22-06-2008 - Rentung kembali lagi dengan kisah pertubuhan bekas perisik. Kali ini Rentung diberitahu bahawa satu mesyuarat tergempar AJK pertubuhan telah diadakan di Kuala Lumpur bagi megusulkan undi tidak percaya terhadap Presiden dengan majoriti AJK menyokong usul berkenaan.
Presiden yang bakal dibuang tidak hadir walaupun berkali-kali diberikan notis. Sebelum itu, Presiden ada menghantar sms kepada 'bekas' Naib Presiden (yang dibuangnya menerusi sms dulu) menyatakan bahawa dia akan menghadirkan diri ke mesyuarat berkenaan bagi mempertahankan kedudukannya dan juga untuk menjelaskan perkara yang sebenar.
Sejurus selepas mesyuarat, Presiden (yang telah sah dibuang) kepada salah seorang AJK menyaran agar AJK-AJK lain meneliti dan memahami perlembagaan pertubuhan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.
Yang menghairankan Rentung, siapakah yang tidak memahami undang-undang dan perlembagaan?
Presiden atau AJK-AJK yang mengusulkan undi tidak percaya?
Dari awal, Rentung merisik perkara ini dan mendapati Presidenlah sebenarnya yang dungu mengenai perlembagaan.
(Rentung mendapat khabar berita bahawa Presiden merupakan orang yang mendrafkan perlembagaan berkenaan - mungkin pakai copy sahaja kat mana-mana dan ditampal dalam draf berkenaan - pasal itulah dia sendiri terkeliru dengan perlembagaan ciptaannya atau mungkin tidak pernah pun membaca perlembagaan berkenaan)
Walaubagaimanapun, AJK-AJK telah pun membuat keputusan mengikut perlembagaan dan undang-undang bahawa Presiden kini telah dilucutkan jawatannya serta-merta dan tidak dibenarkan lagi berurusan dengan mana-mana pihak mewakili pertubuhan.
KALAU ORANG DAH TAK NAK TU...FAHAM-FAHAM AJELAH..JANGANLAH NAK MENYUSAHKAN ORANG!! SURRENDER LAH SEBELUM MASALAH BESAR DATANG
Mungkin laporan ke peringkat lebih atas akan dilakukan.
Rentung mendoakan agar AJK-AJK berkenaan menang dalam peperangan ini. (sebab Rentung pun nak berdaftar sebagai ahli)
RENTUNG!!!
Sunday, June 22, 2008
UNDI TAK PERCAYA
PANAS!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment