Rentung ingin menyentuh isu kisah syarikat keparat TYL Koperasion (bukan nama sebenar) yang berpakat dgn TKMB (bukan nama sebenar) - syarikat keretapi separa kerajaan yang terkemuka dari dulu hingga kini dan diharapkan selama-lamanya.
Bermula dari bisnes IPP (yang gagal dipertahankan), TYL juga mempunyai rancangan jangkapanjang untuk memusnahkan TKMB secara halus. TYL telah membeli bangunan TKMB tetapi tidak pernah menggunakannya kerana had-had tertentu dalam perjanjian asal. Lebih memalukan satu bekas menteri berbangsa Cina yang membela bangunan tersebut dari terus dicerobohi oleh TYL yang kononnya telah mendapat mandat dari PM. Aneh sungguh, MD berbangsa Melayu bernama Dato' Salah (bukan nama sebenar) hanya berdiam diri.
Mandat ini diperolehi TYL menerusi Skoma (bukan nama sebenar) menerusi Encik Kamal,saudara rapat kepada YAB PM.
Hotel Majesty (bukan nama sebenar) bersebelahan dengan bangunan milik TKMB juga pernah hampir diruntuhkan. Nasib baik ada Yayasan Warisatul (bukan nama sebenar) datang menahannya.
Ada satu pembelot Melayu bernama Tok Suleiman Akhlaken Manang Krapu pernah diberikan tanah TKMB Sentul untuk dibangunkan. Tok Suleiman ni dulu dah pernah ada mengambil tanah KPNS (bukan nama sebenar) menjadi pasaraya Lot 9 (bukan nama sebenar) yang dulu dijanjikan untuk pembangunan khususnya membantu usahawan/peniaga Melayu. Akhirnya nasib yang sama juga menimpa tanah TKMB Sentul di mana TYL telah membangunkan kondo mewah yang tidak dapat dibeli oleh anak Melayu.
Alasan Tok Suleiman ialah kerana krisis ekonomi 97 tetapi sebenarnya Tok Suleiman adalah tali barut TYL kerana syarikat lamanya Tampong Consolidated (bukan nama sebenar) telah bertukar menjadi TYL Lands selepas tanah TKMB Sentul dijual.
Tahun sudah, TKMB telah menandatangani satu perjanjian yang bersabit dengan keretapi peluru dari KL ke Temasek. TYL telah memperkenalkan SCN International (bukan nama sebenar) dari Peranchis bagi menjadi 'rakan' kepada TKMB kerana SCN telah mendapatkan cara supaya Kerajaan tak perlu bayar apa-apa dan SCN akan mendapatkan 'pinjaman lembut' bagi membiayai projek berkenaan.
TYL mempunyai rancangan untuk mengambil tanah-tanah TKMB di Tanjung Mempagar (bukan nama sebenar) dan Woodylands (bukan nama sebenar) untuk dibangunkan bersama-sama Turmasek Holdings (bukan nama sebenar) dengan bantuan RMCB (bukan nama sebenar), sebuah entiti keparat milik Melayu.
TKMB akan berdiam diri kerana terhutang budi dan body kepada TYL kerana telah mendapatkan wang daripada SCN.
Baru-baru ini YAB PM telah menaiki keretapi dan berasa tidak puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan serta menyaran agar ditingkatkan kualiti sistem pengangkutan. TYL dengan gembira menggunakan arahan ini untuk menghalau penduduk kuarters TKMB Sentul dan meminta penduduk memohon flat BDKL.
Rentung berfikir sejenak...
Kebanyakan tanah-tanah milik TKMB adalah kebetulan berdekatan dengan tanah rizab Melayu - adakah ini usaha terancang untuk menghalau orang-orang Melayu secara berperingkat-peringkat? (contohnya Sentul)
Kita tahu proses urbanisasi akan pasti melibatkan pembinaan prasarana-prasarana baru, jadi sudah pasti orang-orang Melayu tidak akan dapat mempertahankan tanah-tanah mereka.
Akhirnya TKMB akan jadi macam Perak Anjung Simen dan Simen Pahang yang pernah ditelan oleh ular sawa TYL.
Wahai Melayu, sedarlah dari tidurmu.
RENTUNGG!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment