Thursday, September 3, 2009

KES SEBATAN KE ATAS PEMINUM ARAK

Salam sejahtera

Rentung ingin menyentuh mengenai isu sebatan ke atas seorang pesalah yang didapati meminum arak di sebuah tempat tertutup (bukan di khalayak ramai) dan telah ditangkap oleh penguasa agama. Ada yang menuduh di khalayak ramai, ini Rentung kurang faham sedikit - apakah definisi khalayak ramai kerana pesalah wanita ini ditangkap di dalam hotel di Cerating? Yang betul (agaknya) 'di khalayak ramai di dalam hotel'?? Rentung nak tanya pembaca sekelian, apa maksudnya 'tidak berpuasa atau makan/minum di khalayak ramai' - tentunya pembaca akan membayangkan 'di tempat-tempat awam secara terbuka.' betul tak?

Lagi pun, ikut undang-undang dunia, tak ada signboard pun di hotel berkenaan menunjukkan bahawa 'MINUMAN KERAS TIDAK AKAN DIJUAL KEPADA ORANG ISLAM?'
(ini hukum dunia ya...boleh check kalau Rentung salah - tapi ingatlah 'Ikat unta dulu baru tawakkal' - letak signboard pun satu asbab juga...biarlah pesalah itu tahu bahawa dia adalah orang Islam...sekurang-kurangnya dia takut sedikit - kita jangan pula menyatakan, letak signboard pun (macam kat kedai no. ekor atau 7-11) kalau nak jadi, jadi juga - mana lebih baik....tak letak langsung atau letak?)

Ringkasnya :

a. Hakim menjatuhkan hukuman sebatan 6 kali dan didenda RM5000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan. Keputusan Hakim itu mengikut peruntukan Undang Undang Syariah, Seksyen 136, Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

b. Ada beberapa 'ulama' memuji tindakan hakim kerana mengikut undang-undang syariat dan mengaitkannya dengan hukum hudud, takzir dsb.

Rentung ingin memetik satu artikel Bahasa Inggeris yang dihantar oleh seorang sahabat :

Punishment in Islam for Drinking

Flagellation is a form of punishment used in certain cases under Islamic Sharia law (Sunni)

2 views on number of lashes :

1)
Eighty lashes for a free man and forty for others.
2) Minimum 40 lashes and maximum eighty lashes

From hadeeth of Anas quoted above, in which it says that a man who had drunk wine was brought to the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him), and he had him flogged forty times with two palm branches that had been stripped of their leaves. Abu Bakr also did likewise (during his caliphate). When ‘Umar was the caliph, he consulted the people and ‘Abd al-Rahmaan said, “The minimum punishment is eighty,” so that is what ‘Umar commanded.

The Sahaabah agreed with ‘Umar (may Allaah be pleased with him) and did not differ. The Council of Senior Scholars is agreed that the punishment for one who drinks wine is the hadd punishment, which is eighty lashes.

Some of the scholars – such as Ibn Quddamah (may Allaah have mercy on him) and Shaykh al-Islam [Ibn Taymiyah] in al-Ikhtiyaaraat – think that giving more than forty lashes is left to the discretion of the Muslim leader. So if he thinks that there is a need to give more than forty lashes, as happened at the time of ‘Umar, then he may make it eighty. And Allaah knows best.”

(See Tawdeeh al-Ahkaam, 5/330)

In Islam, lashes for punishment are to be performed with a book under one arm to minimise the swing, are not supposed to leave permanent scars, and when the number of lashes are high, are frequently done in batches to minimise risk of harm.


Jadi harus 'ulama-ulama' yang mengaku ahlus Sunnah wal Jamaah Madzhab Shafie yang rojeh di negara kita berhati-hati sebelum mengaitkan kes sebatan ini dengan hukum 'cara Islam' yang sebenar (sekurang-kurangnya 40 sebatan dan maksimum 80 sebatan)

Jadi janganlah memandai-mandai menyatakan perkara ini 'CARA ISLAM' kerana ianya BUKAN CARA ISLAM.

Lebih-lebih lagi jika pesalah telah bertaubat sebelum hukuman dijalankan, maka 'ulama-ulama' lebih tahu dan lebih arif dari Rentung mengenai hadis berikut :

Firman Allah SWT :

"Maka hakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah menurunkan, dan janganlah mengikuti keinginan mereka untuk mengabaikan yang benar yang datang kepada kamu” (5:48).

Dengan denda RM5000.00 dan 6X sebatan - adakah memadai? Jika benar-benar dipandang dari sudut agama.

Rentung menghormati Undang Undang Syariah, Seksyen 136, Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 tetapi cuma apa yang Rentung ingin perdebatkan kenapa ada pihak memandai-mandai mengaitkannya dengan hukum hudud?? atau menyatakan undang-undang ini benar-benar Islamik??
Dan bila pula pernah diwartakan atau diperkenankan oleh DYMM Sultan Pahang bahawa hukum hudud adalah hukum rasmi syariah Negeri Pahang kecuali Enakmen yang disebutkan di atas? Jadi tolong respek-respek lah sikit kat DYMM Sultan tu. Perbuatan menyatakan hukum ini adalah hukum Islam sejati dah salah tu!!

Ada lak kenyataan tak cerdik dari parti atas pagar pula menyatakan 'hampir kepada syariah'..boleh main kias-kias dah pulak??? Tak payahlah bercakap kalau kita ni tak pandai..baik berdiam diri....nanti abis orang ikut cakap kita, kita pula dihukum oleh Allah SWT.

Bukanlah juga niat Rentung untuk menghina keputusan mahkamah (walaupun Rentung melihat elemen 'ultravires' - sekadar meluahkan rasa hati mengikut latarbelakang pendidikan agama yang sederhana)

Sekarang ada NGO pejuang hak wanita termasuk media-media (Islam, sekular dan yang bukan Islam) dan 'ulama-ulama tak bertauliah' berani bercakap dengan secara sinis memperlekehkan agama Islam seolah-olah menyatakan - sekali cakap macam tu...sekali cakap macam ni... Tak malukah kita sebagai umat Melayu Islam diperlekeh-lekehkan oleh penganut agama-agama lain? Sebab apa? sebab tak ada penjelasan yang jelas...semua berbeza pendapat..ikut nafsu sendiri je!!

Di manakah mufti-mufti kita? Kenapa tidak bersuara secara terbuka?

Rentung tertarik dengan satu tulisan dalam satu blog yang menyatakan inilah peluang sebuah Parti Islam untuk memerangkap Parti Melayu dengan menyatakan Parti Melayu tidak Islamik apabila gagal melaksanakan hukum 6 sebatan, denda RM5000.00 ini - walaubagaimanapun, Rentung nak 'remind' sedikit...hukuman ini BUKAN cara Islam sebenar - jadi apa juga taktik politik Parti Islam ini salah besar - jika tidak melihat dengan positif apa yang Rentung cuba sampaikan.

Rentung respek lah dekat pesalah wanita berkenaan - ingin cepat dihukum - mungkin telah dicetus oleh perasaan yang sangat bersalah terhadap Allah SWT dan mungkin juga rasa penyesalan yang teramat sangat serta terasa dirinya perlu dihukum untuk sekurang-kurangnya dapat 'membersihkan dosanya' (Allah SWT dan Rasul SAW lebih tahu samada bersih ataupun tidak.)

Sabda Rasulullah SAW :

"Sesal itu Taubat"

dan bukankah juga Rasulullah SAW memberi peluang kepada pesalah iaitu apabila pesalah bertaubat sebelum hukuman dijalankan dan berjanji tidak lagi mengulangi perbuatan itu akan dibebaskan dari hukuman??

Berbalik kepada kes kita, pesalah wanita itu menyesal dan ini dibuktikan dengan meminta mahkamah mempercepatkan hukuman ke atas dirinya. Kenapa pula kita nak menghukumnya tanpa mengikut sunnaturRasul??

Ada pula yang suruh hormat kepada keputusan pesalah wanita berkenaan kerana rela hati dihukum sebat??...

Rentung rasa ada sesuatu yang tidak kena di sini.

a) Rentung dah buktikan secara rambang bahawa ini bukan hukum Islam...

b) Jika beria-ia sangat nak nyatakan ini adalah hukum Islam - bandingkan dengan yang sebenar iaitu hukum hudud - PUN ada pengampunan kalau pesalah bertaubat...tiba-tiba kita lupa bahawa 'sesal (insaf) itu adalah taubat' (annadamu taubatun) dan jelas bahawa pesalah wanita itu telah bertaubat....

Pening Rentung memikirkan masalah yang berbelit-belit ini....sepatutnya jadi baik - habis dah jadi 'fitnah' ke atas agama kita!!!! DOING THE RIGHT THING...THE WRONG WAY!!!

Jangan salah faham dengan kenyataan berikutnya dari Rentung ini....jangan pula menuduh Rentung cuba menafikan hukum hudud - kerana perbuatan menolak apa-apa yang tercatat dalam Al-Qur'an dan Hadis (termasuk ijmak dan qias) ini akan menggugurkan aqidah Rentung.
Jadi bacalah baik-baik kenyataan Rentung berikutnya kerana sebagai seorang Islam yang berpendidikan agama, Rentung adalah penyokong hukum hudud!! (tapi mesti ikut cara yang betul)

Mengenai ura-ura lebih 1 dekad mengenai 2 buah negeri di Pantai Timur yang dahulunya beria-ria sangat nak melaksanakan hukum hudud. Rentung tidak faham sebenarnya kenapa yang dijanjikan '2 ulama' ini pada dahulunya tetapi akhirnya telah membatalkan hasrat mereka kerana mendapati pada realitinya bukan senang untuk ditegakkan - dengan kata lain - mengalah dengan keadaan.

Mana boleh kita berjanji nak buat hukum Islam, tiba-tiba kita tidak melaksanakannya -adakah kita boleh bertolak ansur dalam permasalahan hukum kerana negara berbilang bangsa/kaum/agama. (ini samalah dengan kes ura-ura hangat-hangat tahi ayam nak haramkan arak kononya kat Shah Alam baru-baru ni - sekali nak haram sekali tak nak haram - boleh tarik balik lak...baiklah jangan bercakap pada awal-awalnya - kang dah susah sekarang ni?)

Namun begitu, mereka-mereka ini mungkin telah berjanji dengan nama Allah SWT untuk melaksanakan hukum hudud tetapi hakikatnya jika tidak dilaksanakan jua, maka sudah tentu tidak akan lari dari 'perhatian penuh' daripada Allah SWT sendiri ke atas mereka serta sudah tentunya dipertanggungjawabkan atas janji mereka di hati, lidah dan anggota.

Firman Allah SWT

“Itulah hudud (had-had) Allah; janganlah mencabulinya. Sesiapa mencabuli had-had Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim” (2:229).

Kalau kita baca ayat di atas - selain ditujukan kepada pesalah, Rentung sebagai orang awam (tak reti nak keluar fatwa) bolehkah Rentung nyatakan bahawa ayat ini juga boleh ditujukan kepada mereka yang telah berjanji untuk melaksanakan hukum hudud tetapi akhirnya mencabuli janji mereka sendiri...adakah mereka yang telah berjanji ini termasuk kalangan yang zalim?

'Why on the first place you brought up the issue - when you can't comply with it?' Don't talk about Islam if you can't do it! Islam adalah agama yang sangat suci - jangan dibawa dalam kancah politik atau dipolitikkan - kalau nak buat...buat...jangan cerita sahaja nak buat....

Itulah sebabnya kekalahan penguasaan parti politik Islam di Terengganu - adalah kekalahan yang sangat memalukan. Mana tidaknya draf dah siap, Tuanku dan 'sign' tetapi akhirnya tidak juga dilaksanakan..mengapa?

Rentung ada mendengar alasan-alasan dan hujjah-hujjah tertentu yang kononnya 'kukuh' kenapa mereka tidak melaksana atau menangguhkan pelaksanaan hukum hudud. Apapun alasan yang diberikan, Rentung ingin bertanya :

Kenapa Arab Saudi mampu melakukan hukum hudud ke atas peminum arak atau penzina dan sebagainya serta hukum ini tidak mengira bangsa, agama dan keturunan - hukum tetap hukum!! Biarpun Rentung ada mendengar 'pak-pak Arab' ni bukannya alim sangat tetapi sekurang-kurangnya dalam konteks hukum hudud - MEREKA BERJAYA dan diterima oleh semua orang tanpa ragu-ragu.

Rentung percaya Arab Saudi jauh lebih besar dari Kelantan dan Terengganu.
Kenapa Kelantan dan Terengganu yang jauh lebih kecil dari Arab Saudi, nak menjalankan hukum hudud sedikit punya susah??
Firman Allah SWT :

"Janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu"

-----------------------------------------
Walau apapun, ada KEBAIKAN dan HIKMAH di sebalik kejadian ini, sekurang-kurangnya TAKUT lah sikit orang-orang Islam nak minum arak samada di tempat terbuka atau tertutup.

Ini pun Rentung rasa Allah SWT nak menunjukkan satu pengajaran kepada kita semua...walaupun kita silap caranya, silap undang-undangnya, silap keputusannya, silap penerimaannya, silap fahamnya dan 'lain-lain silap' - namun Allah SWT masih menunjukkan kasih sayangNya terhadap kita makhluk ciptaanNya...

Rentung hanya menyerahkan kepada Allah SWT semata-mata dalam kes ini dan walaupun pesalah itu dihukum atau pun sebaliknya - itupun sudah takdir!!

RENTUUNGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

p.s. Tun Dr. Mahathir Mohamed - you're the best so far...masa pentadbiran Tun dulu, mana ada kita dengar masalah-masalah macam ni?