Wednesday, June 11, 2008

UPDATE : PERGOLAKAN BEKAS-BEKAS PERISIK

Alhamdulillah, Rentung berjaya menghubungi 'bekas orang kanan' Presiden yang cuba di'sotong' menerusi SMS itu hari.



Rentung dah jangka, orangnya pendiam, tetapi sangat bijak mengeluarkan idea-idea bernas samada dalam dan luar negara. Rentung juga terkejut bila mengetahui 'orang kanan' ini sangat mahir bidang perundangan.



Rentung terharu mendengar kisahnya yang bertahun-tahun bersama pertubuhan dan cuba untuk menaikkan nama pertubuhan tetapi dia mendapat halangan dari Presidennya sendiri.



Orang kanan ini juga khabarnya mempunyai hampir 3/4 sokongan dalam pertubuhan ini (haii..kalu bertanding PRU, tentu dah berada di atas nih...heheheh)



Rentung dapat tahu berita yang sangat panas!!



Presiden kini sedang RENTUNG dan cuba tersengih-sengih cuba berbuat baik kepada bekas orang kanannya kerana kemungkinan diundi tidak percaya dan laporan akan dilakukan oleh orang kanan kepada pihak atasan. (abis la).



Rentung hairan, macamana nak jadi pejuang? Presiden dah mulakan peperangan dengan orang kanannya - baru beberapa hari, dah nak berdamai...



Inilah kalau menjual - berhati-hati, orang akan membeli dengan harga yang sangat mahal!



Barulah Rentung faham kenapa Presiden bekas-bekas perisik ni nak buang dia - kerana boleh menggugat kedudukannya.



RENTUNGGGG!!!!!

No comments: