMELUK ISLAM'


TIDAK HABIS KITA DIKEJUTKAN DENGAN KISAH TV 2, KINI ADA PULA KISAH 'MEMELUK ISLAM'

RENTUNG TIDAK FAHAM SATU PERKARA :



PERNAHKAH KITA ORANG ISLAM DAN MELAYU BERBICARA MENYENTUH MENGENAI PERKARA 'MEMELUK HINDU' ATAU MANA-MANA AGAMA?

JADI MAJLIS PEGUAM MESTI INGAT, JANGAN SAMPAI JADI MASALAH BESAR NANTI - API RENTUNG MEMBAKAR!!!

RENTUNG INGIN MENGINGATI SEKALI LAGI MAJLIS PEGUAM,

FIKIRAN KAMU JANGAN BERKARAT
MAJLIS PEGUAM MATI HATI
JANGAN INGAT DIRI DAH KUAT
MELAYU MURKA SUSAH KAU NANTI





Tuesday, August 5, 2008

APA DAH JADI TUAN SHABERY??

Rentung terperanjat besar melihat satu siaran 'muqabalah' di TV 2 antara 2-3 parti politik yang bukan bumi.

Rentung dapati dengan sedapnya mereka ini mengetuk bangsa kita dan agama kita sehingga tidak bersisa.

Fikir-fikir dan renung-renungkanlah....patut ke orang lain diberikan hak untuk mengetuk bangsa dan agama kita??

Rentung takut memikirkan kalau-kalau jadi satu isu perkauman. Rentung rasa mereka ini patut diberitahu bahawa apa juga perkara mengenai agama dan bangsa, ianya berasaskan kebenaran dan keadilan.

Bukan tak boleh kritik, tapi biar berpatut-patutan.

Tuan Shabery Chik...apa dah jadi???

Yang Rentung hairan 'muqabalah' PAS/UMNO belum lagi start pun, depa dah mula buat 'muzakarah' sendiri!! Kenapa slow sangat ni UMNO? Kenapa slow sangat ni PAS??

RENTUNGGGG!!!!

Monday, August 4, 2008

BERITA TERKINI-PERTUBUHAN RISIK

Lagi berita terkini dan terpanas dalam pertubuhan bekas risikan

Mantan Presidennya telah membuat satu mesyuarat tertutup (mesyuarat haramlah tu!!) di sebuah hotel agak cikai di Kuala Lumpur.

Yang pelik tu, tiada minit mesyuarat direkodkan.

Apa jenis mesyuarat pun RENTUNG tak tau. Tapi mantan Presiden sememangnya seorang yang amatlah tidak pandai.

RENTUNG telah merujuk kepada sumber Rentung dan mendapat tahu bahawa mantan Presiden 'adalah dari MIO'. Rentung dah dapat nama penuh mantan presiden dan Rentung terus 'check' dengan kawan-kawan dan bekas-bekas pegawai Rentung dan senior di MIO, boleh dikatakan 100% menyatakan mereka tidak pernah kenal mantan Presiden. (ini dah kira kes menyamar)

Yang mereka tau, mantan Presiden ini suka 'pau' duit orang terutamanya peniaga China
dan khabarnya juga peniaga-peniaga ini diberikan 'kuasa' dalam pertubuhan bekas risikan. (Gila..gila...salah guna kuasa nih)

RENTUNG juga mendengar khabar 'bekas' Naib Presidennya mencabar mantan Presiden untuk bersua muka dengannya dan khabarnya mantan Presiden telah menerima cabaran tersebut.

Tapi dari apa yang Rentung tau, mantan Presiden ni jarang-jarang sangat menepati janji. Biasanya tidak muncul pun!

Kita lihatlah nanti apa yang berlaku.


RENTUNG!!!