Monday, August 17, 2009

PENIAGA KECIL/RUNCIT DIREMEHTEMEHKAN?


Laporan Utusan Malaysia 17 Ogos 2009 Ruangan Ekonomi menceritakan bagaimana seorang Menteri yang Rentung anggap sebagai seorang yang belajar sekolah tinggi mengeluarkan kenyataan-kenyataan berikut :

a. Tajuk : Peniaga kecil tidak relevan

Komen Rentung - Adakah maksud Menteri? Tidak relevan dengan apa?

b. "ramai rakyat Malaysia mahu menikmati kemudahan pasaraya"
(di mana DENGAN BANGGANYA ditonjolkan logo-logo seperti GIANT, TESCO, CAREFOUR DLL.)

Komen Rentung - Jadi pasaraya asing milik bukan bangsa Melayu Islam ini yang Menteri bangga-banggakan? Peniaga runcit di kampung-kampung dah tak ada tempat lagi di Malaysia?

c. "Menteri mengakui menerima banyak permintaan supaya diwujudkan pasar-pasar raya di kawasan penduduk pinggir dan luar bandar"

d. "Malah, mereka (penduduk pinggir bandar/luar bandar) melahirkan rasa tidak puas hati apabila penduduk bandar boleh membeli harga barangan yang jauh lebih murah melalui persaingan harga di kalangan pasar-pasar raya"

Komen Rentung - Betul ke ni? Kalau begitu, SELURUH/MAJORITI (berapa % dari rakyat Malaysia) penduduk pinggir dan luar bandar yang telah meminta supaya diwujudkan pasaraya elit?

Penduduk kampung mahukan pembangunan yang akan memusnahkan alam sekitar dan tiada lagi keindahan kampung? Semua dimusnahkan atas dasar PEMBANGUNAN dan kalau tidak membangun, maknanya orang kampung dan kedai runcit ni KOLOT!!!!

Menteri pun faham maksud Rentung ni...bila ada pasaraya elit kat kampung ni, dengan kata lain ini satu cara untuk mewujudkan projek-projek baru/infrastuktur di kampung-kampung - lebuhraya (banyak lah untung kutip tol) yang mungkin tidak mampu dilalui oleh orang-orang kampung dan pengusaha kedai runcit.

Takkanlah pasaraya elit asing ni nak duduk di tengah-tengah sawah bendang dan reban ayam tanpa infrastruktur...Fikirlah sikit

Menteri nampaknya kurang faham kuasa belian orang kampung rata-rata majoriti Melayu bukannya besar sangat dan bukan semua mampu nak keluar ke bandar semata-mata untuk shopping atau borong barangan lebih murah.

Menteri nampaknya kurang faham masih adanya fakir-fakir miskin yang menerima belas ihsan kedai-kedai runcit yang dikatakan oleh Menteri sebagai tidak relevan.

Menteri nampaknya kurang faham bahawa fakir-fakir miskin ini sangat takut tengok bangunan besar seperti Carefour, Tesco dan Giant dll. Mungkin kena halau sebab pakai pakaian compang-camping, busuk dan hodoh lagi kotor...dan berlakulah fakir-fakir miskin kelaparan dan berdoa kemusnahan dunia ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW mengenai doa orang miskin yang kelaparan akan musnahkan dunia.

Tolonglah periksa dulu kenyataan tu, kang nanti rakyat mintak statistik atau buat poll kat website...malu nanti!!

e. Lain-lain - 8% dari pengusaha kecil/runcit mendapat untung dari pasaraya-pasaraya elit ini.

Komen Rentung : 8% dari 100% pengusaha kecil/runcit di SELURUH MALAYSIA ke? 8% dari jumlah berapa kerat manusia woiiii - berapa kerat bumiputera Melayu Islam woiiii - berapa kerat produk halal bumiputera Melayu Islam woiiii!!! Masya Allah!!!

Tolonglah sikit, janganlah cerdik sangat kenyataan tu!!

f. Kerajaan sukar memantau pengusaha kecil/runcit

Komen Rentung : Ini bermakna kementerian bawah Menteri berkenaan tak buat kerjalah!!! Malas kut!!! Rentung faham jika ada kedai runcit di pinggir/luar bandar menaikkan sikit harga barangan tetapi barangan terkawal tetap terkawal.
Nak pantau yang besar-besar jer...senang..tak pernah ada problem bayar cukai, tak pernah ada problem bayar 'apa-apa lah'.. (lu gua-lu gua..settle!!)

Alasan biasa - Tak pernah cukup kakitangan - apa ni??

Ada kios kementerian pulak - di letakkan di bandar-bandar dan belum pernah ada di kampung - itupun yang kat bandar pun bukan berfungsi semuanya !!

g. Kerajaan akan mengekalkan 4 pasaraya elit asing seperti yang disebutkan (dan mungkin tidak akan menerima permohonan pasaraya-pasaraya tempatan yang baru)

Komen Rentung - Inilah kenyataan yang paling Rentung tak boleh terima dari seorang Menteri yang 'educated'...janganlah menteri dituduh seolah-olah menjadi ejen asing pula...parah kang!!

h. Kerajaan mendakwa hampir 700 pengusaha kecil/runcit (mungkin termasuk rangkaian mini-market/supermarket milik orang Melayu) dalam proses lelongan. (sebenarnya lebih lagi jumlah tu..)

Komen Rentung - APA KERAJAAN NAK LAKUKAN? NAK BIARKAN HABIS SEMUA DILELONG! MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI!!! BANK DAN INSTITUSI KEWANGAN TAK NAK BANTU!!! SEMUA NAK BUAT SYARAT KETAT!!!
h. Menteri pandai menyatakan bahawa 'kuasa membeli secara pukal' dan 'menjual dengan harga yang murah' dikuasai oleh Tesco, Giant, Carefour - dari itu, pengusaha kecil/kedai runcit tentunya akan kalah. Sedar tak Menteri bercakap mengenai golongan dan bangsa mana? Sepatutnya perkara ini dari awal lagi tidak berlaku kalau satu kementerian yang pernah dijawat oleh orang/menteri kelantan tu BETUL-BETUL buat kerja!!!!

----------------------------------

Tuan Menteri - SIAPA YANG MENGUASAI TESCO, GIANT, CAREFOUR???? MELAYU KE???? ISLAM KE??? BUMIPUTERA KE??????

Tuan Menteri - SIAPA YANG MAJORITI MENJADI PENGUSAHA KECIL/RUNCIT?? BANGSA MANA??? BANGSA TUAN MENTERI JUGA!!!!!!


Mesej untuk YAB PM Dato' Seri Najib

Diminta YAB tolonglah 'sound' sikit Tuan Menteri ni....dia ni tak berfikir panjang sebelum keluarkan kenyataan. Silap haribulan, kalah lagi pilihanraya nanti!!!

Bukankah YAB nak buat perubahan...Bukankah YAB nak dahulukan rakyat?

Sanggupkah YAB menafikan kewujudan kedai-kedai runcit/pasar-pasar mini/pengusaha kecil di Pekan Pahang dan minta mereka diganti dengan Giant, Carefour dll.

Rentung tidak menolak pembangunan YAB, tapi Rentung tak suka kemusnahan alam sekitar dan pembangunan tidak konsisten lebih-lebih lagi melibatkan kemusnahan orang-orang Melayu, peniaga-peniaga kecil/pengusaha kecil/mini market orang Melayu.

Sanggupkah YAB menolak memori-memori childhood YAB yang tidak mungkin dilupakan - manis dan indah - apabila membeli di kedai-kedai runcit?

Ingat tak lagi, Allahyarham Tun Abdul Razak setiap kali pulang ke kampung, tidak lupakan kedai-kedai runcit, tidak lupakan pengusaha-pengusaha kecil - beliau sangat dikenali di kampung. Orangramai tak malu bertemu dengan beliau malah beliau membayar apa sahaja yang dibeli!!

Mahukah YAB menjadi seperti ayahanda YAB??

YA ALLAH, KAU BERILAH HIDAYAHMU KEPADA MENTERI BERKENAAN DAN KAU BERILAH KEKUATAN KEPADA YAB DATO' SERI NAJIB UNTUK MENEGUR DAN MENCARI JALAN ALTERNATIF

RENTUNGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments: