Rentung telah mendapat satu maklumat 'khabar angin' mengenai kekemungkinan unsur penyelewengan dalam 'Sistem Pengurusan Pertahanan' kita.
Sebahagian daripada apa yang dikatakan sebagai rekod audit yang dilakukan telah tiba di tangan Rentung tanpa diketahui asal-usulnya.
Rentung terkejut bila membaca draf tersebut.
Antara lain menyatakan :
1) 'Sistem Udara' - pembelian helikopter dari 'USSR' untuk menggantikan helikopter 'Sistem Udara' kita didapati 2 buah daripadanya tidak dapat digunakan (audit dari 'Unit Terbang Awam)
Harga sebuah heli itu ialah kira-kira RM60 juta. (jadi agaknya dalam 120 juta RM kita masuk 'tong sampah')
1.1) Sistem RADAR - katanya yang dibeli adalah yang paling murah tetapi belum tentu dapat meliputi kawasan perairan yang hendak dipantau.
2) 'Sistem Darat' - pembelian topi askar balistik - 5000 daripadanya didapati tidak mempunyai pertahanan balistik. Kalu dikira cara bodoh (2 topi/1 askar), ini meletakkan sekurang-kurangnya 2500 askar kita dalam bahaya.
2.1) Pembelian peralatan peperangan yang canggih seperti baju kalis peluru, senjata yang mempunyai kelengkapan infra-red dll pula dianggap sebagai 'pilihan' semata-mata kerana harga yang mahal. (Ini Rentung tak faham....kenapa askar tidak boleh diberi keutamaan menggunakan peralatan canggih? Bukankah ini satu investment dan bukan pembaziran - macammana kalau negara kena serang? Nak pakai apa? Rifle? AK47, M16?)
Khabarnya sebahagian besar yang dilaporkan di sini ada di tangan 'AG' - tak tahulah samada dilaporkan sepenuhnya atau tidak.
RENTUNGGG!!!